NILAI PERSAHABATAN DALAM 'THE KITE RUNNER'

. 23 Mac 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Hari ini, saya berkesempatan menonton filem 'The Kite Runner'. Sebuah filem yang cukup selesa untuk dihadami. Berwatak utamakan 2 orang pelakon kanak-kanak, Amir dan Hassan dalam mengakrabi sebuah persahabatan.

Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel best selling karangan Khaled Hosseini. Plotnya pula melatari dataran Bumi Afghanistan sejak zaman penjajahan Soviet Union hinggalah kepada pemerintahan Taliban.

Layang-layang menjadi simbol kepada filem ini. Simbol kepada pembawakan sebuah kehidupan dan persahabatan yang pernah indah. Saya juga baru mengetahui bahawa orang Afghanistan ditonjolkan sebagai pengemar layang-layang malah ia menjadi ke'gah'an jika mempunyai kemahiran memotong layang-layang lawan dan menyambutnya dengan tepat.

Namun persahabatan murni itu berpenghujung juga. Keluhuran dan kesetiaan Hassan menerima pengkhianatan dek kerana jiwa Amir yang bacul serta dirinya yang lemah, tidak cukup setia, tidak cukup berani, tidak cukup lelaki untuk maruah seorang Pashtun di bumi Afghanistan.

Saya tidak berhajat untuk menceritakan sinopsis filem ini. Namun saya ingin mengajak teman-teman untuk mengamati NILAI kepada sebuah persahabatan. Nilai dan prinsip yang sepatutnya disemai dan diterjemahkan di dalam persahabatan dan kehidupan.

Apabila anda telah membuat kesilapan kepada nilai sebuah persahabatan, maka amat sukar untuk anda menebusnya kembali. Dalam filem ini digambarkan Amir terpaksa bertarung nyawa mencari zuriat Hassan yang telah ia khianati dahulu.

Cuma, saya teringat satu hadis Nabi SallahualaihiWasalam:-

الأرواح جنود مجنداه
ما تعارف منها إئتلف

وما تناكر منها إختلف

"Roh/Jiwa manusia itu laksana pasukan bersenjata
Yang saling kenal antara mereka,akan bersatu
Yang tidak mengenal, akan bercerai berai"

Harap tidak sengal lagi dalam bersahabat...

P/S: Siapa yang ingin men'download' dengan mudah filem ini, sila datang ke bilik saya bersama dengan pendrive anda. Dan jangan lupa,bawakan bersama firoh or syibsyi sebagai cukai perkhidmatan..hehe...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter