KEMENANGAN BA... KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH...

. 09 Mac 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

RESPONSI PRU 12

Umum telah mengetahui tentang kejayaan besar Barisan Alternatif dalam Pilihanraya Umum kali ke-12 ini. Selain dapat menguasai 5 negeri iaitu Kelantan,Kedah,Selangor,Perak dan Pulau Pinang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Barisan Alternatif juga turut menafikan majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia. Ini adalah sejarah terbaik yang dicipta pembangkang sejak 50 tahun merdeka.

Bagi kami 'anak perantauan', turut melahirkan 1001 kesyukuran dan kegembiraan dengan perubahan drastik ini. Namun sedikit terkilan apabila negeri kelahiran saya [ Terengganu ] gagal untuk duduk setaraf dengan negeri yang membawa perubahan 'wajah baru' dalam tapuk kepimpinan negeri.


ISYARAT DARI RAKYAT

Rakyat telah menterjemahkan hasrat dan teguran kepada pemimpin daripada perolehan kerusi semalam. Keputusan semalam amat mengejutkan semua pihak. Ramai pemimpin 'bermasalah' jatuh tersungkuur. Tidak kurang dari 15 Menteri termasuk Ketua Menteri Dan Timbalan Menteri tewas di kawasan masing-masing.Ini mengambarkan ada suatu isyarat 'penting' dari rakyat supaya pemimpin kembali sedar dan bertapak di bumi yang nyata sebagai khalifah yang memikul amanah Allah SWT. Beberapa dasar dan polisi kerajaan tidak berkenan di hati rakyat seperti kenaikkan harga barang yang amat menyulitkan rakyat. Jadi pimpinan yang baru terpilih manjadi wakil rakyat perlu pandai membaca hati dan citarasa rakyat.


KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH



Saidina Umar sentiasa mengingatkan angkatan bala tenteranya di zaman pemerintahan beliau supaya mempersiapkan diri dengan segala kekuatan spirituality,mentally dan keunggulan peribadi tatkala berhadapan dengan musuh. Perkara pertama yang ditekankan adalah prinsip pegangan TAQWA. Taqwa itu bukan slogan malah adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.


“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.
“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
“Pernah saja”, jawab Umar.
“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.
“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.
“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Perlu difikirkan disini, adakah kemenangan kali ini betul2 berpaksikan kepada kekuatan yang ada pada kita atau sekadar menumpang di sebalik kelemahan/kemaksiatan musuh. Saidina Umar beramanat kepada tenteranya supaya jangan sesekali melakukan maksiat dan kefasaddan dalam berhadapan dengan musuh. Kita menang dengan rahmat dan jua pertolongan Allah SWT. Kekuatan umat Islam adalah kebergantungan hambanya pada Allah selain daripada usaha dan strategi yang mampan. Saya berharap kemenangan kali ini adalah betul2 dari kehebatan yang lahir dari usaha yang luar biasa gigihnya dan bukan 'istidraj' dari Allah.

Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam.

Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan.


TUGAS KITA

Menjadi kewajipan kita khususnya yang masih di teratak universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan segala keperluan dari segi ilmu syaqofah,kepimpinan dan entiti akhlak yang tinggi. Ini bagi meneruskan kelangsungngan perjuangan ini. Persiapkan diri kita untuk menhadapi medan yang akan datang.... Jangan terlalu taksub atau terlalu semangat 'gaban' dalam meraikan kemenangan ini....

Kita adalah proksi dan agen benih yaang akn dituntas pada masa hadapan

Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul.

Sabda Nabi :-

إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ
Ertinya : "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka inagt, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)


A NEW DAWN FOR MALAYSIA



Seharusnya kita bersyukur dengan kemenangan ini....

Semoga selepas ini kita akan dapat melihat Malaysia baru dengan alternatif baru...

1 comments:

As berkata...

tak perlu terkilan untuk terenganu, satu hilang, 2-3 lagi digantiNya..kalau orang luar tahu ape terjadi di trg, pasti rase sangat geram..segeram mata yang sendiri memandang..
semua ada hikmah, dan kemenangan ini jua satu ujian..

wallahu'alam

wassalam

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter