PENDEDAHAN AURAT… PENGHINAAN & KEJAHILAN WANITA

. 07 Disember 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengahwininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.

Situasi Kejahilan 1:

Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha.

Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung.

Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.

Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah di musim hampir hari raya.

Situasi Kejahilan 2:

Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat.

Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

Situasi Kejahilan 3:

Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya.

Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

Pakaian anak muda kita sekarang

Situasi Kejahilan 4:

Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat.

Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. .

Mengapa ribuan bapa yang memenuhi masjid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal generasi yang akan berpakaian baju dalam dan seluar dalam di masa akan datang.

Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian

Written by Dr. Marina Hj. Bakri

1 comments:

BMG berkata...

said: salamunalaikh,,akhi,,minta share artikel awak ye,, syukran jazilan,,

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter