MEMILIH IBU UNTUK SI ANAK

. 07 Mei 2011
0 comments

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah.

Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya.

Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin?

Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran.

Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu.

Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran.

Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara :- Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, nescaya tenang hatimu "

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga.

Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.

Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat.

Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mukminin Saidatina Khadijah.

Kebahagiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.

Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan si anak. Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Contohilah Khunsa', srikandi Islam yang berjaya dan mentarbiyah anaknya seramai tiga orang.

Ketika anak pertamanya mati syahid beliau masih tersenyum kerana masih ada anak yang kedua syahid yang kedua yang diharapkan akan gugur sebagai syuhada. Kejayaan Khunsa' menanam semanagt jihad pada jiwa anak-anaknya merupakan hasil daripada jiwa besar seseorang wanita yang akrab dan intim dengan ilmu-ilmu Islam dan amalannya.

Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan.

Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.

Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.

Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambil kira soal pemilihan ibu untuk si anak.

Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.

Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.

Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.

Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.

Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak.

Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar:

'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

Sumber :- ILuvIslam

post signature

SUNAT MUAKKAD

. 04 Mei 2011
0 comments

Sunat Muakkad adalah merujuk kepada perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak meninggalkannya atau galakkan yang bersungguh daripada Nabi SAW dan diberi ganjaran pahala lebih besar berbanding amalan sunat yang lain.

Baginda Nabi Muhammad SAW pernah mengadu tentang pendeknya umur Umat Muhammad yang memberi kesan kepada kuantiti amalan berbanding umat-umat terdahulu.

Sifat pengasih Allah Taala telah mengurniakan ganjaran besar yang menyamai umat terdahulu walaupun sedikit amalan yang dilakukan.

Jadi, amat rugi jika ganjaran yang besar ini tidak dihiraukan walaupun ianya adalah perkara mudah dan ringan.

Banyak perkara dan amalan seharian kita yang tergolong dalam kategori Sunat Muakkad.

Artikel kali ini, saya mahu mengajak pembaca mengenali Sunat Muakkad dalam Solat Sunat Rawatib yang biasa kita lakukan saban hari.

Berikut adalah 5 Solat Sunat Rawatib yang dikategorikan sebagai Sunat Muakkad :-

1- Solat 2 rakaat sebelum Subuh.
2- Solat 2 rakaat sebelum Zohor.
3- Solat 2 rakaat selepas Zohor.
4- Solat 2 rakaat selepas Maghrib.
5- Solat 2 rakaat selepas Isya'.

Selebihnya adalah termasuk di dalam Sunat Ghairu Muakkad.

Selamat beramal... =)

TAMBAHAN INFO :-

17 Rakaat Solat Sunat yang jangan ditinggalkan apabila anda sudah berusia 40 tahun :-

1- 10 Rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad seperti di atas.
2- 2 Rakaat Solat Dhuha.
3- 2 Rakaat Solat Taubat.
4- 2 Rakaat Solat Tahajjud.
5- 1 Rakaat Solat Witir.

Tapi jangan tunggu nombor 40 itu pada usia. Bermula dari sekarang!!!

Ayuh!!!

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssry | 040511 | 8.18 am |

PETA HIDUP

. 27 April 2011
1 comments

Sudah lama tidak menulis...

Malas barangkali... =)

Ataupun mungkin otak serabut... Wayar positif blackout di mana-mana. Penuh dengan parasit yang tumbuh menumpang.

Mungkin saja kerana rasa jauh dari bertuhan walaupun selalu mengaku aku punya Tuhan...

Itu Ujian...

Hakikat kehidupan perlu diketahui. Matlamat hidup perlu jelas. Kerana pada kehidupan ini, kita mahukan sebuah ketenangan dan kebahagiaan hidup yang hakiki.

Namun kebahagiaan itu pada apa???

Rumah besar? Kereta besar? Isteri besar? Wang berjuta-juta? Ijazah Phd Master bergulung-gulung?

Jadi, peta apa yang kita mahu lakarkan untuk perjalanan kehidupan ini???

Jom... Mari kita lukis peta perjalanan kehidupan kita.

Ayuh!!!

Demi untuk sebuah kebahagiaan... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwessriy | 270411 | 7.49 am |

5 SOURCE OF MOTIVATION FOR MUSLIM

. 12 April 2011
0 comments



Lima sumber motivasi untuk Muslim...

Enjoy!!!... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Mahattoh Game' | 120411 | 8.18 am |

JANGAN KATA BOSAN

. 07 April 2011
2 comments

"Hidup ini membosankan". Kata dia.

"Boring sungguh!!!". Kata saya.

Bosan???

Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadapi sesuatu perkara berulang-ulang kali. Dalam situasi yang lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tidak ada apa yang hendak dilakukan ketika masa terluang.

Bosan adalah petanda besar bahawa anda adalah seorang yang tidak ada matlamat hidup.

Termenung sebegini saja mungkin menyatakan anda bosan

Jadi, anda harus katakan bahawa anda tidak bosan. Tapi bagaimana???

1- SIBUKKAN DIRI & KENAL PASTI HOBI.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu.

Ada orang suka tengok tv kerana dia merasa seronok menonton tv, walaupun dari pagi sampai ke malam.

Ada orang suka memancing kerana dia seronok memancing, walaupun dari malam sampai ke pagi.

Untuk mengelakkan rasa bosan, cari sesuatu di sekeliling anda yang boleh anda lakukan.

2- JADI WORKAHOLIC.

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja. Asyik dengan kerja sehingga tidak sedar masa berlalu. Kerja bukanlah kerja bagi dirinya, tetapi terjemahan kepada hobi beliau.

Perasaan enjoy bekerja ini akan hadir apabila anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.

Untuk mengelakkan rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat. Ada saja perkara yang perlu disiapkan. Ada saja yang perlu disempurnakan.

Tetapi Awas!!! Sikap workaholic ini tidak sesuai untuk orang yang sudah berkahwin.

Jika anda seorang suami, kelak isteri anda akan menyampaikan ceramah motivasi percuma kepada anda. Jika anda seorang isteri pula, kelak suami anda akan makan maggi setiap hari.

3- TETAPKAN MATLAMAT, AZAM, CITA-CITA & IMPIAN.

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak punya impian,matlamat dan tidak punya cita-cita.

Tetapkan satu impian, kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu, berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun.

Fikir, fikir dan fikir. Kemudian laksanakan. Laksanakan hingga berjaya. Jangan duduk diam! Dengan itu, masa yang ada akan terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4- BERPROGRAM

Anda boleh saja menyertai pelbagai program personal atau kemasyarakatan samada berbentuk outdoor ataupun indoor.

Mungkin saja anda menkonduksi sesuatu kem motivasi pelajar. Kalau anda tidak mampu memimpin program, anda sajalah yang menjadi pesertanya... :)

Anda tidak akan berkata bosan selepas itu.

Berprogram mendatangkan manfaat.

5- Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam.

Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri.

Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang telah disempurnakan sebelum ini.

Rasai keseronokan melaksanakan ibadah. Rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah.

Pasti anda akan terdorong untuk melakukannya berulang kali tanpa rasa jemu.

Renung-renungkan dan selamat beramal... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Mahattoh Game' | 070411 | 10.44 pm |

PENGABADIAN SUATU KEBEBASAN

.
0 comments



Ini lagu terbaru Maher Zain selepas revolusi rakyat di Mesir & Tunisia. Tanda pengabadian peristiwa bersejarah dalam tuntutan kebebasan rakyat...

Enjoy!!!

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Mahattoh Game' | 070411 | 9.41 pm |

HAKIKAT KEBAHAGIAAN

. 01 April 2011
0 comments



Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar video yang sangat menyentuh jiwa ini... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Mahattoh Game' | 010411 | 11.55 pm |

PERIHAL MASA

. 24 Mac 2011
2 comments

Masa yang kita ada di dunia ini hanyalah 24 jam sehari. Tidak pernah berubah sejak dahulu. Namun, masa yang sama ini membawa kepada senario yang berbeza mengikut situasi yang berbeza.

1- Kalau Bosan = Satu jam bagaikan sehari.
2- Kalau Rindu = Satu hari bagaikan setahun
3- Kalau Teruja = Sehari bagaikan seminit
4- Kalau Terseksa = Sesaat bagaikan berbulan-bulan
5- Kalau Menunggu = Seminit bagaikan sejam

Begitulah situasinya ketika di dunia. Di Alam Mahsyar kelak, suasananya juga tidak jauh berbeza.

Kepada golongan beriman, ribuan tahun di Mahsyar akan terasa sekejap sahaja dan beberapa detik sahaja.

Tetapi, bagi golongan yang engkar dan kufur, satu saat pun terasa tersangat lama bahkan ada yang menggesa supaya dimasukkan sahaja dirinya ke neraka kerana tidak tahan dengan azab seksaan pada ketika itu.

Walhal, mereka tidak pernah tahu bahawa seksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan azab seksaan ketika di Padang Mahsyar...

Selamat beramal untuk masa yang berkualiti...:)

post signature

ISLAM & ALAM SALING BERKAITAN

. 15 Mac 2011
0 comments

Islam merupakan satu-satunya agama di dunia ini yang mempunyai kaitan yang rapat dengan alam. Salah satu contoh yang jelas ialah berkaitan dengan ibadah sembahyang.

Cuba anda perhatikan bagaimana waktu sembahyang itu sendiri berkaitan dengan matahari. Manakala ibadah puasa pula berkait dengan matahari dan bulan.

Dan anda pasti kagum apabila mengetahui bahawa:-

1- Azan berkumandang tidak putus-putus di seluruh dunia pada setiap saat, sambung menyambung antara satu tempat ke satu tempat yang lain sehinggalah ke hari kiamat.

2- Pada setiap saat, Umat Islam sentiasa menunaikan ibadah sembahyang sejak dari dahulu sampai sekarang hinggalah ke hari kiamat.

3- Seluruh Umat Islam menunaikan solat mengadap kepada suatu arah iaitu Kaabah tidak kira di mana mereka berada.

Maha Suci Allah...

post signature

MENJANA POTENSI DIRI

.
0 comments

"Kita semua mempunyai kebolehan. Yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakannya" - Stevie Wonder

Itulah kata-kata seorang penyanyi buta yang terkenal di seluruh dunia. Stevie Wonder. Jualan albumnya pada masa sekarang sudah melebihi 100 juta unit.

Sekarang cuba perhatikan diri anda. Tanya diri sendiri apakah kebolehan aku? Cuba cari satu keunikan dalam diri sendiri. Pasti ada!.

Mustahil kalau anda kata anda tak punyai apa-apa kebolehan. Katakan anda sudah berfikir beratus kali tapi memang sah anda tak punyai apa-apa kebolehan, cuma tahu makan, minum, bercakap, tidur dan bermain. Itu sahaja.

Cuba semak kembali. Dan ya!!! Anda mampu bercakap.

Kerana anda tidak bisu. Apa kata anda gilapkan percakapan anda supaya lebih bermakna.

Cuba kita lihat senario berikut:-

1- Jika anda menjadi manusia biasa yang menganggur ... dan bila anda bercakap, anda tak dapat apa-apa.. RM0.00.

2- Jika anda bekerja, anda bercakap bilamana berurusan dengan pelanggan ... anda dibayar RM800.00 sebulan.

3- Anda menyambung pelajaran... dan dapat kerja yang lebih baik... anda bercakap apabila berurusan dengan pelanggan, anda dibayar gaji RM3,000.00 sebulan.

4- Anda berhenti kerja dan menubuhkan syarikat perundingan. Anda perlu bercakap dengan pelanggan anda dan anda mendapat RM30,000.00 sebulan.

5- Anda mulai menjadi terkenal dan dijemput mengadakan ceramah. Anda bercakap... Anda dibayar RM10,000.00 sejam

Nampak!!! Anda hanya menggunakan kemahiran anda berkomunikasi. Anda bercakap benda yang sama pada setiap masa tentang bidang yang anda mahir.

Semakin lama, anda akan menjadi semakin mahir tentang sesuatu perkara dan semakin tinggi nilai ilmu anda. Tetapi ingat, anda mestilah kreatif dalam selok belok perniagaan.

Banyakkan membaca kerana kebanyakan orang, malas hendak membaca tetapi mereka lebih berminat untuk mengetahui apakah intipati ilmu yang ada di dalam dada penceramah dengan menghadiri sesi tersebut.

Mereka tidak perlu membaca berpuluh-puluh buku. Memadai anda sahaja yang memberitahu mereka.

Sebagai balasannya, sudah tentu anda mendapat wang yang banyak daripada mereka.

Bagaimana? Sekarang jelas? Nampaknya tidaklah susah sangat untuk mendapatkan wang sebenarnya. Ramai yang sudah menjadi jutawan dengan hanya membaca dan menggunakan air liur sahaja...~~~

Jom terokai potensi diri...

Kredit : Fikir & Renung.

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter