DARURAT, EVAKUASI & SAYA

. 17 Februari 2011
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya baru saja membaca catatan pengalaman evakuasi Saudara Ramadhan (Di sini) yang baru tiba setelah selesai mengikuti proses evakuasi rakyat Malaysia di Mesir.

Menarik!

Ini kerana, catatan pengalaman peribadi sebegini mungkin hanya sekali seumur hidup.

Sementara saya pula, catatan saya mungkin tidak sehebat atau tidak semencabar rakan-rakan yang lain yang melalui proses evakuasi yang lama sehingga 7-8 hari lamanya. Tetapi, saya hanya melalui proses evakuasi kurang daripada satu hari sahaja.

Kenapa begitu???

EVAKUASI

Saya adalah di antara pelajar yang terakhir keluar daripada Kaherah. Penempatan Hayyu Asyir ketika itu telah sunyi daripada rakyat Malaysia melainkan hanya kelompok kami sahaja.

Saya keluar daripada Kaherah pada Ahad, 6 Februari 2011 jam 3.30 petang.

Sepatutnya saya menaiki pesawat Charlie TUDM bersama kelompok pelajar Terengganu yang lain. Namun, nama saya tercicir daripada senarai. Entah dimana cuainya pihak pengurusan.

Pesawat Charlie TUDM ini adalah pesawat ke-3 terakhir yang mengangkut pelajar keluar dari Kaherah. Mengikut laporan, misi evakuasi ini akan tamat malam ini.

Saya terlepas. Mereka pergi meninggalkan saya jam 12.30 tengahari menuju ke Jeddah.

Di lubuk hati saya, saya katakan saya perlu kembali kepada niat asal. Tidak mahu pulang!!!

PESAWAT TERAKHIR

Saya bertanyakan petugas. Adakah pesawat lain selepas ini. Para petugas, sukarelawan dan VIP yang berkenaan memberitahu bahawa kita akan pulang bersama.

Saya lega.

Petang itu, para petugas, sukarelawan, para wartawan & VIP telah bersiap mengemas barang untuk pulang ke Malaysia bagi menamatkan misi.

Tidak lama kemudian, nama saya dipanggil sebagai yang pertama dalam senarai untuk mendapatkan boarding pass. Datuk Seri Shahidan Kassim (Mantan Menteri Besar Perlis) mengangkat beg bagasi saya.

Kemudian, Datuk Seri menyuruh saya masuk masuk ke Terminal untuk Check In dan urusan imigresen.

Selesai semua urusan, saya dibenar menaiki pesawat. Oh!!! Pesawat Air Asia X Airbus.

Alhamdulillah. Nasib baik bukan pesawat Charlie TUDM. Kalau anda mengenali pesawat Charlie, pasti anda tidak mahu menaikinya melainkan dalam suasana perang sahaja.

Kemudian, kami diberitahu bahawa Pesawat Air Asia X ini akan terus mendarat di KLIA tanpa perlu transit di Jeddah sebagaimana ketetapan evakuasi pelajar lain. Kumpulan pelajar yang lain harus transit di Jeddah dahulu sementara menunggu pesawat lain ke Malaysia.

Paling lewat keluar dari Kaherah tetapi paling awal sampai ke Malaysia...haha

Saya tiba di Terminal Kompleks Bunga Raya KLIA pada Isnin 7 Februari 2011 Jam 10.30 pagi.

Kami disambut meriah oleh YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri Kabinet di sana sebagai kumpulan pertama yang tiba di Malaysia. Ada sedikit majlis bersama Perdana Menteri serta sedikit jamuan.

Saya turut diberi saguhati RM 200.

Tamat evakuasi.


post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 170211 | 3.47 pm |

2 comments:

where berkata...

lah, besnye..ingatkan idham duk lame evakuasi?
patutlah badan pun xturun..haha
gurau jee~

SeRiKaNDi_uMaR93 berkata...

balik secara terhormat kiranya...

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter