Ada tiga prasyarat sebelum meminta sebarang doa diperkenankan. Perkara itu adalah :-
1- Doa itu tidak mengandungi perkara dosa.
2- Bukan kepada perkara yang memutuskan silaturrahim.
3- Tidak meminta supaya dipercepat atau disegerakan diperkenankan doa.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:-
”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”
Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”
Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

Riwayat Muslim
Justeru itu, memahami hakikat sabar dengan penuh adab dan dedikasi amat diperlukan dalam kondisi kita meminta.
Kalau kita meminta dengan makhluk, harus juga ada sikap sabar dan beradap. Jangan di tunjuk sikap gopoh yang huduh dan keterlaluan itu.

1 comments:
betul tu..kdg2 kita tidak sabar dlm meminta...
"Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya."
(al-a'raf ayat 55-56)
kadang2 Allah melambatkan apa yg kita hajati spy manusia itu sentiasa mujahadah dalam bersabar.....
Catat Ulasan