MEREALISASI POLITIK MELAYU

. 05 September 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kredit to Topeng Perak

Posting kali ini sedikit berkaitan politik.

Semalam saya bersiar-siar dengan seorang rakan yang merupakan ahli salah sebuah NGO Islam di Malaysia.

Beliau menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, beliau amat taksub dengan PAS. Namun akhirnya beliau kecewa dan beralih arah kepada NGO. Saya cuba memahami kenapa beliau swing dan beralih kepada NGO. Antara perkara yang beliau terkilan tentang PAS adalah seperti berikut:-

1. Amanat Haji Hadi yang menyebabkan masyarakat huru hara, pulau memulau dan kafir mengkafir.

2. Terburu-buru dalam melaksanakan hudud hingga dilihat lebih ke arah kepentingan politik.

3. Konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS dan DAP yang jelas lebih menguntungkan DAP.

4. Kenyataan ahli PAS yang tidak menghormati Institusi Mufti (YB Mahfuz mencabar mufti Perak)

Kemudian beliau menambah, alangkah baiknya jika PAS dan UMNO duduk bersama (bukan bersatu menjadi satu parti) daripada PAS bertahaluf dengan DAP yang jelas mengikis kepentingan bangsa melayu dan islam

Kekuatan Bangsa Melayu adalah menjamin kekuatan Islam. Nabi juga berbangsa arab. Maka bangsa adalah satu perjuangan bukannya ketaksuban.

Respon saya kepada beliau:-

Fitnah dalam politik adalah peranan yang dimainkan oleh media arus perdana. Anda boleh lihat ketika perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Betapa jijiknya tajuk-tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia.

Selain PAS, DAP juga adalah mangsa kepada tohmahan-tohmahan media arus perdana.

Akhirnya, masyarakat mengenali DAP berdasarkan media yang cukup pandai bermain dengan sentimen agama dan perkauman. Antaranya:-

1. DAP parti memperjuangkan kepentingan cina.
2. DAP ingin menghapuskan kepentingan Melayu dan Islam.
3. Pemimpin DAP mempersendakan Islam seperti kenyataan Karpal Singh terhadap negara Islam dan hudud. Isu Nga Kor Ming menghina Al-Quran apabila membacanya dalam ceramah. Isu doa seorang khatib terhadap Lim Guan Eng dan yang terbaru wakil rakyat DAP memberikan tazkirah di sebuah surau.

Semua ini sengaja dimainkan dan diapikan oleh media. Ada beberapa perkara tidak pernah disentuh oleh media. Antaranya:-

1. Kesungguhan Lim Guan Eng yang ingin menjadikan modul pentadbirannya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Dalam ucapannya di sebuah majlis, beliau menyebut beberapa contoh keadilan yang ada pada khalifah tersebut. Orang Melayu sendiri pun tidak mengetahui akan hal ini.

Adakah anda ingin Lim Guan Eng menjadikan sultan-sultan melayu sebagai model pemerintahan beliau???

2. Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan majoriti tender kepada melayu islam jauh lebih besar daripada kerajaan BN sebelum ini.

3. Tony Pua mencadangkan agar dimansuhkan diskaun pemilikan rumah mewah bumiputra. Cadangan beliau jauh lebih dekat dengan keadilan jika dibandingkan menghapuskan subsidi minyak dan gula. (Kerajaan kata tak ada duit. Tapi boleh pula bagi bonus hari raya kepada kakitangan awam yang melibatkan kos yang lebih besar daripada belanja subsidi. Ingat, Subsidi untuk semua rakyat dan bonus hari raya khusus untuk penjawat awam sahaja.)

Anda tidak rasa pelikkah apabila Prof Abdul Aziz Bari yang merupakan tokoh undang-undang terkenal mencadangkan Lim Guan Eng sebagai perdana menteri? Tentu ada sebabnya dan pemerhatian yang lebih mendalam.

Jika anda membaca media arus perdana, mereka sendiri tidak pandai mengeja ‘barang naik’ dengan menggantikan rasionalize subsidi.

POLITIK MALAYSIA

Bercakap tentang politik lebih memerlukan maklumat yang tepat bukan sekadar sentimen semata-mata.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui dalam politik Malaysia:-

1. Malaysia adalah negara persekutuan. Gabungan negeri-negeri membentuk sebuah negara. Ada dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan pusat dan 14 kerajaan negeri. Walaubagaimanapun, kuasa kerajaan pusat lebih luas daripada kerajaan negeri.

2. Untuk menguasai kerajaan pusat, sesebuah parti sekurang-kurangnya mesti menguasai 112 buah kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.

3. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Untuk mengubah perlembagaan, memerlukan majoriti 2/3 dan sokongan daripada Majlis Raja-Raja.

Kembali kepada cerita tadi. Saya menyatakan ada dua bentuk penggabungan seperti yang disebut oleh kawan saya. Antaranya:-

1. PAS bergabung dengan UMNO.
Kerusi UMNO sebanyak 78 dan PAS sebanyak 24. Jadi jumlahnya sebanyak 102. Jumlah ini belum cukup untuk membentuk kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

2. PAS bergabung dengan BN.
Kerusi BN (UMNO, MCA, MIC dan sekutunya yang lain) adalah sebanyak 139 dan apabila dicampurkan dengan PAS sebanyak 24, jumlahnya adalah 163. Maka jumlah ini membentuk majoriti 2/3. Kemudian PAS akan menjadi parti kedua terbesar BN.

Jika dilihat, saranan kedua lebih releven. Namun jika memainkan sentimen PAS menggadaikan Islam kerana berkawan dengan DAP, bagaimana pula dengan MCA, MIC dan gerakan?

Apa kata MCA tentang perjuangan mereka?

1. MCA secara terang-terangan menyatakan bahawa parti itu memperjuangkan kepentingan masyarakat cina di Malaysia.
2. Presiden MCA baru-baru ini tanpa segan silu menyatakan negara islam adalah mundur, banyak rasuah dan miskin.
3. MCA juga menyokong 10 resolusi perhimpunan cina yang ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Ini belum termasuk rasuah-rasuah dan penyelewengan pemimpin MCA.

Rakan saya menambah, mengapakah terjadi sedemikian? Mana lagi kerusi-kerusi Melayu Islam???

Jawapan saya, tanyalah kepada siapa yang bertanggungjawab membentuk sempadan baru pada tahun 2003 sehingga kerusi Melayu berubah.

Maka, melayu tidak bersatu malah berpecah kepada tiga parti (UMNO, PAS, PKR)

Jawapan saya, PAS dan PKR tidak pernah mendakwa mereka adalah parti melayu.

Jika orang Melayu yang menjadi tonggak dalam kedua-dua parti itu dikatakan punca kepada Melayu berpecah, maka bukan sahaja bangsa Melayu, bangsa lain turut mengalami masalah yang sama.

Bangsa Cina terdiri daripada MCA, DAP, Gerakan dan mungkin juga PKR.

Bangsa India berpecah kepada MIC, PPP, Makhal Sakti, Kimma dan PKR.

Realitinya, mana-mana bangsa di dalam dunia ini mustahil tidur di atas satu bantal politik.

Ini membuktikan bahawa tabiat bangsa ataupun manusia itu sendiri memang tidak akan bersatu. Cuma bezanya ada pihak yang benar dan ada yang salah.

Al-Quran sendiri menyebut:-

"Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu" (Al-Maidah 48 )

Prof Dr Wahbah Zuhaili pernah menulis hukum gabungan parti islam dan bukan islam kepada tiga situasi (Qadaya Fiqh wa Fikrah Muasirah). Antaranya:-

1. Parti Islam wajib bergabung dengan parti islam jika berhadapan dengan parti kafir.
2. Parti Islam haram bergabung dengan parti kafir dalam menentang parti Islam.
3. Parti Islam HARUS bergabung dengan parti kafir jika berhadapan dengan parti islam yang lain yang turut bergabung dengan parti kafir yang lain. Namun dengan syarat parti bukan islam yang dipilih itu kurang mudharatnya berbanding parti bukan islam di pihak lawan.

Maka situasinya sekarang adalah situasi ketiga.

Dalam memahami politik Malaysia, tidak dapat tidak, sesebuah parti yang ingin membentuk kerajaan mesti mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada kelompok bukan islam.

Dalam hal ini, ada dua parti yang bertanding di kerusi Islam iaitu PAS atau PKR dan UMNO.

Ada dua juga parti yang bertanding di kerusi cina iaitu DAP atau PKR berhadapan MCA.

Ada dua parti yang bertanding di kerusi India iaitu DAP atau PKR berhadapan MIC.

Maka tidak dapat dinafikan di Malaysia ini, politiknya adalah pertembungan dua pakatan besar..

Jika anda menyatakan haram bergabung atau bersekutu dengan parti bukan islam, jawapannya Islam tidak akan menguasai Malaysia. Namun jika ada kata boleh, keharusannya bukanlah secara mutlak. Tetapi mesti bersyarat.

PAS sentiasa konsisten dengan perjuangan Islamnya walaupun terpaksa bersendirian. PAS pernah memutuskan kerjasamanya dengan DAP yang menentang Negara Islam. Bahkan hubungan PAS dengan DAP kini hanyalah berbentuk pakatan kerjasama bukannya bergabung. PAS juga membentuk alternatif lain dengan membuka keahlian khas parti itu kepada bukan islam. Ini satu persiapan jangka panjang yang baik.

UMNO pula telah bergabung dan membentuk BN bersama dengan MCA, MIC dan gerakan. MCA dan gerakan tidak kurang hebatnya memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.

Bezanya, sering didiamkan dan dibisukan oleh media arus perdana yang terkenal dengan PEKAK, BISU dan BUTAnya apabila bercakap tentang kerajaan.

Sukar dibayangkan jika PAS bergabung dengan UMNO kerana PAS bertanding pada kerusi yang sama dengan UMNO, begitu juga sebaliknya.

Sukar membayangkan PAS bersendirian untuk membentuk kerajaan.

Maka kaedah yang harus digunakan hari ini mengikut Qawaid Fiqhiyyah “Jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua”.

Parti Islam perlukan parti non muslim.

MCA membuktikan perjuangan mereka terang-terangan untuk bangsa Cina. Pemimpinnya kini terlibat dengan skandal video lucah dan kini apabila menjadi presiden dengan selambanya menghina Negara Islam pula.

DAP tidak juga sempurna, Lim Kit Siang dan Karpal Singh sentiasa konsisten dengan anti islamnya. Namun pemimpin baru mereka seperti Guan Eng, Nga Kor Ming sudah mula berjinak-jinak dengan Islam.

Maka kesimpulannya adalah:-

1. Mustahil Parti Melayu bersatu, namun pilihlah salah satu daripada Parti Melayu yang lebih baik dan kurang mudharatnya. Antara UMNO ataupun PAS.

2. Mustahil membelakangkan parti non Muslim. Maka pilihlah mereka yang kurang mudharatnya kepada Islam. Antara MCA dan DAP.

Kesimpulan tambahan:-

Apabila anda membaca media arus perdana, percayalah hanya kepada dua perkara sahaja yang betul dan benar iaitu tarikh surat khabar dan juga pengumuman nombor ekor...~~~

Berubahlah untuk kemenangan rakyat...:)

post signature


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 060910 | 2.14am |

1 comments:

Naseh Ulwan berkata...

ada satu lagi yang betul dalam paper syeikh, intisari rancangan tv! hehe

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter