RAMADHAN KITA

. 11 Ogos 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Salam Ramadhan.

Hari ini bermula kalendar baru bagi umat Islam.

Sememangnya Bulan Ramadhan menjanjikan suasana yang berbeza. Berbeza mengikut masa, uruf, tempat dan suasana. Alhamdulillah, tahun ini saya merasakan suasana menyambut Ramadhan di Malaysia.

Pastinya saya akan merindui suasana gilang gemilang di Bumi Anbiya'.

Suasana 'Fanusah' bergemerlapan di sana-sini yang menjanjikan kemeriahan.

Santapan Maidah Ar-Rahman di sana-sini yang menjanjikan keberkatan.

Tidak lupa juga 'Qatayif' bersama 'Qistoh' yang menyelerakan.

Setiap Muslim yang diakui keimanannya akan berlumba-lumba melakukan kebaikan walaupun hanya dengan mengagihkan kurma, air sejuk dan minyak wangi di masjid-masjid dan juga di jalanan.

Bulan Ramadhan menjadi bukti bertapa hebatnya peranan suasana dalam membentuk dan mendidik masyarakat. Tarbiyyah langsung dari Allah SWT.

Ayuh!!!

Inilah peluang kita. Jom!!! Buatlah amal tanpa rasa segan dan malu. Saudara-saudara seIslam yang lain akan turut sama membantu. Baiki keadaan.

Semoga Ramadhan ini menjadi yang lebih baik berbanding yang telah berlalu...~~~


Bagi mengisi keberkatan dan kemeriahan Bulan Ramadhan ini, saya sediakan kepada anda 'Poster Reminder Ramadhan' dalam 6 versi warna yang menarik. Print dan tampal di mana-mana ruangan rumah anda sebagai peringatan. Anda boleh mendownloadnya secara percuma.


Seterusnya, saya sediakan kepada anda beberapa buah buku bacaan keluaran JAKIM bersempena Ramadhan ini untuk mengisi masa-masa terluang anda di samping menambah dan menyegarkan kembali ilmu sedia ada. Anda juga boleh mendownloadnya secara percuma seperti link di bawah.

PANDUAN PUASA RAMADHAN
Terbitan : Bahagian Penerbitan, JAKIM
Dalam Format PDF (Buku Panduan ini boleh dicetak)

Muat Turun Di Sini

PANDUAN BERPUASA BAGI PESAKIT
Terbitan : Bahagian Dakwah, JAKIM
Dalam Format PDF (Buku Panduan ini boleh dicetak)

Muat Turun Di Sini

PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Terbitan : Bahagian Penerbitan, JAKIM
Dalam Format PDF (Buku Panduan ini boleh dicetak)

Muat Turun Di Sini


Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan...

Kredit to : Syukran Team & Rdanz

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Kuala Terengganu | 110810 | 9.26 am |

post signature

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter