Ini mungkin saja gambar lama. Gambar dahulu kala. Cerita pun mungkin saja cerita lama yang dah basi dimamah usia gamaknya. Saya terjumpa gambar ini entah dimana.
Arakian, kehidupan saya lebih banyak 'terbelajar' daripada aktiviti-aktiviti luar dan juga daripada perjalanan pengalaman yang ada. Memang benar bagai dikata, pengalaman adalah sekolah hidup.
USRAH
Saya mula berusrah semenjak di tingkatan satu. Sejujurnya, saya dahulu bukanlah dari jenis orang baik-baik yang suka berjinak dengan usrah.
Gambar di bawah ini adalah kenangan pertemuan terakhir usrah saya bersama dengan ahli usrah sebelum saya keluar meninggalkan mereka.
Beberapa zaman berlalu...
Sekarang, mereka sudah menjadi orang-orang yang hebat dan berjiwa besar. Sudah lali berceramah disana-sini dan sudah berjawatan itu dan ini.
Cuma saya sahaja yang masih ditakuk lama.
USRAH LAGI
Bermula sejak dua minggu yang lalu, saya diamanahkan untuk menjadi naqib (Fasilitator) usrah kepada pelajar perubatan pula.
Segan.
Mereka adalah pelajar-pelajar yang hebat. Semua mereka adalah dari kalangan cerdik pandai yang cemerlang dalam SPM. Lahir daripada sekolah-sekolah berasrama penuh dan MRSM yang ada intergriti karisma tersendiri. Sangat jauh jika hendak dibandingkan dengan saya.
Memang ia satu cabaran yang besar.
Walaubagaimanapun, kalau sudah terjun di laut berombak, kena berenang sampai ke seberang juga...
Kerana sesungguhnya, usrah itu adalah tempat belajar...
5 comments:
Salam,
Ana yakin dengan kemampuan enta. Orang hebat adalah mereka yang dapat melahirkan pelapis generasi pewaris yang lebih hebat dari diri mereka.
Ana stakat ni belum melahirkan mana2 insan yang hebat, diri sendiri tak hebat camne nak jadi hebat kan? huhu..
Teruskan usaha dakwah enta, InsyaAllah, ana yakin dengan kemampuan serta kebolehan yang Allah beri. Enta akan berjaya..
Bimbinglah ana lagi yer..
Walaupun enta YB.. hehe..
Assalamualaikum..
Pertama-Ustaz Kamal yang teramat kurus..haha
Kedua-Ustaz Idham memang mantap!
salam..terima kasih ats tarbiyyah yg diberikan pada kami semua..mana mungkin lahirnya seorang yang hebat tanpa naqib yang tak hebat..kirenye enta hebat lagi la..jazakallah.
nak masuk jugak usrah...huhu
Marilah sama-sama kita berusrah...
Ada kelebihannya...
Catat Ulasan