MENDUNG ITU BERLALU JUA

. 06 Januari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Artikel ini sepatutnya ditulis pada bulan lalu. Namun, daya itu tiada. Meniti zaman mendung dan gerhana, kadangkala ia memeritkan. Sesungguhnya menulis pengalaman hidup adalah sesuatu yang bakal berharga untuk dijadikan teman bercerita kepada anak-anak saya nanti.

Mendepani cabaran kehidupan memerlukan kekuatan serta semangat untuk hidup. Ya. Semangat untuk hidup. Bukan semangat untuk mati.

Kekuatan itu terhasil daripada dua aspek penting iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Konsep dan Falsafah "Hablun MinAllah Wa Hablun MinNas" ini menjadi momentum kepada langkauan taqwa yang bakal menghasilkan kekuatan.

Jika hubungan kedua-dua pihak ini dijaga dengan baik, maka kekuatan itu akan hadir sebagai peneman. Kualiti tali yang dicipta dan dijaga itu akan memberikan sebuah harmoni dan kebahagiaan yang berkekalan.

Bahagia dan tenang itu sesuatu yang kompleks. Rumah besar, kenderaan mewah, makanan lazat, isteri cantik bukanlah penilai hakiki kepada sebuah kebahagiaan dan ketenangan. Berapa ramai orang kaya yang tidak bahagia dan tidak tenang dengan kehidupan mereka?

...........................


Kadang-kadang merasa letih dalam perjuangan

Setahun awan mendung menyelubungi saya akibat hubungan dengan manusia yang sedikit tercalar dan hampir-hampir memusnahkan satu pertemuan dahulu...

Aduh!!! Tiada komunikasi dalam tempoh setahun walaupun hidup berdekatan yang hanya sejengkal menjadikan suasana gersang, hambar dan pedih.

Virus-virus ukhuwwah yang menyerang, memecahkan ketenangan jiwa dan menyebabkan saya kecundang terjatuh walaupun berada dalam bahtera yang sama.

Kemendungan inilah menjadikan salah satu faktor kegagalan saya tahun lalu. Saya menemui empat faktor yang menyebabkan saya tersungkur tersembam tahun lepas... Aduh!!! Pedih. Walaupun di balik senyum manis ini.

Kenangan pelayaran yang indah

Dek kerana awan mendung yang berlaku di langit kehidupan saya, saya mengambil keputusan untuk keluar dari Rona Kinanah dan berkelana ke Arab Saudi...

Berada di tengah laut selama 4 hari, ada buahnya. Memang benar, pengembaraan dan bercuti itu boleh menyegarkan kembali jiwa yang berserabut.

Saya ingin kembara lagi jika diizinkan...

Teman-teman mengenali saya sebagai seorang yang tidak pernah marah atau tidak pernah meluahkan kemarahan yang ada. Hanya senyum dan sengeh sahaja menghiasi kerut muka yang pedih. Itu respondi mereka. Dan saya pon tidak berminat untuk memarahi atau menengking mereka.

Lama menanggung derita terkapai-kapai...

Akhirnya, jalan kebaikkan itu dibuka. Apabila sikap dan persepsi diubah, kenangan serta ingatan hidup dalam tarbiyah membimbing, perang dingin itu sudah luput ditimbus sinar selepas keluarnya cahaya matahari daripada kegelapan mendung semalam.

Apabila sudah boleh berkata-kata, sudah boleh makan bersuap, itu tandanya Allah masih mencurahkan kasih sayang sesama manusia. Itulah jenis umat yang dijanjikan Baginda Nabi dengan Syurga apabila berkasih sayang sesama saudara hanya kerana Allah.

Saya & perjuangan. Satu perjalanan jauh.

Peri penting hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia itu sangat dituntut untuk diaplikasikan supaya hidup ini lebih harmoni dan sejahtera.

Saya berpesan, jagalah kedua-dua hubungan ini kerana saya telah merasa pahit dan perit apabila dua tali ini terputus dari ikatan jiwa saya. Hindarilah sikap egois, bongkak,sombong, berasa sedap atau syok sendiri.

Tidak ramai yang mampu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan terpuji dalam diri walaupun diri itu seorang yang cerdik pandai lagi bijaksana.

Kini, saya boleh sedikit tersenyum dengan langkah ini dan kembali membina kehidupan yang lebih baik daripada kesilapan lalu kerana saya tahu, mendung itu akan berlalu pergi jua...

TAMBAHAN :-

- Mungkin ramai yang tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan. Biarlah luahan ini terbebas daripada jiwa saya supaya ketenangan itu bersapa...:)

- Penafian : Artikel ini tiada kaitan dengan putus cinta atau sebagainya kerana saya tidak pernah bercinta...huhu...
Ye ke???haha3x

post signature

6 comments:

al-aman berkata...

keseluruhan artikel boleh diterima kecuali pada bahagian penafian. fakta di situ amat dipertikaikan :)

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Oh terimalah...haha3x

Tanpa Nama berkata...

salam..
skema ayt tengku...mcm xcaye jd gni la mmberku hok naek bsikal bmx dlu..hahahaha..
but u're rite...
nway,,keep on the good job..proud to have u as one of my fren..hehhee..



~anak kak yah krani,,pngadang bru..wawawa~

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Oh Percayalahhhh...haha3x

ELAH_INSAFILLAH berkata...

EM...AYAT NI PUN SESUAI GOK UNTUK ORG BERCINTA..HUHU

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Ayat ape tu???

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter