CANTIK SEKUNTUM BUNGA

. 05 Januari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Apabila tiba musim bunga di Bumi Kaherah, tempat kebiasaan yang menjadi tumpuan ramai adalah di Hadiqah Al-Azhar. Tempat yang terletak sedikit di puncak bukit ini membalikkan pemandangan indah tatkala musim bunga.

Emmm... Tidak lama lagi musim bunga akan tiba.Huh!

Namun di balik banyaknya bunga yang menguntum kembang itu, pernahkan terfikir di manakah letaknya cantik sekuntum bunga???

Ya, di manakah letaknya kecantikkan sekuntum bunga...

Pada warnanya?

Pada baunya?

Pada kuntumnya?

Atau pada perempuan yang memakainya???huhu3x

Kecantikan bunga adalah pada bahasa puitis yang mengungkapkannya. Kerana bahasa, bunga menjadi cantik... Malah harum menghiasi taman sekitarnya. Bahasa itu penterjemah fikiran dan perasaan.

Bahasa juga adalah simbol kepada apa yang ingin dihadiahkan kepada pendengar.

Jikalau bahasa-bahasa busuk, kotor, kesat dan jijik yang menjadi penghias kehidupan, maka sudah pastinya tiada langsung kecantikan dan keindahan dalam hidup.

Jadi, kenapa bahasa-bahasa ini harus menghiasi kehidupan kita?

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jom!!! Mari belajar memperelokkan bahasa, agar cantik kehidupan kita kelak...

post signature

2 comments:

nikza berkata...

ana setuju dgn pndapat yg us cakap jikalau bahasa busuk, kotor, kesat dan jijik yg jadi penghias kehidupan maka x kecantikan dalam hidup..

tp klu us cakap bunga cantik disebabkan bahasa itu ana kurang setuju..

sbb...
melalui penglihatan kmudian akan diterjemahkan oleh otak dan terhasilnya bahasa
bukannye daripada bahasa akan diterjemahkan otak kemudian terhasilnya cantik
jd..cantik bunga tu bukan sbb bahasa tp sbb memg bunga tu nmpak cntik pada penglihatan kita

ni sekadar pndangan..boleh diterima n boleh ditolak

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Pendapat saudari ada benarnya dan boleh diterima...

Melihat dr sudut pandang pertama terhadap persepsi bunga, itu pon betul...

Cuma, saya cuba memberi bidalan terhadap bahasa bertutur yang baik umpama bunga cantik yang berkembang mekar...

Dan, disitulah letaknya kecantikan itu...

Terima kasih ats komentar...:)

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter