BUKU SUTRA

. 12 Januari 2010
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Sehingga hari ini, saya masih menerima beberapa panggilan telefon atau SMS daripada individu yang berminat mendapatkan Buku Sutra Edisi Tokoh Ilmuan Islam. Pagi tadi, seorang lagi individu dari Malaysia ingin mendapatkan naskhah tersebut.

Saya mohon maaf. Buku tersebut sudah habis terjual dan sudah tiada lagi stok dalam simpanan.

Alhamdulillah, pasaran buku ini memuaskan dan ia dapat memberi sedikit pulangan kepada persatuan di samping dapat memberi sedikit honorium atau saguhati kepada pengedar kami.

Saya masih terfikir-fikir untuk membuat cetakan kedua buku ini, namun penerbitan ini adalah harta persatuan. Saya tidak boleh mencaturkannya sembarangan. Tambahan pula, saya bukan lagi ahli majlis mesyuarat persatuan.

Tidak kisahlah apa percaturan atau misi persatuan pada tahun ini. Semuanya pasti sudah difikir secara masak oleh pimpinan atasan.

Cover buku terbaru untuk cetakan kedua

Keuntungan bukanlah matlamat sebenar. Saya mampu tersenyum gembira sekiranya masyarakat mula mendekati buku dan suka membaca bahan ilmiah sebagai aktiviti tetap mereka dan bukannya sebagai aktiviti mengisi masa lapang sahaja.

Proses untuk memandaikan rakyat melalui buku sebagaimana yang dilakukan PTS merupakan satu projek pembangunan modal insan terbaik bagi memimpin serta memajukan pemikiran beku masyarakat Malaysia.

Saya rasa, dasar inilah yang sepatutnya diketengahkan, supaya nanti kita tidak asyik membebel bersumpah seranah jika harta kita dicuri atau mata kita sakit melihat masyarakat yang bodoh lagi rosak.

Kerana, kita memang tidak pernah mencuba untuk memandaikan mereka...!!!

TAMBAHAN :-

- Saya memandang kerusi penerbit atau editor sebagai salah satu kerjaya pilihan nanti. Apa pendapat anda???

post signature

5 comments:

Faarihin berkata...

pendapat saya.. teruskan jika kamu mahu ke arah itu.. hehehe..

lama akak tak singgah sini.. wah baru nak beli buku tu.. tak ada lagi ke? nampak menarik.. dah lama tak baca tokoh2 islam ni..

nikza berkata...

salam..mmg buku ni x dipasarkan kt malaysia ke?

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Faarihin> Insyallah akan diusahakan. Tapi tak taulah bila...kui3x

Rajin2lah akak singgah sini... Nanti idham bagi extra diskaun buku tu atau buku2 lain...

Tp, kne Tunggu idham balik msia dlulah...hehe

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Nikza> WaalaikumSlam...

Setakat ni pasaran hanya di Mesir shj. Belum ada lgi Msia. Nak dpat pasaran di Msia susah sket. Kos besar.

Klau ada pon, hanya kecil2lan di sekolah2 n lain2 tempat. Tak meluas...

Terima kasih...

nikza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter