Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang.
Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini kerana, fikiran mereka sering terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam semenjak akhir-akhir ini.
Beliau yang juga Mursyidul Am (PAS) berkata, beliau mahu membincangkan tentang “penganiayaan emosi” yang dihadapi kaum lelaki ini secara lebih terperinci kerana ia jarang dibincangkan dan diambil perhatian.
  “Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,”
Menurut beliau lagi,
  “Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,”
Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita pada masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.
Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua pihak lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.
Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.
Laman web PAS ada menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik – dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang “besar dan longgar” yang bersesuai dengan trend semasa.
Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita muda kadangkala memakai baju kemeja-T ketat dan seluar jean yang menjolok mata.
Aduh!!! Derita sungguh lelaki zaman sekarang...wakaka




