'TGIDHAM KECIL'

. 15 Mei 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

'tgidham kecil'

Hari ini Hari Ulangtahun saya yang Ke-21. (15 Mei 1988 Bersamaan 28 Ramadhan 1408 H)... Saya membelek diari lepas dan terjumpa beberapa gambar dulu-dulu. Emmm... Saya tersenyum sendirian melihat saya dulu-dulu dan saya sekarang ada banyak variasi.huhu...

DULU-DULU

'Saya yang berbaju kuning'

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka mandi di sungai. Bila petang atau waktu-waktu tertentu, saya dan kawan-kawan akan ke tiga buah sungai pilihan secara bergilir-gilir disekitar kampung tanpa pengetahuan mak.huhu...

Seronok. Paling terasa nikmat apabila kami dapat membawa pulang 'etok-etok' untuk dimakan. Paling cemerlang hasil tangkapan kami, adalah sehingga mencapai setengah baldi. Sampai rumah,kami makan sama-sama. Tapi akhirnya saya 'terkantoi' juga apabila mak terjumpa seluar basahan saya dalam bilik mandi...huhu... 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' sangat suka pada ikan sekila (Ikan Laga). Seakan macam hobi untuk mengumpul dan membela ikan tersebut.

Paling mengujakan apabila dapat menangkap sendiri ikan-ikan tersebut di baruh-baruh sawah dan sungai.

Pernah sekali dek kerana seronok dengan hasil tangkapan yang banyak serta ikan yang cantik-cantik, saya terleka hingga terlepas maghrib.

Tiba di rumah sebaik sahaja waktu sudah gelap. 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka main pondok-pondok atas pokok untuk dijadikan markas lepak kami budak-budak kampung. Tapi itu dulu-dulu...

Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka masuk semak dan hutan bermain bedil. Bedil yang dibuat sendiri dengan buluh dan berpelurukan buah keras (Tak ingat dah nama apa). Penat-penat kami pergi mencari buah 'mete hutan' untuk dimakan. Tapi itu dulu-dulu...

Zaman kegemilangan 'tgidham kecil' dan Otromen dulu-dulu. Jangan gelak. Fire kam!!!huhu

Tapi itu dulu-dulu... Semua itu sudah tiada. Sungai sudah tidak boleh mandi lagi. Baruh-baruh sawah dan sungai sudah tiada lagi. Pondok-pondok kami sudah tiada. Tempat bermain juga sudah tiada lagi. Dan sekarang memang bukan masa bermain lagi.

KINIKini saya sudah 21 tahun kehadapan dari dulu-dulu. Sekarang adalah masa untuk menterjemah dan menghasilkan apa yang pernah dicita-citakan dahulu. Waktu kecil, cita-cita dan impian kami besar. Kami bercerita tentang harapan.

Dan sekarang kami tempuhi jalan itu.

Sejujurnya, saya ingin kembali ke zaman 'tgidham kecil' jika itu boleh menjadi satu kenyataan. Saya rindu kepada zaman dulu-dulu. Sungguh!!! Waktu itu lebih seronok dan gembira.

SELAMANYA

Selamanya saya mahu yang terbaik dalam hidup. Semoga peningkatan umur ini selari dengan peningkatan amalan. Apabila saya merantau, baru saya tahu bahawa saya ini adalah waqafan ummah yang perlu berjasa pada Islam dan masyarakat.

Saya sedang cuba berusaha ke arah itu. Doakan saya...

P/S : Saya 'terpinjam' slogan UMNO. -Dulu, Kini, Selamanya-...huhu... Walaubagaimanapun, UMNO tetap sengal dan jijik...haha3x

Terima pada Abah,Mak,Abang dan teman2 yang menghantar mesej ucapan pada saya...

10 comments:

kembara™ berkata...

salam..
selamat hari lahir yang ke-21
semoga panjang umur
semoga murah rezeki
semoga kawen cepat..kih3..
semoga meningkatnye amalan..
semoga najah dalam imtihan..
be a good person..
"kullu 'aam waanta toyyib"

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Wslam...

Ana suka perkara yg ketiga...huhu

Tulunlah crikan ke ana sorang... Mainkan peranan anda sbgai bait muslim..wakaka

Trima ksih bnyok ats ucapan...

al-aman berkata...

Ooo.. dah 21 tahun rupanya... Selamat panjang umur dan bagus amalan!

Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia ialah yg panjang umurnya dan bagus amalannya.

ust idham dah tinggi saham, sampai masa ada la org taqdim tu huhu... jgn bimbang.

Hares Takeery berkata...

tu duluuu...kirenye skrg ni hebat la? rase sedap la? ke gane us idham oii? ape2 pom..sanah helwah..smoge dirimu dikasihi Alloh & RosulNye serta manusia2..ameen

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Sedap apenyer!!!

Makan sedaplah...huhu

Ihtimal tu dop kene sokmo...

Ape2 pon sanah helwah juga untuk kamoo...

Ingat skek,kita ni lahir same. Mse je lain-lain...huhu

Berubahlah untuk kemenangan rakyat...wakaka

Shahibul Afzan Wahab berkata...

sanah helwah ke-21 utk adik khairul idham!semoga berjaya fi daaraini...

toqki berkata...

Selamat Hari Jadi sahabatku idham..
Moga Allah merahmati dan memberkatimu selalu :)

idham memang cute :)

MissGAZA (FasihahAdnan) berkata...

selamat hari lahir..
terbaek ana doakn utk ust.
moga najah dunya akhirat.

Ameen~
:]

MOHD KHAIRUL HAFIZ berkata...

Buat satu buku khas crite tentang kisah hidup kamu nescaya laku!!!!Doakan ana yooo

MOHD KHAIRUL HAFIZ berkata...

Buat buku khas utuk crite kisah hidup enta,pasti laku punye

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter