UKHUWWAH ITU HAMBAR...

. 24 Oktober 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks



Pernah atau tidak anda merasai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup???

Manusia sememangnya sangat mengimpikan satu kebahgiaan bagi memberi ketenangan dalam kehidupan mereka. Namun dimanakah lubuk kebahagiaan dan ketenangan itu???

Sepanjang penelitian saya,salah satu perkara yang menyumbang kepada keselesaan jiwa dan ketenangan hati adalah pada pengamatan nilai dan sikap ukhuwwah atau hubungan insani sesama manusia.

Ukhuwwah menggambarkan satu tali perhubungan yang utuh serta hubungan yang rapat lagi mesra antara dua pihak.

Namun begitu,ukhuwwah sekadar manis pada teori,tetapi pahit pada pelaksanaannya. Mudah dibayangkan,tetapi sukar diamalkan.
Kita semua ingin menikmatinya,namun tak punya kuasa mengenggamnya.Akhirnya menjadi omong-omong kosong atas nama ukhuwwah.

Atas dasar itulah, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menyusun satu doa tatkala selesai berusrah dengan doa

“اللهم انك تعلم ان هذه القلوب قد اجتمعت علي محبتك”
“Ya Allah,engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu”


UKHUWWAH MENGUNDANG JAUH

Maimun Bin Mahram berkata: “ Sesiapa yang ingin mendapatkan nikmat ukhuwwah tetapi tidak suka memberi keutamaan dan jasa baiknya, maka carilah teman dari ahli kubur yang sudah mati”

Begitulah keadaan orang mukmin yang berlaku pada hari ini. Mahukan nikmat ukhuwwah,namun sumbangan kearah itu hampehh semuanya..

Kesannnya,ukhuwwah itu mengundang jauh.

Dan semakin menjauh..

Sedangkan binatang mampu berukhuwwah mesra,patah lagi manusia

Akhirnya ukhuwwah itu pupus dan hanya menjadi ayat-ayat sejarah di dalam kitab. Anak-anak kita yang terkemudian hanya memenuhi otak dengan seribu persoalan apakah itu ukhuwwah dan bagaimanakah perlaksanaanya kerana tiada teori dan praktikal di situ.

TINGKATAN UKHUWWAH

Imam Al-Ghazali berkata: “Jika engkau tidak menemukan dalam dirimu salah satu daripada tingkatan yang tiga terhadap saudaramu,nescaya ketahuilah bahawa sesungguhnya tali persaudaraan belum lagi meresap dalam jiwa dan hatimu. Yang berlaku antara kamu adalah pergaulan zahir sahaja yang tidak berbekas pada akal dan agama”

Kenangan lalu amat mudah diputar kembali...

Apakah tingkatan yang tiga itu???

PERTAMA: Tingkatan ukhuwwah yang paling rendah
Kita penuhi dahulu segala keperluan kita dengan harta kita.Apabila masih ada lebih,maka bakinya itu adalah hak saudara kita. Segera memberinya sebelum ia meminta. Bila ia meminta,itu tanda kurangnya perhatian kita dalam memenuhi hak ukhuwwah.

KEDUA: Tingkatan Pertengahan
Meletakkan saudara kita sebagaimana diri kita sendiri. Kita libatkan dan ikutsertakan saudara kita dalam mengaturkan seluruh harta perbendaharaan yang kita miliki seakan-akan ia memiliki sebahagian daripada harta tersebut.

Tingkatan ini selari dengan Hadis Rasulullah Sallallah Alaihi Wassalam:-

“ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri”

Menurut Hasan Al-Basri,bagaikan orang yang memotong dua kain sarungnya untuk diberikan separuh kepada saudaranya.

KETIGA: Tingkatan Paling Utama -‘ITHAR’-

Meletakkan saudara kita melebihi diri kita sendiri. Dalam mengatur keperluan harta,kita mengutamakan keperluan saudara kita dahulu,kemudian barulah menyelesaikan keperluan kita.

Inilah hasil tarbiyyah agung Rasulullah kepada para sahabat misalnya kisah sahabat yang sanggup mendahulukan keperluan air kepada sahabat lain ketika selesai Perang Mu’tah yang mengakibatkan ketiga-tiga sahabat syahid.

Dalam kisah lain Abu Hurairah ra. menceritakan, seorang lelaki menghadap Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam seraya berkata: "Saya sangat susah untuk dapat makan" Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat: "Siapa yang mahu menerima tetamu hari ini?" Seorang sahabat ansar pun berdiri: "Saya, ya Rasulullah!"

Ia pun pulang menjumpai isterinya dan berkata: "Adakah masih tersedia makanan?" Isterinya menjawab: "Ada, tetapi ini bahagian anak-anak kita malam ini"

Si suami memberi tunjuk ajar: "Ajak anak-anak bermain. Bila mereka minta makan, tidurkan segera. Nanti ketika tetamu kita masuk,matikan lampu dan berbuatlah seolah-olah kita makan bersamanya."

Mereka pun duduk dan si tetamu makan dengan seleranya, sementara keluarga anshar tersebut menahan lapar malam itu. Paginya, Rasulullah saw. berkata: "Luar biasa kalian dalam memuliakan tetamu"

KENAPA SAYA MENULIS ENTRY INI?

Bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu Pikir sendirilahh beb.......”

Apa guna ilmu jika tiada penghayatan dalam diri??? Ia tetap berkarat jika tidak digunakan.
Jangan merasakan diri kita terlalu best dan sempurna... Macam sedap ngat...ngeh6x

Kenangan pada nilai sebuah ukhuwwah

4 comments:

Nafsah Dulajis berkata...

salam alaik.

mmg mengecewakan apabila ukhuwah itu di dalam buku, bukan di dalam diri.
penghayatan ilmu seharusnya ditekankan supaya teori diterjemahkan ke dalam praktikal.
bersama berusaha merealisasikannya.

lillah أم هريرة berkata...

sweet article.. ukhwah itu indah jika diratib utk Allah..

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Jangan sesuatu yang manis itu menjadi tawar...

Bersama2 kita usaha ke arah itu.

Terima kasih Atas respon semua..

Tanpa Nama berkata...

mengapa kita tidak memulakan untuk menghidupkan kembali ukhwah yg mantap sprti di dalam gambar kelas tu yg kini sudah menjadi hambar?
apakah anda sedar punca sebenar di sebalik masalah ini?

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter