Sudah lama saya tidak kemaskini blog ini.huhu... Saya masih dalam mode final exam. Doakan saya berjaya teman-teman.
Cuma, kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang berguna untuk sesiapa yang sentiasa hidup bersama Komputer.
Disini akan ditunjukkan kesan penggunaan tetikus yang salah dan akan ditunjukkan pula cara penggunaan tetikus yang betul.
KESANNYA

CARA YANG BETUL


SENAMAN REGANGAN TANGAN




P/S : Baru saya tahu kenapa papan tetikus di negara Mesir ini berbonggol di hujung sendi tangan...huhu...
Baru tahu manfaatnya...
Sumber : Health-tipz
KARPAL SINDROM
Labels: INFO'TGIDHAM KECIL'
Labels: Diari SayaDulu-dulu, 'tgidham kecil' suka mandi di sungai. Bila petang atau waktu-waktu tertentu, saya dan kawan-kawan akan ke tiga buah sungai pilihan secara bergilir-gilir disekitar kampung tanpa pengetahuan mak.huhu...
Seronok. Paling terasa nikmat apabila kami dapat membawa pulang 'etok-etok' untuk dimakan. Paling cemerlang hasil tangkapan kami, adalah sehingga mencapai setengah baldi. Sampai rumah,kami makan sama-sama. Tapi akhirnya saya 'terkantoi' juga apabila mak terjumpa seluar basahan saya dalam bilik mandi...huhu... 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...
Paling mengujakan apabila dapat menangkap sendiri ikan-ikan tersebut di baruh-baruh sawah dan sungai.
Pernah sekali dek kerana seronok dengan hasil tangkapan yang banyak serta ikan yang cantik-cantik, saya terleka hingga terlepas maghrib.
Tiba di rumah sebaik sahaja waktu sudah gelap. 'Tgidham kecil' kena marah... Tapi itu dulu-dulu...
Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka main pondok-pondok atas pokok untuk dijadikan markas lepak kami budak-budak kampung. Tapi itu dulu-dulu...
Dulu-dulu, 'tgidham kecil' suka masuk semak dan hutan bermain bedil. Bedil yang dibuat sendiri dengan buluh dan berpelurukan buah keras (Tak ingat dah nama apa). Penat-penat kami pergi mencari buah 'mete hutan' untuk dimakan. Tapi itu dulu-dulu...
Tapi itu dulu-dulu... Semua itu sudah tiada. Sungai sudah tidak boleh mandi lagi. Baruh-baruh sawah dan sungai sudah tiada lagi. Pondok-pondok kami sudah tiada. Tempat bermain juga sudah tiada lagi. Dan sekarang memang bukan masa bermain lagi.
KINI
Dan sekarang kami tempuhi jalan itu.
Sejujurnya, saya ingin kembali ke zaman 'tgidham kecil' jika itu boleh menjadi satu kenyataan. Saya rindu kepada zaman dulu-dulu. Sungguh!!! Waktu itu lebih seronok dan gembira.
SELAMANYA
Selamanya saya mahu yang terbaik dalam hidup. Semoga peningkatan umur ini selari dengan peningkatan amalan. Apabila saya merantau, baru saya tahu bahawa saya ini adalah waqafan ummah yang perlu berjasa pada Islam dan masyarakat.
Saya sedang cuba berusaha ke arah itu. Doakan saya...P/S : Saya 'terpinjam' slogan UMNO. -Dulu, Kini, Selamanya-...huhu... Walaubagaimanapun, UMNO tetap sengal dan jijik...haha3x
Terima pada Abah,Mak,Abang dan teman2 yang menghantar mesej ucapan pada saya...
KITA MASIH MEWAH
Labels: Artikel
Pagi ini saya merenung sendirian di balkoni tingkap kamar. Saya berfikir sendirian bahawa saya ini sentiasa hidup dalam nikmat-nikmat ALLAH yang sentiasa mencukupkan kehidupan saya. Saya bersyukur...
Saya cuba menghitung nikmat-nikmat ALLAH, namun saya gagal. Tidak mampu untuk saya membandingnya. Saya sendirian juga mengingati bahawa saya sebelum ini tidak pernah pon berlapar kerana tidak berduit. Tidak pernah pula mengikat perut dengan batu seperti Baginda Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda.
Saya ni bukanlah golongan orang yang berduit namun ALLAH masih mencukupkan saya untuk sara hidup. Jikalau berlapar pon,bukanlah disebabkan tidak berduit tetapi disebabkan malas memasak atau tidak terlalu rajin untuk membeli makanan.
Gambar dibawah ini menterjemahkan erti syukur dan keinsafan saya...




Mungkin ini fenomena biasa yang dilihat di Mesir tapi apa yang pasti, jarang orang Malaysia hidup sehingga ke tahap ini. Gambar ini saya snap dari tingkap 5 kediaman saya selesai sahaja solat subuh.
KENAPA SAYA MENULIS ENTRY INI???
Sebulan dua ini, pelajar-pelajar kita bising kerana duit tajaan untuk tahun ini belum dapat. Sepatutnya telah dapat bulan 3 dahulu namun masih atas-atas angin. Kemanalah cek itu... Emm, entahlah...
Memang kesian juga kepada sahabat-sahabat kerana terpaksa sedikit bersabar dengan sara hidup ini. Akhawat lagi menyedihkan apabila sara hidupnya hanya tinggal LE 0.25 sahaja. (Tidak tahu betul atau tidak tetapi saya ihtimalkan ianya adalah betul..huhu)
Apa yang ingin saya sampaikan disini, kita sebenarnya masih mewah berbanding sebahagian golongan yang lain. Nasi Hadramaut, pizza, firoh adalah menu biasa kita disini. Sepatutnya rasa bersyukur ini perlu sentiasa dihadapan berbanding emosi. Jangan beremosi bila kesempitan. Bersyukurlah tatkala susah mahupun ketika senang lenang.
Ohh ALLAH... Kekalkanlah aku dalam syukur kepadaMU sentiasa....
P/S : Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan bantuan kewangan atau apa-apa sahaja, jangan malu-malu untuk bertemu saya...huhu
TELL ME WHY
Labels: Video
Saya cukup menggemari lagu ini. Lagu nyanyian Declan Galbraith ini cukup memukaukan pandangan dan penghayatan saya. Saya menggemarinya bukan kerana lunak suara kanak-kanak remaja ini namun ada sesuatu mesej nilai kemanusiaan yang dibawa.
Nilai naluri semulajadi manusia yang benci kepada kebobrokan kezaliman dan penindasan...
Juga mempersoalkan naluri manusia yang tiada rasa tanggungjawab serta hilang cebihan rasa simpati untuk menolong sesama manusia...
Beritahu saya, kenapa semua ini harus terjadi???
ANTARA DUA
Labels: Artikel
Hari ini saya menerima berita yang kurang enak untuk didengar. Berita yang menaruh benci serta menyakitkan hati saya pada 'sampan berkeris'. Maka, makin bertambah-tambah meluat pula saya pada 'sampan berkeris' ini dek gagasan ahlinya yang tak berakhlak.
Umum mengetahui bahawa PAS dan UMNO adalah parti terbesar orang melayu Islam di Malaysia. Kepada dua-dua parti ini juga tempat kita bergantung harap untuk survival kekuasaan orang melayu serta hak-hak kita yang harus dijaga.
Umum juga telah mengetahui apa dasar dan matlamat yang diperjuangkan kedua-dua parti tersebut. Tidak perlu untuk saya ulas disini. UMNO dengan dasar sekularnya dan PAS dengan dasar Islam yang dibawa.
Saya mempunyai pengalaman secara langsung dalam kedua-dua gagasan parti ini.
Pengalaman bersama UMNO, saya telah di'pinang' dan dilatih untuk menjadi generasi muda pewaris yang akan mengayuh sampan berkeris ini belayar membawa gagasan UMNO. Bersamanya, saya merasai kemewahan, kesenangan dan dihamburkan dengan seribu satu janji yang sememangnya mengasyikkan saya. Makan sahaja pon sudah agak mewah,apatah lagi hal yang lain.
Paling akhir, saya dijemput berkunjung tamu ke tingkat 16, Wisma Darul Iman (Pejabat Menteri Besar) sebelum berangkat ke luar negara. Itu waktu-waktu emas saya bertemu dengan pemimpin bersemuka empat mata.
Bersama PAS pula dilihat lebih kepada pengorbanan. Sentiasa dalam keadaan susah dan tidak menjanjikan sebarang kemewahan dan kesenangan. Makan pula hanyalah nasi kicap lauk ikan masin.
Namun naluri saya mengatakan bahawa saya benci dan muak kepada kezaliman, penindasan, korupsi, rasuah dan akhlak yang songsang.
Hati naluri fitrah saya inginkan keadilan, kesaksamaan, keamanan dan segala sesuatu yang baik.
Mahu sokong UMNO lagi??? Hermm... Sengalll
P/S : Saya tidak pernah menulis artikel tentang politik. Jadi,saya tulis pendek sahajalah.huhu
NOTA UNTUK IBU
APA YANG SAYA BENCI DALAM MESYUARAT
Labels: Artikel
1- Menunggu ahli mesyuarat yang 'amat lembab' serta terlalu 'cuak' MENEPATI MASA. Saya berfikir sendirian mengapa orang melayu Islam cukup 'GAGAL' dalam pengurusan masa. (Menepati masa)
3- Mesyuarat yang bisu, kaku dan beku.
4- Ahli mesyuarat yang tidak serius pada perbincangan. Mesyuarat bukan medan 'Raja Lawak' atau ulang tayang rancangan 'Jozan'.
5- Mesyuarat yang diserikan dengan alunan deringan telefon yang kononnya indah didengar di kalangan ahli mesyuarat tatkala sedang bermesyuarat.
6-Perbincangan yang meleret-leret serta panjang berjela tanpa dapat menghasilkan sebarang keputusan. Apa yang dicakapkan langsung tidak tahu menahu apa natijahnya.
7- Keputusan mesyuarat yang berbunyi "Ikut panda ah". Tidak mampu untuk memhasilkan hipotesis daripada pro dan kontra yang dihasilkan dalam perbincangan.
8- Ahli mesyuarat wanita yang terlalu syadid serta tiada pendekatan komunikasi yang baik dalam suasana yang segar. Saya harus bermesyuarat dengan orang dan bukannya bermesyuarat dengan dinding atau langsir. Ini bukan bermakna saya menolak penggunaan kedua momentum tersebut jika komunikasi dapat dilaksanakan dengan baik.
9- Penggunaan kuasa veto yang bukan pada perkara yang munasabah.
10- Kebebasan bersuara dan melontar pandangan disekat. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik.
P/S : Sesungguhnya keberadaan saya dalam kepimpinan mengajar saya banyak perkara khususnya berkaitan soal sikap, nilai dan keterbukaan. Kadang-kadang, beberapa perkara berkaitan nilai dan sikap yang 'songsang' menjadikan saya 'down' untuk bekerja.Tolong betulkan saya jika saya melencong atau terbabas di landasan...
PERSOALAN UNTUK ANDA
Labels: Diari Saya
Usrah AJKT kami semalam hangat. Hangat dan tidak bisu kerana persoalan dan perbahasan yang diutarakan. Malah tidak kurang juga pengerusi yang berwatakkan 'Johan Jaafar' yang menimbulkan persoalan, keraguan dan syak juga.
Malam ini menjadikan saya tidak mengantuk. Malah lebih bersemangat. Mungkin...
Saya membentangkan perkara kedua dalam Feqh Daulah. Mencirikan kriteria daulah yang ingin dibangunkan Islam. Ada lapan semua. Saya hanya membentangkan 5 sahaja kerana terlalu panjang rasanya.
Cuma, saya ingin tinggalkan persoalan kepada anda untuk percambahan minda kita bersama malah saya ingin mendapatkan butir-butir idea yang mungkin lebih bernas dari perbincangan kami semalam.
Persiapan kami sebelum turun ke medan untuk menjawab sebarang keraguan dalam masyarakat amat perlu malah terlebih utama kepada jawapan yang konkrit serta munasabah dengan keperluan semasa dengan bimbingan wahyu.
Saya kemukan persoalan kami semalam :-
1- Antara pemimpin Islam yang soleh tetapi lemah berbanding dengan pemimpin Islam yang zalim tetapi kuat, yang mana harus kita utamakan atau perlu pilih dalam memberi kepimpinan kepada mereka dalam situasi ketiadaan pemimpin lain yang lebih sempurna. Pertanyaan dalam dua situasi:-
* Situasi peperangan
* Situasi umum dalam masyarakat
2- Islam menetapkan hukuman bunuh kepada orang murtad. Islam dituduh orientalis sebagai kejam dan tiada kebebasan malah mengonkong manusia bahkan berlawanan dengan ayat 'Tiada paksaan dalam beragama'. Apa alasan umat Islam bagi mempertahankan hukuman ini serta menolak dakwaan tersebut???
3- Jika seseorang itu murtad namun dia tidak memburuk-burukkan Islam selepas itu dan menjalani kehidupan biasa. Adakah beliau patut juga dibunuh???
Cukup sekadar 3 soalan sahaja. Perbincangan kami memakan masa hampir 3 jam. Kami menemui titik-titik jawapan disana.
Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda...
P/S : Hidangan rohani diisi. Hidangan perut pula terisi. (laksa dan apam balik). Terima kasih kepada yang menyediakannnya.
Minggu depan satu slot lagi untuk saya bagi Feqh Daulah...huhu
5 PERISIAN YANG PERLU ADA
Labels: Teknologi
1. Tuneup Utilities 2009
Kegunaan:
* Check & memperbetulkan kerosakan pada sistem windows.
* Menyusun dan memperbetulkan file-file registry.
* On/Off start up program yang tidak diperlukan bagi melajukan komputer.
* Memaximumkan samada paparan windows atau kelajuan komputer dengan proses tweak yang paling sesuai untuk komputer anda.
* mempunyai fungsi 'i click maintainance'. Sekali click, fix semua
DOWNLOAD DISINI
2. Power ISO 4.3
Kegunaan:
* Membaca semua jenis 'image files' seperti ISO, BIN, DAA, BIN, dan berbagai lagi.
Kebiasaannya apabila mendownload perisian ataupun games. Kini kebanyakannya dalam format ISO untuk pengguna burn ke dalam CD kosong. Dengan perisian ini, tidak perlu lagi burn dalam CD malah boleh terus extrack ke dalam PC atau load sahaja ke dalam virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ini tadi.
* Mempunyai fungsi untuk create virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO
* Perisian yang kecil dan sangat ringan.
* User friendly.
DOWNLOAD DISINI
3. Kamus Rujukan 2006 (portable)Kegunaan:
* Kamus Melayu - Melayu
* Kamus Inggeris - Melayu
* Kamus Inggeris - Inggeris
* Kamus istilah Matematik dan Sains dalam English ke Melayu
* Kamus istilah Matematik dan Sains dalam Melayu ke English
* Simpulan bahasa
* Perbandingan
* dan berbagai lagi.
* Ianya portable (run dari thumbdrive pun boleh tanpa perlu install)
DOWNLOAD DISINI
4. Java Runtime Environment Latest Version 6 built 10 for Windows 32 bitKenapa perlukan Java?
Samada anda tahu atau tidak apa itu Java atau bagaimana java berfungsi, percayalah bahawa ianya penting untuk komputer anda. Hanya perlu install kerana dalam tidak anda sedari ia akan memudahkan proses perlaksanaan aplikasi-aplikasi yang memerlukan Java terutama dalam architecture sesebuah paparan website.
Teknology Java membuatkan computer environment anda lebih selamat. Antara nama-nama lainnya ialah Java software for your computer, or the Java Runtime Environment, is also referred to as the Java Runtime, Runtime Environment, Runtime, JRE, Java Virtual Machine, Virtual Machine, Java VM, JVM, VM, or Java download.
DOWNLOAD DISINI
5. Full Latest Mega Codec Packs dengan Media Player (December 2008)
Merupakan file sistem untuk membolehkan perisian mengenali dan membaca sesuatu file tersebut seperti mp3, avi, mpeg, divx, xvid, 3gp, mp4 dan sebagainya.
DOWNLOAD DISINI
P/S : Saya sedang menaruh minat untuk terus belajar dan selongkar dunia it...
EVOLUSI WINDOW & NILAI PERUBAHAN
Labels: Teknologi
Kata Fasilitator saya semasa berkursus Biro Tata Negara dahulu katanya, 'Apa yang akan tetap ada dalam kehidupan adalah perubahan. "The only thing constant is Change" katanya.
Ermmm... Katanya mungkin betul. Ini adalah sunnatullah dan lumrah alam yang tidak dapat tidak akan berlaku jua. Namun, yang menjadi persoalan adalah sejauh mana nilai perubahan itu. Adakah ia membawa kepada perubahan yang semakin baik atau sebaliknya.
Entry saya kali ini ingin membawa anda kepada nilai perubahan yang dibawa oleh Bill Gates sehingga membawa pengiktifan beliau kepada manusia terkaya di dunia. Lebih kaya daripada Sultan Brunei. Produk yang dihasilkan pada awalnya tidak memberi apa-apa impak malah asing kepada dunia.
Versi pertama Microsoft Windows, yang disebut dengan Windows 1.0, dirilis pada tanggal 20 November 1985. Versi ini memiliki banyak kekurangan dalam beberapa fungsi sehingga kurang popular di pasaran. Windows 1.0 bukanlah sebuah sistem operasi yang lengkap, tapi hanya memperluas kemampuan MS-DOS dengan tambahan antarmuka grafik. Selain itu, Windows 1.0 juga memiliki masalah dan kelemahan yang sama yang dimiliki oleh MS-DOS.
Lagi informasi dan maklumat tentang sejarah Window, KLIK DISINI
Namun, proses perubahan dan penambahbaikkan itulah yang membawa seluruh dunia menggunakan produk beliau sekarang.
Mungkin anak cucu saya pada masa depan mampu membeli pc ini umpama membeli ayam goreng di pasar malam...huhu. Entahlah...
Dunia oh dunia...
















