Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan

MASALAH MASALAH

. 14 April 2014
0 comments


Mungkin waktu yang terbaik untuk dikenang adalah waktu kita di zaman kanak-kanak.

Hidup penuh gembira. Makan cukup. Tidur lena. Kawan-kawan ramai. Kerja bermain sahaja. Tiada beban. Tiada masalah. Kalau ada masalah, bukannya hendak difikirkan pun.

Itu zaman kanak-kanak kebudakan kita.

Tapi perjalanan hidup bukan selamanya begitu. Bukannya mulus seperti kain sutera. Bukannya semudah air mengalir di terusan sawah yang tenang tanpa batu kerikil.
.
Selagi kita hidup, ia adalah proses pendewasaan. Proses mematangkan manusia untuk menjadi individu yang terbaik. Proses menerima dan menyelesaikan masalah adalah penting dalam kehidupan. Ia cuba mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.

Namun dalam mendepani masalah-masalah kehidupan, ada masalah yang perlu diselesaikan. Maka usahakanlah untuk menyelesaikannya.

Ada masalah yang ditakdirkan ia menetap di hati kita. Maka hiduplah bersamanya.

Ada masalah yang akan selesai bersama dengan iringan waktu. Maka berikanlah ia masa. 

Dan yang paling utama, nama lain kepada masalah ialah... UJIAN.

Ujian ALLAH!

Siapa kita untuk menolak ujian Allah???


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com |
| Abbasiah | 1.37 pm | 140414|

ESTIM DAN KARISMA

. 05 Mac 2014
1 comments


Elemen karisma adalah modal dan daya tarikan yang sangat penting bagi setiap pemimpin. 

Ia bukan hanya tertumpu kepada pemimpin negara atau masyarakat, tetapi meliputi pemimpin sesebuah organisasi, persatuan dan juga keluarga.

Setiap orang mahu dilihat sebagai seorang yang berkarisma dan berketrampilan. Kita dapat mengenal pasti kehadiran karisma pada diri seseorang namun kita tidak dapat dan sukar untuk menjelaskan mengapa beliau dilihat lebih berkarisma daripada kita.

BERMULA DENGAN ESTIM

Apa itu estim?

Post kali ini saya hanya mahu meringkaskan dan menyediakan nota-nota dan point sahaja. 

ESTIM

* Estim adalah "keyakinan anda terhadap diri sendiri".

KARISMA

* Karisma adalah "keyakinan pihak/orang lain terhadap diri anda".


UNSUR-UNSUR KARISMA

1- Keilmuan & Kepakaran
    * Keilmuan/kepakaran diperolihi melalui latihan, gerak kerja praktikal & juga pengalaman.
    * Individu yang berilmu dikenali melalui cara dan nilai tuturkata.
    * Akhlak dan tingkah laku mengangkat nilai tambah.

2- Ketulusan
    * Memenuhi elemen jujur.
    * Tidak menipu dan beralasan dalam kata-kata.
    * Menepati janji.
    * Menepati masa dan pengurusan masa yang kolektif.

3- Imej
    * Imej adalah daya tarikan atas individu.
    * Wajah tenang, segar, lembut dan manis.
    * Murah dengan elemen senyuman.
    * Tidak dilihat penat, letih dan lesu. 


| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 050314 | 8.42 am |

QADA' DAN QADAR.

. 12 September 2013
0 comments



Mengikut terminologi yang dirumuskan Prof. Dr Mohamad Rabi’ Jawhari, pensyarah Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar, bahawa Qada’ adalah pengetahuan Allah tentang perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya, ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)

Beriman dengan Qada’ dan Qadar termasuk salah satu daripada kewajiban Rukun Iman, meyakini bahawa seluruh penciptaan alam semesta mengikut ilmu Allah dan kebijaksanaan-Nya, sesungguhnya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu dan berkuasa melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan).” (al-Qamar:49)

Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)

Firman Allah :


مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)

Para salaf as-soleh meyakini dengan sepenuh keimanan bahawa Allah Taala mencipta tiap-tiap sesuatu, mentadbir dan memilikinya. Allah telah menentukan perkara yang akan terjadi sebelum menjadikannya. Dia telah menentukan ajal, rezeki dan kerja yang mereka lakukan. Dia telah menulis kesudahan mereka sama ada menjadi bertuah atau ditimpa celaka. Semuanya telah ditulis dalam catatan yang jelas dan nyata.

Setiap perkara yang Allah kehendaki akan berlaku dan setiap perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Allah mengetahui perkara yang telah lepas, sedang berlaku, akan datang, waktu dan cara ia berlaku. Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu, memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyesatkan orang-orang yang dikehendaki.

Setiap hamba memiliki kehendak dan kuasa untuk melakukan semua perkara yang ditentukan oleh Allah ke atas mereka dengan keyakinan bahawa setiap hamba tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah. Kefahaman inilah yang dapat mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan bila ia sedar bahawa Allah sentiasa mengawasinya serta meminta pertanggungjawaban.

Firman Allah :
فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ
Maksud : “Maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” (Al-Kahfi:29)

Sesungguhnya Allah mencipta hamba-hamba-Nya serta perbuatan mereka dan mereka sendiri pula yang melakukan semua perbuatan yang mereka lakukan tanpa paksaan. Maka tidak ada hujjah bagi seorang hamba ke atas Allah sekiranya dia mahu meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan perkara yang haram (bahawa ini adalah ketentuan Allah), bahkan Allah mempunyai hujjah yang kuat ke atas hamba-hamba-Nya.

Seorang hamba Allah yang beriman dengan ajaran Rasul-Nya, wajiblah menolak taqdir buruk dengan taqdir baik. Di mana kufur itu dihilangkan dengan iman, kezaliman dengan keadilan, peperangan dengan perdamaian, maksiat dengan ketaatan, penyakit dengan ubat, kebodohan dengan pengetahuan, kekalahan dengan jihad, kemiskinan dengan bekerja dan begitulah seterusnya.

Keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah memerlukan seseorang melaksanakan tiga perkara;

Pertama: Hendaklah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan baginya untuk mendapat kesenangan dan menjauhkannya daripada kesusahan dan segala larangan-Nya di samping bertawakkal kepada Allah dan meminta perlindungan daripada-Nya, maka jadilah ia sentiasa bergantung dengan Allah untuk mendapatkan perkara yang baik dan meninggalkan kejahatan.

Firman Allah :


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksud : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”(Al-Baqarah:186)

Kedua: Hendaklah berusaha mencapai tujuan akhirat sebagaimana usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan dunia. Adalah sangat menghairankan jika dalam urusan akhirat segala amal usaha ditinggalkan sementara dalam urusan dunia masing-masing sedar bahawa hanya beristirehat tanpa usaha dan perancangan adalah salah satu bentuk amalan menuju pengangguran dan kemiskinan.

Sabda Nabi s.a.w :


احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya : “Hendaklah kamu melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada kamu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, jangan kamu mudah berasa lemah (malas). Sekiranya musibah menimpa kamu maka janganlah kamu berkata; ‘Kalaulah dulu aku lakukan begitu tentu ia akan jadi begini’, tetapi katakanlah, ‘Allah telah menentukan dan setiap yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya’. Lantaran kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka peluang kepada syaitan.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w membimbing umatnya untuk bersemangat menempuh usaha yang bermanfaat dalam urusan dunia dan juga akhirat. Perintah Rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk berusaha itu, baginda gabungkan dengan iman kepada taqdir, ini menunjukkan bahawa beriman kepada taqdir tidak menafikan keperluan strategi dan usaha untuk mencapai sesuatu hajat.

Ketiga: Hendaklah bersabar di atas perkara yang telah ditentukan ke atasnya dan tidak meratap atau menyesal, setelah dia mengetahui bahawa semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah maka dia redha dan berserah diri. Dia seharusnya mengetahui bahawa dia tidak mungkin terlepas daripada perkara yang ditetapkan untuk menimpanya dan perkara yang tidak ditetapkan ke atasnya tidak akan menimpanya.

Firman Allah :


قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksud : “Katakanlah (wahai Muhammad); Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.” (Taubah:51)

Ketika kekhalifahan Umar al-Khattab r.a, beliau telah bermusafir bersama beberapa orang sahabat dari Madinah ke tanah Syam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 18 H, di mana perjalanan Umar adalah untuk melihat keadaan rakyat dan para gabenurnya. Setelah beberapa hari menempuh perjalanan, rombongan Umar mendapat berita bahawa Syam telah dilanda wabak ta’un ‘Amwas. Umar kemudiannya bermusyawarah bersama para sahabat di dalam jemaah rombongan itu dan masing-masing sepakat memutuskan untuk kembali ke Madinah.

Abu Ubaidah r.a yang ketika itu menjadi gabenur di Syam berkata mempersoalkan keputusan Umar al-Khattab r.a, “Wahai Amiral Mukminin, mengapa kamu lari daripada taqdir Tuhan?”

Umar r.a lantas menjawab, “Ya, aku lari daripada taqdir Allah kepada taqdir yang lain. Apa pendapatmu wahai Aba Ubaidah seandainya engkau memiliki seekor unta yang turun di sebuah lembah yang memiliki dua lereng, salah satunya subur dan yang keduanya tandus, bukankah jika engkau membiakkannya di tempat yang subur bererti engkau menggembala untamu itu dengan taqdir Allah? Begitu pun sebaliknya, jika engkau membiakkannya di tempat tandus, bukankah engkau menggembalakannya juga dengan taqdir Allah?” 

Tiba-tiba datang Abdurrahman bin ‘Auf kerana keperluannya lalu berkata;

إِنَّ عِنْدِي مِنْ هَذَا عِلْمًا، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ؛ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya dalam masalah ini aku memiki ilmunya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; ((Jika engkau mendengar wabak ta’un di sebuah negeri maka janganlah kamu memasukinya, dan seandainya wabak ta’un terjadi di negeri yang engkau tinggal di dalamnya janganlah engkau meninggalkan negerimu kerana lari daripada ta’un)).”(Riwayat Muslim)

Menurut sejarah, ta’un ‘Amwas yang berlaku pada zaman kekhalifahan Umar telah mengorbankan sekitar 25’000 – 30’000 kaum Muslimin. Di antara mereka yang meninggal dunia akibat wabak ini adalah Abu Ubaidah ‘Amir bin Al-Jarrah r.a, salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang mendapat jaminan syurga Allah Taala.

Taqdir mengikut pandangan ulama’Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah;

Taqdir Mubram: Iaitu taqdir yang muktamad dan ia tertulis di Lauh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir ini. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya: Kehidupan dan Kematian.

Taqdir Mu’allaq: Iaitu taqdir yang tertulis yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu'allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w :


لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ
Maksud : “Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Menurut ulama Ahl as-Sunnah, doa berpengaruh dalam mengubah apa yang telah tertulis dalam konteks Taqdir Mu'allaq. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat kepada Allah. Akan tetapi perubahan yang kita pohon itupun sudah ditetapkan melalui doa. Janganlah kita menyangka apabila berdoa, bererti meminta sesuatu yang belum tertulis, bahkan doa kita telah tertulis dan apa yang terjadi kerananya juga telah tertulis.

Begitu juga penyakit yang merupakan taqdir Allah boleh disembuhkan melalui rawatan dan pegharapan yang bersungguh-sungguh kepada-Nya, ia juga termasuk dalam Taqdir Mu’allaq. Rasulullah s.a.w pernah ditanya;


يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَأَيْتَ رِقًى نَسْتَرْقِيْهَا وَدَوَاءٌ نَتَدَاوَى بِهِ وَتُقَاةٍ نَتَّقِيْهَا، هَلْ تَرُدٌّ مِنْ قَدْرِ اللهِ شَيْئًا؟ قَالَ: هِيَ مِنْ قَدْرِ اللهِ
Maksud : “Ya Rasulallah, bagaimana pandanganmu terhadap ruqyah-ruqyah yang kami gunakan untuk jampi, ubat-ubatan yang kami gunakan untuk menyembuh penyakit, perlindungan-perlindungan yang kami gunakan untuk menghindari daripada sesuatu, apakah itu semua boleh menolak taqdir Allah? Jawab Rasulullah s.a.w; ‘Semua itu adalah (juga) taqdir Allah.” (Riwayat Tirmizi)

Firman Allah :


إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ
Maksud : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’du:11)

Maka, apa yang tercatat dalam Taqdir Mu’allaq boleh diubah oleh Allah atas sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia dengan kehendak Allah. Namun perubahan itu tidak terkeluar daripada apa yang Allah sedia ketahui dan tulis dalam Taqdir Mubram. Dalil untuk dua jenis taqdir ini ialah firman Allah Taala :


يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاء وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Maksud : “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki, dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab.” (Ar-Ra'd:39)

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki),” ia merujuk kepada Taqdir Mu'allaq.

“Dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab,” merujuk kepada Taqdir Mubram.

Ibnu Kathir r.hm menafsirkan “Umm al-Kitab” tersebut adalah perkara yang halal dan yang haram. (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir)

Allah Taala telah menjadikan kepada ketentuan ini beberapa sebab yang boleh menolak dan mengangkatnya seperti berdoa, sedekah jariah, pengetahuan, perubatan, dan sebagainya. Kerana makna beriman terhadap Qada' dan Qadar sama sekali tidak menafikan kewajipan kita berusaha dan berikhtiar melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini.

Allah pemilik Zat Yang Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya, barangsiapa yang jujur dalam melaksanakan amal soleh pasti akan dimudahkan jalan menuju Syurga.


فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى. وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى. فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى
Maksud : “Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (Al-Lail:5-7)

Firman Allah lagi :


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut:69)

Dengarkan pula firman Allah tentang penduduk neraka yang mereka kekal di dalamnya mengharapkan kembali ke alam dunia, Allah Maha Mengetahui apa yang akan mereka lakukan seandainya dikembalikan ke dunia di dalam surah Al-An’am ayat 27 hingga 28;


وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksud : “Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata; ‘Kiranya kalau kami dikembalikan (ke dunia) dan tentulah kami tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan).”


بَلْ بَدَا لَهُم مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Maksud : “Bahkan (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka.” 

Demikianlah ilmu Allah, tidak ada sedikitpun yang terluput daripada pengetahuan-Nya. Berdasarkan ilmu Yang Maha Sempurna itu Allah menulis segala sesuatu yang akan terjadi, yang belum terjadi dan yang sudah terjadi di Lauh Mahfuzh, 50’000 tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi. Rasulullah s.a.w bersabda;


كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksud : “Allah telah mencatatkan taqdir-taqdir sekalian makhluk-Nya 50’000 tahun sebelum diciptakan langit-langit dan bumi.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah :


وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ
Maksud : “Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu.” (Ar-Ra'd:11)

Apa yang telah tercatat dalam Lauh Mahfuzh berlaku menurut kehendak Allah dengan penuh perincian melangkaui akal manusia, satu-persatu, tiada satupun yang terlepas daripada ilmu, kehendak dan penciptaan Allah Taala. Tiada sesuatu di alam ciptaan-Nya ini yang terjadi berlawanan dengan kehendak-Nya. Kerana Maha Luasnya pengetahuan Allah, maka tiada siapapun mampu menghitungnya secara tuntas sehingga hal ini diperhatikan oleh Imam Ja’afar as-Sodiq r.hm, sebagaimana katanya;


الناظر في القدر كالناظر في عين الشمس كلما ازداد نظراً ازداد حيرة
Maksud : “Orang yang terlalu memikirkan masalah Qadar ibaratnya seperti orang memandang terik mentari, semakin kuat ia melihat semakin bertambah ia merasa hairan.” (Jami’ Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlih, Ibn ‘Abd al-Barr)

Kerana manusia tidak mengetahui Qada’ dan Qadar-nya, maka manusia perlu kepada usaha dan doa tanpa berputus asa. Ambillah pengajaran tentang kesilapan masa lalu, agar kita tidak mengulanginya pada masa kini. Usah menyalahkan taqdir kerana semuanya itu mengandungi rahsia Allah yang tiada siapapun mampu merungkainya. Batasan tersebut diingatkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya:


وَإِذَا ذَكَرَ اَلْقَدْرَ فَأَمْسِكُوْا
Maksud : “Jika ada yang menyebut perkara taqdir, maka hentikanlah mereka (membahas taqdir).” (Riwayat at-Tabarani)

Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan inayah-Nya kepada kita. 

Referensi:
  1. Syeikh Dr. Sayyid Ahmed al-Musayyar, “Fatawa al-Aqidah al-Islamiyah”.
  2. Prof Dr. Mohamad Rabi’ Jawhari, “Aqidatuna”.
  3. Syeikh ‘Abd ar-Rahman Hasan Habnakah al-Maidani, “Al-Wajizatu fi al-Aqidah al-Islamiyah”.
  4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, “Muqaddimah Aqidah Muslim”.


Kredit :-

Mohd Azmir Bin Maidin
Universiti Al Azhar Fakulti Usuluddin 
Jabatan Dakwah wa Thaqafah Islamiyah (Kebudayaan Islam), Kaherah. 

'HOW TO ENJOY LIFE'

. 08 Disember 2012
0 comments


10 cara mudah untuk menikmati hidup - 

Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim] 

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim] 

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud] 

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur. 

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah. 

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi] 

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]

Kredit : Ustaz Emran

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abduh Basha, Abbasiah | 081212 | 7.23 am |

THE PRESENT

. 30 Mei 2012
0 comments

Tiga cara untuk memanfaatkan masa sekarang hari ini :-

BERADA PADA MASA SEKARANG

Jika anda ingin lebih bahagia dan lebih sukses, fokuslah kepada apa yang ada pada Masa Sekarang. Responlah kepada hal yang penting sekarang.

BELAJAR DARI MASA LALU

Jika anda ingin menjadikan Masa Sekarang lebih baik daripada masa lalu, lihatlah apa yang telah terjadi pada masa lalu. Belajarlah sesuatu yang berharga daripada hal tersebut. Lakukan hal yang berbeza pada Masa Sekarang.

RENCANAKAN MASA DEPAN

Jika anda ingin Masa Depan yang lebih baik daripada Masa Sekarang, lihatlah Masa Depan seperti apa yang anda inginkan. Buatlah rencana untuk mewujudkannya. Bertindak melanjutkan rencana itu pada Masa Sekarang

(Olahan dari Spencer “The Present” Johnson)
post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiyyah | 300512 | 3.02 am |

10 KUALITI KEPERIBADIAN UNGGUL

.
0 comments

KETULUSAN

Ketulusan berada di peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh
semua orang. Ketulusan membuatkan orang lain merasa aman dan dihargai kerana
yakin ia tidak akan dibodohi atau dibohongi.

Orang yang tulus selalu mengatakan atau mengungkapkan kebenaran, tidak suka mengada-ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbelitkan fakta.

Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak diatas Tidak”.

Tentu akan lebih ideal apabila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi sesuatu yang akan merugikan diri sendiri.

KERENDAHAN HATI

Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan. Kerendahan hati ini mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang rendah hati sentiasa mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Ia akan membuatkan orang yang diatasnya merasa ok dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa minder.

KESETIAAN

Kesetiaan sudah menjadi barang langka & sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalunya dipercayai dan diandalkan. Dia selalu menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.

POSITIVE THINKING

Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputus asaan, lebih suka mencari solusi daripada frustasi, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

KECERIAAN

Oleh kerana tidak semua orang dikurniakan susuk penampilan yang ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan dengan ekspresi wajah dan tubuh badan tetapi melalui sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang sentiasa menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia sentiasa mentertawakan situasi, orang lain dan juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapa pun. Dia menyedari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

PERCAYA DIRI

Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

BERJIWA BESAR

Orang yang berjiwa besar dapat dilihat dari segi kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak akan membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputus asaan.

EASY GOING

Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuwatir dan bimbang dengan masa depan. Dia tidak mahu pening dan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

EMPATI

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga boleh menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.
post signature








| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiyyah | 300512 | 1.55 am |

BEBAN

. 02 November 2011
0 comments

Hidup ini sentiasa diwarnai dengan cabaran dan ujian. Kadang-kadang ia menjadi bebanan yang maha berat. Seberat mana pun ia, ini adalah proses mematangkan nilai kehidupan kita.

Inilah Universiti Kehidupan.

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya.

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

"Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.

Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.

Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya.

Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi.

Hidup ini singkat cuma.

Justeru, cubalah menikmatinya!!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh. Tetapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Suuq Sayyarat | 021111 | 9.16 pm |

MEDITASI

. 24 Oktober 2011
0 comments

Pernahkah ada dalam fikiran
Apa jua segala pengorbanan
Dan juga yang telah dilakukan
Bukan untuk meminta balasan

Namun bila semua telah berlalu
Kerana itu bukanlah dayamu
Apa jua yang telah berlaku
Semuanya patut menyedarkanmu
Walau bertapa tinggi kasihmu
Pasti hanya untuk sementara waktu

Kasih tuhan tidak bertepian
Kasih insan pastinya bersempadan
Apa lagi yang kita harapkan
Kerana itulah kebenarannya

Namun semuanya tak bermakna
Jika hanya dipandang sebelah mata
Pengajaran yang perlu diterima
Bila sering mengalpakanya
Bersyukurlah jika diingatkan
Sebelum tak punya kesempatan

post signature

KONTRAK HIDUP

. 08 Oktober 2011
0 comments

Ini kisah perjanjian lama.

Perjanjian agung yang telah kita tandangani bersama dengan pilihan kita sendiri tanpa paksa rela. Tanpa tekanan dan tanpa dorongan.

Mungkin kita telah terlupa. Tapi jangan pernah kita lupa!!!

AKAD KONTRAK

Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah pun membuat satu perjanjian kontrak kehidupan dengan pemilik kehidupan dan pencipta kehidupan ini iaitu Allah SWT Taala.

Kontrak itu telah tersimpan rapi di dalam akad kontrak yang telah terbina. Terbuku kemas dalam setiap jiwa-jiwa insan.

Perjanjian ini telah kita lalui dan tandatangani bermula di dalam satu majlis sewaktu di alam arwah dahulu. Laluan pertama kita di dalam perjalanan kehidupan ini.

Telah lupa?

Janganlah lupa. Kerana anda tidak punya alasan untuk lupa.

Inilah penyaksian terhadap kontrak yang telah kita tandatangani bersama masa lampau.Jawapan ini adalah hasil daripada kesedaran, pengiktirafan dan kerelaan manusia untuk mengikat janji dengan Allah SWT Taala serta kesanggupan manusia untuk mematuhi segala perintah dan arahan yang Allah SWT Taala tetapkan kepada manusia.

Kita telah bersama menyatakan dengan YAKIN bahawa Allah itu tuhan kita. Tuhan sekalian alam yang mentadbir urus kehidupan kita di alam dunia.

Kita telah bersaksi untuk bersetia dan bersedia. Bersedia menerima apa-apa yang telah diperjanjikan. Janji untuk taat dan patuh dengan arahan dan terma-terma syarat yang telah disuruh.

Janji untuk tunduk dan patuh dari terma-terma terlarang yang telah ditulis.

Namun, adakah terma-terma ini telah kita ikuti dengan penuh disiplin atau kita telah khianat dengan perjanjian ini.

LANGGAR KONTRAK

Kita perlu sedar dan mengetahui bahawa penyaksian akad kontrak ini telah diperhatikan oleh peguam-peguam Allah Taala yang setia menjadi saksi dalam kontrak ini.

Para Malaikat Allah akan menjadi agen pemantau dan pengawal selia terhadap keberkesanan kepatuhan terhadap kontrak yang telah ditandangani ini. Semua ini tercatat dengan kemas dan rapi tanpa tercicir walau sepatah huruf dan walau setitik tinta sekali pun.

Justeru itu, manusia perlu mematuhi semua kontrak ini secara keseluruhannya dalam proses untuk menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa. Mematuhi kontrak ini dalam keadaan senang atau susah. Berat atau ringan. Sakit atau sihat.

Apabila manusia itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya akan dibukakan segala kehidupan yang baik baginya. Penuh dengan rahmat dan berkat.

Berbeza pula pada mereka yang melanggar kontrak ini. Kesan perlanggaran kontrak ini amat berisiko dan berbahaya. Mereka ini telah menzalimi diri mereka sendiri yang akhirnya memberi kesan buruk dan cela pada diri sendiri.

Ini adalah pilihan. Kontrak telah ditandatangi. Cuma pilihan kita samada untuk memilih patuh atau engkar.

Pada anda, silalah membuat pilihan yang tepat.Maka, adalah sangat penting bagi diri kita untuk meletakkan diri kita sebagai seorang yang adil pada diri kita sendiri dan tidak berlaku zalim pada diri sendiri supaya kesejahteraan dalam kehidupan ini akan memberi impak positif pada diri sendiri dan masyarakat keseluruhannya.
KITA DUSTA

Sebaik kita membesar dan terus membesar di dunia ini, perjanjian ini telah terkubur dengan nikmat dan ego dunia.

Kata-kata kita yang sering berbohong. Seolah-olah kita tidak pernah berjanji.

Kata-kata kita yang sering menghina dan mencela. Seolah-olah kita tidak pernah berjanji.

Perbuatan kita yang kejam dan zalim. Seolah-olah kita tidak pernah berjanji.

Suruhan dan kewajipan yang telah kita abaikan. Seolah-olah kita tidak pernah berjanji.

Larangan, tegahan dan maksiat yang telah kita lakukan. Seolah-olah kita tidak pernah berjanji.

Sesungguhnya kita telah berdusta!!!

Berdusta atas penyaksian kalam diri sendiri.

TAMAT KONTRAK

Ingatlah!!!

Kontrak ini amat singkat.

Kontrak ini adalah antara kontrak hidup dan mati.

Adakah esok masih kita mampu untuk menunaikan kontrak ini? Atau adakah akan terus tamat dan terbatal?

Tempoh ini adalah tempoh untuk menyempurnakan terma-terma yang telah diperjanjikan. Menyempurnakan terma Rukun Islam yang lima. Melunaskankan terma Rukun Iman yang enam. Memperindahkan terma Ihsan yang sekian banyaknya.

Cukuplah mati itu sebagai peringatan dan motivasi.

Mati sebagai pendorong untuk kita melakukan lebih banyak kebaikan dan ketaatan. Mati sebagai motivasi penghalang daripada dosa dan kemungkaran.

Perhiaskanlah kontrak ini dengan nilai-nilai kemurniaan dan kesejahteraan. Jangan calarkan kontrak ini dengan contengan jalanan dunia yang penuh noda.

Bagi yang telah melupakan kontrak ini,
Bagi yang telah meninggalkan kontrak ini kusam,
Bagi yang telah dusta perjanjian ini,
Bagi yang telah tergelincir dari perjanjian ini,

Buatlah sesuatu sebelum kontrak hidup ini TAMAT!!!

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Suuq Sayyarat | 081011 | 7.53 am |

DEPRESSION

. 25 September 2011
1 comments

Kehidupan ini dihamparkan dengan seni dan corak pada dua perkara yang menghiasi jiwa.

Satu pada kebahagiaan dan kegembiraan.

Satu, pada kesedihan dan kedukaan.

Kehidupan ini tidak selalunya pada kegembiraan. Tidak sepanjang masa dalam kedudukan selesa jiwa dan perasaan. Ada masa dan ketikanya kita akan berhadapan dengan situasi yang tidak kita gemari. Situasi yang tidak selesa pada jiwa yang akan menyebabkan tekanan pada diri dan seterusnya menghasilkan DEPRESSION.

APA ITU DEPRESSION

Depression adalah sindrom kemurungan yang memberi gangguan kepada perasaan dan jiwa seseorang individu.

Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dengan suasana sekeliling yang 'membunuh' psikologi. Kebiasaannya, ia tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan dengan keluarga.

Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan hanya dengan semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung pada tahap yang lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

JENIS-JENIS KEMURUNGAN

1- REAKTIF
* Paling biasa terjadi.
* Disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera.

2- ENDOGENOUS
* Tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian.
* Faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik.

3- BIPOLAR DISORDER ( Penyakit bipolar )
* Penyakit kemurungan dan mania.

SIMPTOM-SIMPTOM

1. Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
4. Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
5. Perasaan bersalah dan tidak berguna.
6. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
7. Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
8. Rasa lebih baik mati, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
9. Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
10. Kurang daya tumpuan dan sukar untuk membuat keputusan.
11. Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

MENGAPA MENGALAMI DESPRESSION

1. Kemurungan boleh berlaku dalam keluarga, persahabatan dan lain-lain.
2. Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan.
Contohnya: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
3. Penyakit kronik. Contohnya: Sawan, asma dan kanser.
4. Risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
5. Kecewa dengan fizikal atau penampilan yang tidak sempurna.
6. Ciri-ciri peribadi. Seperti tiada keyakinan diri, malu dengan kekurangan.
7. Penyalahgunaan dadah. Contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
8. Masalah-masalah dan bebanan kehidupan.

MENCEGAH DEPRESSION

1. Belajar menjadi tenang dan bersabar.
2. Jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai.
3. Rancang tugas agar teratur.
4. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu.
5. Elakkan bersendirian. Habiskan masa dengan orang yang tersayang.
6. Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif.
7. Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
8. Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi.
9. Berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin.
10. Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
12. Memperbaiki ibadat dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
13. Mencari waktu yang tenang untuk membina kekuatan. Contoh pada 1/3 malam.
14. Berdoa.
15. Berinteraksi dengan alam.
16. Berdampingan dengan orang soleh.
17. Bersama dengan kawan-kawan yang membantu dan membina.

Untuk merawat penyakit, haruslah kenali penyakit.

Moga depression yang telah sekian lama menempel dan berkubu pada jiwa, hati dan perasaan akan berakhir. Berakhirlah sekarang untuk kehidupan yang lebih indah.
Moga kehidupan sakinah itu milik kita!!!

P/S : Baca juga perihal Hamm & Hazan DISINI.

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Suuq Sayyarat | 250911 | 3.16 pm |

KOSONGKAN FIKIRAN SERABUT

. 09 Jun 2011
0 comments

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja, tempat belajar dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan.

Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini.

Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. TARIK NAFAS

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. AMBIL WUDHU'

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhu' boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. TULIS

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. KENALPASTI YANG UTAMA

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. BUANG YANG TIDAK PENTING

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”.

Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. CUKUP REHAT & TIDUR

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.


7. KURANGKAN MENONTON TV @ MEMBACA AKHBAR DI WAKTU PAGI

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyayat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. KEMBALI PADA ALAM

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju.

Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.

Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. LEPASKAN

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan?

Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Jika ia soal cinta renungkan kata-kata ini “Lepaskan cintamu, jika dia kembali kepadamu, dia akan menjadi milikmu selamanya. Jika dia tidak kembali kepadamu, maka dia tidak akan pernah menjadi milikmu selamanya..”

Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. KEMAS RUANG ANDA

Tempat kerja, tempat study atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. BERKONGSI MASALAH

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. SEDIKIT LAGI

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. BUAT

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Kredit : Diari Hati

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssry B | 090611 | 5.17 am |

HADAPI, HAYATI & NIKMATI

. 20 Mei 2011
0 comments



Hidup perlukan penggerak, dorongan dan kuasa untuk berubah.

Kuasa berubah itu adalah motivasi dan kesedaran diri.

Kuncinya pelbagai.

Hadapi!!!

Hayati!!!

Dan nikmati!!!

Allah jua sumber motivasi kita. Dia memberi perangsang agar kita selalu optimis menjalani kehidupan dan mendepani masalah.

Hayati video pendek ini untuk inspirasi ringan yang bermotivasi.

Semoga saya dan anda selalu optimis dan bermotivasi... =)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwesssry | 200511 | 3.20 pm |

PETA HIDUP

. 27 April 2011
1 comments

Sudah lama tidak menulis...

Malas barangkali... =)

Ataupun mungkin otak serabut... Wayar positif blackout di mana-mana. Penuh dengan parasit yang tumbuh menumpang.

Mungkin saja kerana rasa jauh dari bertuhan walaupun selalu mengaku aku punya Tuhan...

Itu Ujian...

Hakikat kehidupan perlu diketahui. Matlamat hidup perlu jelas. Kerana pada kehidupan ini, kita mahukan sebuah ketenangan dan kebahagiaan hidup yang hakiki.

Namun kebahagiaan itu pada apa???

Rumah besar? Kereta besar? Isteri besar? Wang berjuta-juta? Ijazah Phd Master bergulung-gulung?

Jadi, peta apa yang kita mahu lakarkan untuk perjalanan kehidupan ini???

Jom... Mari kita lukis peta perjalanan kehidupan kita.

Ayuh!!!

Demi untuk sebuah kebahagiaan... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| 60, Syuwessriy | 270411 | 7.49 am |

JANGAN KATA BOSAN

. 07 April 2011
2 comments

"Hidup ini membosankan". Kata dia.

"Boring sungguh!!!". Kata saya.

Bosan???

Rasa bosan timbul apabila anda jemu menghadapi sesuatu perkara berulang-ulang kali. Dalam situasi yang lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tidak ada apa yang hendak dilakukan ketika masa terluang.

Bosan adalah petanda besar bahawa anda adalah seorang yang tidak ada matlamat hidup.

Termenung sebegini saja mungkin menyatakan anda bosan

Jadi, anda harus katakan bahawa anda tidak bosan. Tapi bagaimana???

1- SIBUKKAN DIRI & KENAL PASTI HOBI.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu.

Ada orang suka tengok tv kerana dia merasa seronok menonton tv, walaupun dari pagi sampai ke malam.

Ada orang suka memancing kerana dia seronok memancing, walaupun dari malam sampai ke pagi.

Untuk mengelakkan rasa bosan, cari sesuatu di sekeliling anda yang boleh anda lakukan.

2- JADI WORKAHOLIC.

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja. Asyik dengan kerja sehingga tidak sedar masa berlalu. Kerja bukanlah kerja bagi dirinya, tetapi terjemahan kepada hobi beliau.

Perasaan enjoy bekerja ini akan hadir apabila anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.

Untuk mengelakkan rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat. Ada saja perkara yang perlu disiapkan. Ada saja yang perlu disempurnakan.

Tetapi Awas!!! Sikap workaholic ini tidak sesuai untuk orang yang sudah berkahwin.

Jika anda seorang suami, kelak isteri anda akan menyampaikan ceramah motivasi percuma kepada anda. Jika anda seorang isteri pula, kelak suami anda akan makan maggi setiap hari.

3- TETAPKAN MATLAMAT, AZAM, CITA-CITA & IMPIAN.

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak punya impian,matlamat dan tidak punya cita-cita.

Tetapkan satu impian, kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu, berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun.

Fikir, fikir dan fikir. Kemudian laksanakan. Laksanakan hingga berjaya. Jangan duduk diam! Dengan itu, masa yang ada akan terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4- BERPROGRAM

Anda boleh saja menyertai pelbagai program personal atau kemasyarakatan samada berbentuk outdoor ataupun indoor.

Mungkin saja anda menkonduksi sesuatu kem motivasi pelajar. Kalau anda tidak mampu memimpin program, anda sajalah yang menjadi pesertanya... :)

Anda tidak akan berkata bosan selepas itu.

Berprogram mendatangkan manfaat.

5- Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam.

Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri.

Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang telah disempurnakan sebelum ini.

Rasai keseronokan melaksanakan ibadah. Rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah.

Pasti anda akan terdorong untuk melakukannya berulang kali tanpa rasa jemu.

Renung-renungkan dan selamat beramal... :)

post signature

| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Mahattoh Game' | 070411 | 10.44 pm |

MENJANA POTENSI DIRI

. 15 Mac 2011
0 comments

"Kita semua mempunyai kebolehan. Yang membezakannya ialah bagaimana kita menggunakannya" - Stevie Wonder

Itulah kata-kata seorang penyanyi buta yang terkenal di seluruh dunia. Stevie Wonder. Jualan albumnya pada masa sekarang sudah melebihi 100 juta unit.

Sekarang cuba perhatikan diri anda. Tanya diri sendiri apakah kebolehan aku? Cuba cari satu keunikan dalam diri sendiri. Pasti ada!.

Mustahil kalau anda kata anda tak punyai apa-apa kebolehan. Katakan anda sudah berfikir beratus kali tapi memang sah anda tak punyai apa-apa kebolehan, cuma tahu makan, minum, bercakap, tidur dan bermain. Itu sahaja.

Cuba semak kembali. Dan ya!!! Anda mampu bercakap.

Kerana anda tidak bisu. Apa kata anda gilapkan percakapan anda supaya lebih bermakna.

Cuba kita lihat senario berikut:-

1- Jika anda menjadi manusia biasa yang menganggur ... dan bila anda bercakap, anda tak dapat apa-apa.. RM0.00.

2- Jika anda bekerja, anda bercakap bilamana berurusan dengan pelanggan ... anda dibayar RM800.00 sebulan.

3- Anda menyambung pelajaran... dan dapat kerja yang lebih baik... anda bercakap apabila berurusan dengan pelanggan, anda dibayar gaji RM3,000.00 sebulan.

4- Anda berhenti kerja dan menubuhkan syarikat perundingan. Anda perlu bercakap dengan pelanggan anda dan anda mendapat RM30,000.00 sebulan.

5- Anda mulai menjadi terkenal dan dijemput mengadakan ceramah. Anda bercakap... Anda dibayar RM10,000.00 sejam

Nampak!!! Anda hanya menggunakan kemahiran anda berkomunikasi. Anda bercakap benda yang sama pada setiap masa tentang bidang yang anda mahir.

Semakin lama, anda akan menjadi semakin mahir tentang sesuatu perkara dan semakin tinggi nilai ilmu anda. Tetapi ingat, anda mestilah kreatif dalam selok belok perniagaan.

Banyakkan membaca kerana kebanyakan orang, malas hendak membaca tetapi mereka lebih berminat untuk mengetahui apakah intipati ilmu yang ada di dalam dada penceramah dengan menghadiri sesi tersebut.

Mereka tidak perlu membaca berpuluh-puluh buku. Memadai anda sahaja yang memberitahu mereka.

Sebagai balasannya, sudah tentu anda mendapat wang yang banyak daripada mereka.

Bagaimana? Sekarang jelas? Nampaknya tidaklah susah sangat untuk mendapatkan wang sebenarnya. Ramai yang sudah menjadi jutawan dengan hanya membaca dan menggunakan air liur sahaja...~~~

Jom terokai potensi diri...

Kredit : Fikir & Renung.

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter