PERSOALAN UNTUK ANDA

. 11 April 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Usrah AJKT kami semalam hangat. Hangat dan tidak bisu kerana persoalan dan perbahasan yang diutarakan. Malah tidak kurang juga pengerusi yang berwatakkan 'Johan Jaafar' yang menimbulkan persoalan, keraguan dan syak juga.

Malam ini menjadikan saya tidak mengantuk. Malah lebih bersemangat. Mungkin...

Saya membentangkan perkara kedua dalam Feqh Daulah. Mencirikan kriteria daulah yang ingin dibangunkan Islam. Ada lapan semua. Saya hanya membentangkan 5 sahaja kerana terlalu panjang rasanya.

Cuma, saya ingin tinggalkan persoalan kepada anda untuk percambahan minda kita bersama malah saya ingin mendapatkan butir-butir idea yang mungkin lebih bernas dari perbincangan kami semalam.Persiapan kami sebelum turun ke medan untuk menjawab sebarang keraguan dalam masyarakat amat perlu malah terlebih utama kepada jawapan yang konkrit serta munasabah dengan keperluan semasa dengan bimbingan wahyu.

Saya kemukan persoalan kami semalam :-

1- Antara pemimpin Islam yang soleh tetapi lemah berbanding dengan pemimpin Islam yang zalim tetapi kuat, yang mana harus kita utamakan atau perlu pilih dalam memberi kepimpinan kepada mereka dalam situasi ketiadaan pemimpin lain yang lebih sempurna. Pertanyaan dalam dua situasi:-
* Situasi peperangan
* Situasi umum dalam masyarakat

2- Islam menetapkan hukuman bunuh kepada orang murtad. Islam dituduh orientalis sebagai kejam dan tiada kebebasan malah mengonkong manusia bahkan berlawanan dengan ayat 'Tiada paksaan dalam beragama'. Apa alasan umat Islam bagi mempertahankan hukuman ini serta menolak dakwaan tersebut???

3- Jika seseorang itu murtad namun dia tidak memburuk-burukkan Islam selepas itu dan menjalani kehidupan biasa. Adakah beliau patut juga dibunuh???

Cukup sekadar 3 soalan sahaja. Perbincangan kami memakan masa hampir 3 jam. Kami menemui titik-titik jawapan disana.

Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda...

P/S : Hidangan rohani diisi. Hidangan perut pula terisi. (laksa dan apam balik). Terima kasih kepada yang menyediakannnya.

Minggu depan satu slot lagi untuk saya bagi Feqh Daulah...huhu

3 comments:

toqki berkata...

salam

ana nak jawab persoalan yang pertama!!hihi

situasi yang pertama(peperangan)

-anda hendaklah memilih pemimpin yang zalim tapi kuat.

buktinya Kisah Hajaj bin Yusof as-shaqofi.

situasi kedua(umum dalam masyarakat)

-anda hendaklah memilih pemimpin yang soleh macam us idham( jgn marah)

sekian

MeMyselfIsAllahslave berkata...

saudara idham..cuma nk berkongsi
mengenai soalan ke2..kalau menurut bro shah kirit (selalu bg talk psl comparative religion)..soalan tu selalu ditny oleh non muslim..kenapa kalau org msuk islam, xpe..tp klu muslim nk kuar islam kne hukum bunuh..itu la lebih kurang soalan mereka..

erm jwpn yg diberi.. setiap agama ada peraturannya..analoginya begini..kalau kita main bola sepak, automatically kita kene ikut peraturan lam perlawanan bola sepak kan..tp kalau kita x main kita x perlu ikut kan..

begitu jugak dgn islam..islam ada peraturannya..once dh beragama islam, kenala ikut ajarannya..klu x ikut, adala hukumannya..setiap agama ada peraturannya..jadi tiada paksaan lam beragama..

tu je la kot..sorry klu slh interpret soalan anda..main terjah je pon blog anda..salam ziarah =)

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Trima kasih to toqki n MeMyselfAllahservant...

Jawapan anda sume bernas n munasabah utk djdikan hujah...

Trima kasih atas lontarn idea yg baik... TQ

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter