Hari ini saya menerima berita yang kurang enak untuk didengar. Berita yang menaruh benci serta menyakitkan hati saya pada 'sampan berkeris'. Maka, makin bertambah-tambah meluat pula saya pada 'sampan berkeris' ini dek gagasan ahlinya yang tak berakhlak.
Umum mengetahui bahawa PAS dan UMNO adalah parti terbesar orang melayu Islam di Malaysia. Kepada dua-dua parti ini juga tempat kita bergantung harap untuk survival kekuasaan orang melayu serta hak-hak kita yang harus dijaga.
Umum juga telah mengetahui apa dasar dan matlamat yang diperjuangkan kedua-dua parti tersebut. Tidak perlu untuk saya ulas disini. UMNO dengan dasar sekularnya dan PAS dengan dasar Islam yang dibawa.
Saya mempunyai pengalaman secara langsung dalam kedua-dua gagasan parti ini.
Pengalaman bersama UMNO, saya telah di'pinang' dan dilatih untuk menjadi generasi muda pewaris yang akan mengayuh sampan berkeris ini belayar membawa gagasan UMNO. Bersamanya, saya merasai kemewahan, kesenangan dan dihamburkan dengan seribu satu janji yang sememangnya mengasyikkan saya. Makan sahaja pon sudah agak mewah,apatah lagi hal yang lain.
Paling akhir, saya dijemput berkunjung tamu ke tingkat 16, Wisma Darul Iman (Pejabat Menteri Besar) sebelum berangkat ke luar negara. Itu waktu-waktu emas saya bertemu dengan pemimpin bersemuka empat mata.
Bersama PAS pula dilihat lebih kepada pengorbanan. Sentiasa dalam keadaan susah dan tidak menjanjikan sebarang kemewahan dan kesenangan. Makan pula hanyalah nasi kicap lauk ikan masin.
Namun naluri saya mengatakan bahawa saya benci dan muak kepada kezaliman, penindasan, korupsi, rasuah dan akhlak yang songsang.
Hati naluri fitrah saya inginkan keadilan, kesaksamaan, keamanan dan segala sesuatu yang baik.
Mahu sokong UMNO lagi??? Hermm... Sengalll
P/S : Saya tidak pernah menulis artikel tentang politik. Jadi,saya tulis pendek sahajalah.huhu
5 comments:
Tulisan anda menunjukkan anda memang seorang yg waras...
Selama ni tak waras ke al-aman???wakaka...
UMNO sememangnya begitu. Tapi dalam kita membenci UMNO, ada pula jemaah2 yang macam2 selepas PAS sudah ada..Aduh...melambatkan kemenangan
Umno memang sengal tapi jemaah-jemaah kemuncup pada suatu tahap lagi sengal dari Umno. Aku mahu link kamu, boleh?
To shiroi : Silakan je...
Catat Ulasan