BERUNTUNG
Labels: INFO4 KEADAAN INSAN
Labels: INFOASET KEBAHAGIAAN
| Abbasiah | 030314 | 7.32 am |
BUKU SULUNG
Labels: INFOBuku ini adalah himpunan tokoh-tokoh dan cendiakawan Islam yang telah memberi sumbangan besar terhadap bidang keimuan serta ketamadunan Islam bermula tahun 571 Masihi sehingga sekarang.
Ini adalah sekelumit dan secebis usaha kami untuk memperkenalkan tokoh-tokoh yang berjasa ini kepada masyarakat awam perihal sumbangan mereka kepada ummat. Kami sedaya mungkin menampilkan fakta secara tepat terhadap tokoh-tokoh ini berdasarkan sumber yang diyakini.
Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat Penerbitan MustRead kerana sudi menerbitkan naskah ini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Buku ini, anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran atau anda juga boleh membeli secara online di Laman Web Must Read. Klik gambar dibawah ataupun DISINI.
Selamat Membaca!
Membaca bukanlah satu hobi tetapi adalah satu kewajipan!
![]() |
| tgidham @ http://khairulidham.blogspot.com/ |
| Abbasiah | 10.20 am | 050213 |
HIDAYAH
Labels: INFO
Apabila bercerita tentang insan yang kembali kepada Tuhan, ia mengambarkan perihal hidayah.
Hidayah itu ada dua.
1- Hidayah Tauhid
2- Hidayah Taufiq.
Video diatas menunjukkan perihal Hidayah Taufiq.
Hidayah Tauhid adalah penerimaan hati dan jiwa terhadap keimanan serta keesaan Allah dan Rasulnya serta kesediaan menyerah diri untuk turut dan patuh kepada perintahNya.
Hidayah Taufiq pula adalah pedoman dan petunjuk di sepanjang perjalanan kehidupan. Petunjuk untuk melakukan sesuatu kebaikan. Juga petunjuk untuk menghindari kejahatan dan kebobrokan.
Hidayah Taufiq ini hendaklah selalu diminta dan dipohon walaupun kita sudah menyatakan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan kerana ia tidak akan selalu hadir jika kita tidak memintanya.
Jika tidak, manakan kita selalu membaca 'إهدنا الصراط المستقيم' dalam setiap rakaat solat sedangkan kita sudah beriman?
HIDAYAH UNTUK SIAPA
1- Untuk orang-orang yang bertaqwa.
Al-Baqarah : 2
2- Untuk manusia umum.
Al-Baqarah : 185
CARA MENDAPATKAN HIDAYAH
1- Mohon dan minta hidayah. (Doa)
2- Jangan ada syak wasangka & ragu kepada pemberi hidayah (Allah).
3- Berada di tempat yang memungkinkan hidayah turun.
Contoh : Masjid, tempat ilmu dan pengajian serta tempat yang dibaca dan diajarkan Al-Quran. Kerana Al-Quran adalah sumber hidayah.
4- Menjadi pembela kepada agama hidayah (Islam).
Setakat ini dahulu untuk nota ringkas malam ini.
Semoga kita selalu dikurniakan Hidayah Taufiq selamanya...
Selamat berpuasa... =)
| 60, Syuwessryy B | 170811 | 11.40 pm |
SUNAT MUAKKAD
Labels: INFO
Sunat Muakkad adalah merujuk kepada perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak meninggalkannya atau galakkan yang bersungguh daripada Nabi SAW dan diberi ganjaran pahala lebih besar berbanding amalan sunat yang lain.
Baginda Nabi Muhammad SAW pernah mengadu tentang pendeknya umur Umat Muhammad yang memberi kesan kepada kuantiti amalan berbanding umat-umat terdahulu.
Sifat pengasih Allah Taala telah mengurniakan ganjaran besar yang menyamai umat terdahulu walaupun sedikit amalan yang dilakukan.
Jadi, amat rugi jika ganjaran yang besar ini tidak dihiraukan walaupun ianya adalah perkara mudah dan ringan.
Banyak perkara dan amalan seharian kita yang tergolong dalam kategori Sunat Muakkad.
Artikel kali ini, saya mahu mengajak pembaca mengenali Sunat Muakkad dalam Solat Sunat Rawatib yang biasa kita lakukan saban hari.
Berikut adalah 5 Solat Sunat Rawatib yang dikategorikan sebagai Sunat Muakkad :-
1- Solat 2 rakaat sebelum Subuh.
2- Solat 2 rakaat sebelum Zohor.
3- Solat 2 rakaat selepas Zohor.
4- Solat 2 rakaat selepas Maghrib.
5- Solat 2 rakaat selepas Isya'.
Selebihnya adalah termasuk di dalam Sunat Ghairu Muakkad.
Selamat beramal... =)
TAMBAHAN INFO :-
17 Rakaat Solat Sunat yang jangan ditinggalkan apabila anda sudah berusia 40 tahun :-
1- 10 Rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad seperti di atas.
2- 2 Rakaat Solat Dhuha.
3- 2 Rakaat Solat Taubat.
4- 2 Rakaat Solat Tahajjud.
5- 1 Rakaat Solat Witir.
Tapi jangan tunggu nombor 40 itu pada usia. Bermula dari sekarang!!!
Ayuh!!!
| 60, Syuwesssry | 040511 | 8.18 am |
PERIHAL MASA
Labels: INFO
Masa yang kita ada di dunia ini hanyalah 24 jam sehari. Tidak pernah berubah sejak dahulu. Namun, masa yang sama ini membawa kepada senario yang berbeza mengikut situasi yang berbeza.
1- Kalau Bosan = Satu jam bagaikan sehari.
2- Kalau Rindu = Satu hari bagaikan setahun
3- Kalau Teruja = Sehari bagaikan seminit
4- Kalau Terseksa = Sesaat bagaikan berbulan-bulan
5- Kalau Menunggu = Seminit bagaikan sejam
Begitulah situasinya ketika di dunia. Di Alam Mahsyar kelak, suasananya juga tidak jauh berbeza.
Kepada golongan beriman, ribuan tahun di Mahsyar akan terasa sekejap sahaja dan beberapa detik sahaja.
Tetapi, bagi golongan yang engkar dan kufur, satu saat pun terasa tersangat lama bahkan ada yang menggesa supaya dimasukkan sahaja dirinya ke neraka kerana tidak tahan dengan azab seksaan pada ketika itu.
Walhal, mereka tidak pernah tahu bahawa seksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan azab seksaan ketika di Padang Mahsyar...
Selamat beramal untuk masa yang berkualiti...:)
ISLAM & ALAM SALING BERKAITAN
Labels: INFO
Islam merupakan satu-satunya agama di dunia ini yang mempunyai kaitan yang rapat dengan alam. Salah satu contoh yang jelas ialah berkaitan dengan ibadah sembahyang.
Cuba anda perhatikan bagaimana waktu sembahyang itu sendiri berkaitan dengan matahari. Manakala ibadah puasa pula berkait dengan matahari dan bulan.
Dan anda pasti kagum apabila mengetahui bahawa:-
1- Azan berkumandang tidak putus-putus di seluruh dunia pada setiap saat, sambung menyambung antara satu tempat ke satu tempat yang lain sehinggalah ke hari kiamat.
2- Pada setiap saat, Umat Islam sentiasa menunaikan ibadah sembahyang sejak dari dahulu sampai sekarang hinggalah ke hari kiamat.
3- Seluruh Umat Islam menunaikan solat mengadap kepada suatu arah iaitu Kaabah tidak kira di mana mereka berada.
Maha Suci Allah...
ASAR, ISYAK & SUBUH
Labels: INFO
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah S.A.W telah bersembahyang Asar.
Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya di pinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya.
Baginda selesai menunaikan sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".
HURAIAN :-
1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar di awal waktunya.
2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari malam sekiranya tidak memberatkan sembahyang secara berseorangan atau berjamaah.
3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang isyak kerana dibimbangi takut terlupa atau terlewat daripada waktu.
4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang subuh dan keluar dari masjid setelah terang.
5. Setelah selesai sembahyang subuh, Rasulullah S.A.W membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.
| Toob El-Ramly | 081210 | 7.10 am |
IKUT SUNNAH
Labels: INFO
Hidup ini perlukan petunjuk dan bimbingan.
Dan petunjuk yang terbaik adalah petunjuk dengan bimbingan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web menarik yang memaparkan sunnah-sunnah harian yang diamalkan oleh Nabi Sallahu Alaihi Wasallam yang kadang-kadang kita terlepas pandang untuk melakukannya.
Sunnah ini tidakkan berubah dan tetap relevan walaupun beredarnya zaman.
Dalam video 7 minit yang dipaparkan, penerbit memberikan penerangan dengan gaya kontemporari yang mudah dan sesuai diamalkan.
Anda boleh melawat web ini DISINI
Selamat mencuba dan selamat beramal...:)
| Kuala Terengganu | 040910 | 5.39pm |
BACKLINK 6 JUTA
Labels: INFO
Dulu-dulu, saya biasa menerima surat berantai yang bermotifkan penjanaan pendapatan.
Saya yakin, anda jua pernah begitu bukan???.
Modus operandinya mudah. Masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu. Kemudian, nama pertama akan dibuang dan nama yang kedua akan naik kepada penama nombor satu. Begitulah dan seterusnya.
Tatkala saya pergi solat di Masjid semalam pun, masih ada lagi borang-borang dan kertas-kertas seumpama itu di tangga-tangga masjid dan di ruang almari.
Namun, pada hari ini sistem bertingkat ini diaplikasikan pula untuk mendapatkan backlink pada web dan blog.
Mendapatkan backlink yang tinggi pada blog kita adalah penting bagi pemblogger yang menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan. (Saya juga)
Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanannya.
Namun, ada baiknya juga sekiranya kita mencuba. Kalau ianya percuma tanpa berbayar, apa salahnya jika kita mencuba...
Perkara yang harus anda lakukan untuk mendaptkan backlink yang tinggi adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini atau copy-paste sahaja artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog/web anda.
1 - Lirik Musik Indo
2 - Asing Music Lyrics
3 - Free Templates
4 - Jogja-Blogger
5 - Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
6 - pVidia Blog
7 - Stop Dreaming Start Action (Jonru)
8 - Bisnis di Internet
9 - Blogging-Surfer
10- Tintalughahwi
11- Igauan
12- Ad-dai’
13- RezqiDotCom – Hidup Untuk Memberi
14- Puteri amani suka suki
15- Tgidham corner
PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web/blog anda, sila hapuskan link nombor 1. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, No.3 menjadi No.2, No.4 menjadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Harus jujur dan jangan dibuang link-link tersebut atau digantikan dengan link-link yang lain.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Apabila posisi anda berada pada no.15, jumlah backlink adalah 1.
Posisi No.14 : Jumlah backlink = 5
Posisi No.13 : Jumlah backlink = 25
Posisi No.12 : Jumlah backlink = 125
Posisi No.11 : Jumlah backlink = 625
Posisi No.10 : Jumlah backlink = 3,125
Posisi No.9 : Jumlah backlink = 15,625
Posisi No.8 : Jumlah backlink = 78,125
Posisi No.7 : Jumlah backlink = 390,625
Posisi No.6 : Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi No.5 : Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi No.4 : Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi No.3 : Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi No.2 : Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi No.1 : Jumlah backlink = 6,103,515,62
Jika backlink ini boleh berjalan dengan sempurna, maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.
Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas, maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web/blog anda juga.
Ingat!!!
Aturan permainan haruslah link blog anda dimulai dari urutan (No.15), sehingga anda mendapat hasil backlink yang maksimum.
Sekadar itu informasi hari ini.
Selamat beramal...
| Kuala Terengganu | 120710 | 10.50pm |
IP MAN
Labels: INFO
IP MAN 2 sudah keluar panggung.
IP MAN adalah sebuah filem sejarah yang diadaptasi daripada peristiwa hitam penjajahan Negara Jepun ke atas bangsa cina.
Filem IP MAN mengarap jalan cerita yang cukup menarik dalam mengangkat seni bela diri cina. Ia dijadikan sebagai subjek yang mendokong semangat patriotism bangsa cina.
IP MAN 1 mengajak penonton kepada membenci kekejaman dan sikap imperialisma Jepun ketika menjajah China.
Dalam IP MAN 2 pula, ia mengajak penonton untuk membenci sikap sombong dan egois imperialis British terhadap masyarakat China di Hong kong.
Filem ini dilihat berjaya menghasilkan hasil karya seni yang berkualiti walaupun ia tidak mempunyai sebarang plot cinta seperti kebanyakkan dan kebiasaan filem lain.
Cuma, penerbit hanya mengangkat isu kebanggaan, kecintaan terhadap seni bela diri tradisional bangsa cina serta semangat kecintaan pada tanah air.
Hendak dibandingkan dengan filem kita???
Usahlah!!!
Filem kita terlalu bobrok dengan modal cinta dan kerosakan akhlak yang jelek...
Hukh tuihh!!! Kotor!!!
MEDIA BARU
Labels: INFO
Kemunculan pelbagai media alternatif semenjak pasca Pilihanraya Umum 1999 ternyata telah berjaya memberi impak yang besar dalam mengubah landskap politik negara.
Bermula dengan Tranungkite.
Kemudian, Buletin Online.
Dan seterusnya pucuk-pucuk media alternatif yang lain.
Peranan media adalah untuk memberikan maklumat/berita yang tepat, betul dan berkualiti kepada rakyat.
Selain daripada membincangkan seputar isu semasa, media yang berkualiti adalah media yang mampu menyediakan ilmu pengetahuan serta maklumat yang berguna.
Media arus perdana masa kini terasa cukup jelek untuk dibaca. Malah sudah boleh dibakulsampahkan.
Isu politik dan negara dilihat mengampu dan kotor.
Pengisian media hanyalah hiburan yang melampau-lampau.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa media arus perdana hari ini adalah penyumbang terbesar kepada masalah sosial yang ada.
Sudah masanya anda mencampakkannya ke tepi.
Bakul sampahkannya!!!
Saya mencadangkan anda satu media alternatif yang baru tumbuh semenjak setahun dua ini iaitu ERA PAKATAN
Saya melihat ia berkemampuan menyaingi media arus perdana.
Selamat mencuba...
TAMBAHAN :-
Hayat UMNO sudah di penghujung usia. Kalau masih hidup sekalipun, itu tanda UMNO pakai susuk atau saka...haha3x
CALON KITA
Labels: INFO
Seperti yang saya janjikan dalam artikel lepas, saya akan turunkan sedikit maklumat berkaitan calon 'favourite' atau calon pilihan yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum [PRU] PMRAM pada 10 April akan datang.
Ini adalah antara siri-siri kempen menjelang Muktamar Senawi PMRAM tidak lama lagi.
Maklumat terperinci calon adalah seperti berikut :-
BIODATA
Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON
2- Bercirikan kepimpinan.
3- Berpewatakkan ceria, murah senyuman dan mesra rakyat.
4- Bersungguh-sungguh dalam kerja dan suka menolong orang.
5- Memiliki skill pengucapan umum yang mengujakan.haha3x
6- Mempunyai sebuah motosikal besar 'hammer'.
(Setiap pagi saya menumpang motosikal beliau ke kelas Syeikh Yusri di Muqattam...wakaka)
7- Tauke broadband
8- Bergiat aktif dalam lapangan HPA Indusri dan berkeupayaan memajukan ekonomi.
9- Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
10- DAN yang paling penting, beliau masih lagi solo membujang walaupun mempunyai peminat yang ramai.
Saya menjamin bahawa anda tidak akan kecewa memilih calon berwibawa ini dan saya berkeyakinan besar bahawa beliau mampu untuk membawa suara kita ke peringkat atasan.
Undi anda penentu masa depan!!!
Selamat memilih...
PENAFIAN:-
Artikel ini tidak menunjukkan sebarang lobi-melobi calon ataupun sebarang usaha untuk mendapatkan projek daripada calon.haha3x
Sekian...
TANYA APA SAJA
Labels: INFO
Mungkin saja ada di antara kenalan kita atau bukan kenalan (orang ramai) yang malu untuk mengutarakan persoalan secara bersemuka 'face to face' mengenai sesuatu perkara.
Tidak kiralah dalam soal pelajaran, hukum-hakam agama, kehidupan dan pelbagai genre yang lain.
Malu bertanya sesat jalan.
Atau...
Tak kenal maka tak cinta.
Entry kali ini, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu rangkaian sosial baru yang hanya berformatkan soal jawab antara satu sama lain iaitu Formspring.
Mungkin menarik bagi yang suka dan mungkin bosan bagi yang tak suka. It's up to you...
Bagi yang ingin mengetahui perihal saya atau apa-apa sahaja, bolehlah mengemukakan persoalannya DISINI. Saya akan menjawabnya jika berkesempatan.
Tanyalah apa saja...
Selamat mencuba!!!
ESOK
Labels: INFOHARI KELUARGA
Labels: INFO
Seminggu lagi, Hari Keluarga & Mahabbah Anak-Anak Terengganu [HIKMAT] 2010 akan diadakan sempena cuti semester pertama. HIKMAT ini adalah acara tahunan rasmi serta program mega bagi Keluarga Penuntut Terengganu di Mesir.
Ini adalah hari-hari untuk memupuk persaudaraan dan hari-hari merapatkan kenalan. Tidak kurang juga hari-hari untuk melepas geram atau tension-tension yang ada...wakaka
Menjadi think tank untuk mengisi pengisian program membuatkan saya akan sentiasa termenung dan berkhayal.
Apa saja pengisian yang akan saya sediakan untuk program selama 4 hari ini harus saya lumati dengan sebaik mungkin.
Ada apa-apa cadangan untuk pengisian acara dewan???
DASAR DWI-BAHASA YANG SALAH
Labels: INFO
Akhbar The Star baru-baru ini menyiarkan satu ulasan oleh kolumnis akhbar tersebut mengenai Dasar Dwi-Bahasa yang diakui salah oleh Lee Kuan Yew. Apabila disemak dalam Internet, mendapati bahawa kenyataan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura itu telah disiarkan pada 17 November 2009 melalui Channel NewAsia dilaporkan oleh Hoe Yeen Nie.
Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta dilaksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.
Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.
Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.
Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun.
Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.
Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).
Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.
Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.
Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.
Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.
Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.
Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.
P/S : Utamakan Bahasa Melayu
"Bahasa Jiwa Bangsa"
Sumber DISINI
LELAKI MALAYSIA TIDAK TENANG
Labels: INFO
Kaum lelaki Islam di Malaysia sedang menderita tidak boleh tidur nyenyak dan tidak dapat bersolat dengan tenang.
Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini kerana, fikiran mereka sering terganggu oleh bilangan wanita-wanita berpakaian seksi yang semakin meningkat di khalayak awam semenjak akhir-akhir ini.
Beliau yang juga Mursyidul Am (PAS) berkata, beliau mahu membincangkan tentang “penganiayaan emosi” yang dihadapi kaum lelaki ini secara lebih terperinci kerana ia jarang dibincangkan dan diambil perhatian.
“Kita selalu (mendengar tentang) penganiayaan kanak-kanak dan isteri-isteri dalam rumah tangga yang mudah ditanggap mata tetapi penganiayaan emosi terhadap kaum lelaki tidak dapat dilihat,”
Menurut beliau lagi,
“Solat kita hilang tumpuan dan tidur kita sering terganggu,”
Datuk Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan-kenyataan kontroversial terhadap wanita pada masa lalu termasuk menggesa kaum wanita supaya berhenti memakai gincu dan minyak wangi untuk mengurangkan risiko mereka dirogol.
Kumpulan-kumpulan hak asasi wanita pernah menyelar kenyataan-kenyataan beliau, sambil berkata bahawa Islam mengajar kedua-dua pihak lelaki dan perempuan supaya bertanggungjawab ke atas kesopanan mereka.
Mereka berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu menggalakkan berlakunya kejadian rogol kerana ia meletakkan tanggungjawabnya ke atas wanita.
Laman web PAS ada menyiarkan contoh pakaian wanita secara grafik – dengan memakai tudung panjang yang menutupi rambut dan dada mereka serta baju panjang yang “besar dan longgar” yang bersesuai dengan trend semasa.
Kebanyakan wanita Melayu/Islam Malaysia memakai pakaian Islam yang sederhana, walaupun wanita muda kadangkala memakai baju kemeja-T ketat dan seluar jean yang menjolok mata.
Aduh!!! Derita sungguh lelaki zaman sekarang...wakaka





IP MAN 1


