. 07 Disember 2007
3 comments

"DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER"

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Wajah anak muda sekarang....

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. "Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam. Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Kuala Lumpur

23 Muharram 1428H

Written by bashirah

.
0 comments

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan.

Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

A) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

B) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

C) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

D) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Indah kala wanita berpakaian Islam

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu.

Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kpd Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya :

Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


Wanita solehah penyejuk mata umat manusia..

PENDEDAHAN AURAT… PENGHINAAN & KEJAHILAN WANITA

.
1 comments

Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengahwininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.

Situasi Kejahilan 1:

Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha.

Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung.

Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.

Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah di musim hampir hari raya.

Situasi Kejahilan 2:

Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat.

Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

Situasi Kejahilan 3:

Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya.

Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

Pakaian anak muda kita sekarang

Situasi Kejahilan 4:

Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat.

Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. .

Mengapa ribuan bapa yang memenuhi masjid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal generasi yang akan berpakaian baju dalam dan seluar dalam di masa akan datang.

Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian

Written by Dr. Marina Hj. Bakri

KIAMAT SUDAH DEKAT...???????

. 28 November 2007
0 comments



Kiamat???????? Satu sansponsi perkataan cukup menggerunkan dan menakutkan bagi ahli 'fajjar' dan sesuatu yang amat dinanti2kan bagi kekasih Allah. Pro dan kontra ini cukup membuktikan sifat Allah yang maha adil dan saksama terhadap hambanya. Ia tidak menzalimi hambanya melainkan atas perbuatan hamba itu sendiri…. Terfikir di benak fikiran saya, dimanakah tempat saya antara dua golongan ini….. Harap2 aku tergolong bersama kekasihmu ya Allah…….

Sejauh mana kebenaran fakta yang diberikan ini adalah perkara yang kedua. Yang terlebih utama adalah keimanan kita kepada berlakunya hari kiamat. Kepercayaaan kita kepada hari kehancuran ini akan membuahkan satu bibit kesedaran dan juga pengharapan kita pada rahmat dan kasih sayang Allah.

Bukti kebenaran Al Quran mengenai kiamat telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan pada tahun 1999/2000 NASA telah mengkaji hal ini….. Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarangsudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat padatahun 2066 Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumiyang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar,dunia akan musnah pada tahun 2065.... Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan olehpenurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi AkanKiamat Antara Tahun 2062-2066….. Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadithyang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kitatelah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Perkara yang " masturul hal " ini wajib diimani jika dinaungi nas Quran dan Hadith. Tiada sebab kita sebagai umat islam mengambil mudah hal ini. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal.




Kelakuan buruk artis disanjung........





Lagi lagak artiss kita........


Banyak sudah tanda2 kiamat seperti gambar diatas. Jangan terhantuk baru mengadah...


Keruntuhan akhlak semakin menjadi2 melibatkan baya umur persekolahan.......
Murtad berleluasa................


Bush makin mengganas...............

Pertimbangkanlah bahawa dosa dan pahala itu adalah sesuatu yang bukan 'enting'. Perbezaan ini amat ketara sekali sebagaimana hadith Nabi SAW yang bermaksud " Orang mukmin melihat dosa umpama gunung yang akan memhempap mereka manakala Orang fujjar ( yakni ahli dosa/ maksiat ) melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidung mereka. Apabila beliau mengisyaratkannya, lalat akan lari" Saidina Ali Karammallah Wajhah pernah menukilkan " Beramalllah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramalllah untuk akhirat seolah=olah kamu akan mati esok hari…"

Jadi apa tunggu lagi……………………….

KE MANA MENGHILANGNYA TARBIYYAH???????

. 24 November 2007
0 comments

Gambar menunjukkan proses tarbiyyah di Masjid Al-Azhar

Tarbiyyah sememangnya hampir sebati dengan golongan agama. Kerana kesan tarbiyyah inilah golongan agama menjadi golongan yang 'berbisa' untuk dipandang… Lebih mantap lagi jika terisi dengan tarbiyyah ruhiyyah.

Namun begitu, terdapat juga kepincangan dan ke'sia-sia'an setelah diberi sepenuhnya tarbiyyah. Hal ini mengelamuni sebahagian golongan dan pelajar agama. Saya bercakap atas dasar saya juga adalah pelajar agama. Maka menjadi sewajarnya untuk saya mengulas kepincangan dan kecacatan ini…. Banyak proses tarbiyyah yang dilaksanakan bagi mencapai target modal insaniah dan akhlak yang terpuji……

Tarbiyyah adalah satu proses jangka masa panjang.Namun begitu ia bukan penyebab untuk kita tidak boleh mengikuti selangkah demi selangkah untuk diamal dan dipraktikkan.. Mereka telah mengikuti banyak sekali daurah, tamrin, rehlah, muqayyam dan bermacam lagi program tarbiyyah lain malah pernah menjadi pimpinan yang menjadi model anggota bawahan. Namun apa yang amat mengecewakan tarbiyyah ini tidak dapat digunakan tatkala timbul sedikit masalah yang amat remeh untuk disettlekan. Malah menimbulkan masalah yang lebih besar lagi sehingga membabitkan keterlibatan orang lain. Kemana perginya tarbiyyah kamu????? Ke mana pergi penat lelah kamu berprogram???? Ke mana perginya tadhiyyah kamu?????

Saya cukup kecewa apabila masalah yang timbul langsung tiada inisiatif penyelesaian dan membiarkan ia terus membengkak dan membusuk. Langsung tiada tasammuh dengan anggota yang lain. Apa yang dibuat hanya " bermasam muka, menawarkan hati,mempahitkan jiwa,memusnahkan nurani yang ada" dan tidak bertegur sapa……. Apa ni????????? Masalah perhubungan persahabatan dan ukhhuwwah sesungguhnya hanyalah masalah sikap yang boleh diubah..Ingat, buleh diubah………………

Rasulullah SAW pernah mendapat teguran dan "kecaman" dari Allah SWT terhadap sikap baginda yang bermasam muka dan sikap dingin baginda terhadap Amru bin Qais Umi Maktum ( Abdullah bin Umi Maktum )… Betapa beratnya hal ini sehingga Allah maktubkan hal ini dalam Al-Quran dan dijadikan surah khusus dalam Al-Quran iaitu surah Abasa…. " Abasa wa tawalla." Surah ini menceritakan bagaimana sikap nabi bermasam muka dan berpaling dari Abdullah Umi Maktum yang buta yang mana datang kepada nabi untuk hal keilmuan dan untuk menambah iman. Ketika itu nabi sibuk berdakwah dan melayan pembesar2 kafir untuk tujuan Islam…. Rasulullah mendapat teguran dari Allah dalam keadaan nabi melakukan kebaikan dan dakwah di jalan Allah. Apatah lagi kita????????? Seribu kali memang patut kita ditegur dan dikritik………..

Dalam tarbiyyah, aspek ukhwwah dan marhabbah amatlah ditekankan dan diambil berat malah dijadikan silibus dalam tarbiyyah.. Namun ukhuwwah mudah retak dan hancur berderai dek kerana nafsu, emosi dan sikap yang langsung tidak berlandaskan iman….. Langsung mengundang jauh….. Jika ini terjadi, tarbiyyahmu sia-sia kawan… membazir tenaga yang berkorban untukmu…. Tiada butir mutiara dari tarbiyyahmu…… Ke mana perginya tarbiyyahmu kawan??????????

Sampai bila kamu ingin hidup dalam gerhana dek kerana perbuatan kita sendiri. Kita sering merasakan diri kita betul namun hakikatnya bayang-bayang kita adalah bengkok….. Kamu kena sedar itu…… Jikalau hal ini beterusan,usah dimimpikan Islam akan menang….. Usah difikirkan daulah islam. Itu hanya omong2 kosong jika kita tiada ukhuwwah dan kesepakatan antara hubungan sesame kita… Jauh sekali. Ia bukan susah dan bukan juga senang. Islam akan menang jika kita mengambil langkah pertama menghindarkan kekeruhan ini….. Saya kata ia bukan susah kerana ia hanya berkaitan dengan sikap kita sahaja. Janganlah kerana emosi kamu tertutup semua pintu2 kebaikan orang lain……..

Ayuh sahabat2ku, kembali bina semula apa yang telah roboh. Hubungan persahabatan adalah satu rahmat dari Allah. Jangan terhantuk baru hendak mengadah. Biarlah kita golongan agama tidak terhantuk dan tidak mengadah. Ukhuwah sesame sahabat selama mana terpatri dinaungi para malaikat. Tiada guna kamu selamanaya begitu….. Masalah yang remeh, selesaikanlah secara matang dan dewasa…. Bukan seperti kanak2 kecil yang merengek dan merajuk……

Saya pernah dilanda pelbagai masalah semasa menjadi pimpinan sekolah dahulu. Macam2 masalah diadukan hattakan masalah keluarga sekalipun diajak saya berkongsi sekali. Sehinggakan juga soal hati dan perasaan turut dikongsi bersama walhal saya bukanlah yang sepatutnya diajukan masalah itu. Melihat hal ini, ada seseorang memberi satu 'best point' sebagai semangat kepada saya. Katanya, anggaplah masalah yang hinggap pada kamu sebagai nyamuk yang hinggap pada kamu yang mudah ditepis n 'diteboh'( bahasa trg )

Ayuhlah sahabat…. Anda golongan agama yang dipandang berbisa oleh orang lain. Jangan hilangkan bisa yang ada pada kamu seperti harimau yang kehilangan taring.. Ular yang kehilangan bisa. Jagalah hati sahabat2 anda seperti mana sahabat2 lain menjaga hati anda. Anda sememangnya tidak sama dengan sahabat yang telah berkorban untuk anda. Tidak selamanya anda akan gembira dan bahagia jika menyakiti hati kawanmu……………

Berubahlah untuk sesuatu yang lebih baik…. Jangan biarkan tarbiyyahmu hilang membazir dengan sia2….. Jika ia hilang, itu adalah tanda keberkatan kamu sudah tiada dan telah ditarik balik nikmat keberkatan dalam diri kamu………...

Selamanya kamu merasa kerugian dek kerana tarbiyyah sudah hilang dan lari dari kamu…………. Dedikasikanlah akhlakmu……..

" Unzur ila ma qola, wala tanzur ila man qola "

p/s

☺ Artikel ini ditulis tatkala berlaku 'perang dingin' di musim sejuk….hu…hu..

BERBAIK SANGKA PADA ALLAH TAALA............ SATU PENCERAHAN.

.
0 comments

Disukai  bagi  si sakit --khususnya bagi yang telah kedatangan
tanda-tanda  mendekati  kematian--  untuk  berprasangka   baik
kepada  Allah Ta'ala. Dalam arti, pengharapannya kepada rahmat
Allah  melebihi  perasaan  takutnya  kepada  azab-Nya,  selalu
mengingat    betapa    besar   kemurahan-Nya,   betapa   indah
pengampunan-Nya,  betapa  luas  rahmat-Nya,  betapa   sempurna
karunia-Nya,   dikedepankan-Nya  kebaikan  dan  kebajikan-Nya,
membayangkan apa yang dijanjikan-Nya kepada  ahli  tauhid  dan
rahmat  yang  disediakan-Nya  untuk  mereka  pada hari kiamat.
Jabir meriwayatkan dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda:
 
    "Jangan sekali-kali salah seorang diantara kamu
    meninggal dunia melainkan dalam keadaan dia berbaik
    sangka kepada Allah Ta'ala."90
 
Hal ini diperkuat oleh  hadits  qudsi  yang  telah  disepakati
kesahihannya, bahwa Allah berfirman:
 
    "Aku menuruti persangkaan hamba-Ku kepada-Ku."91
 
Ibnu Abbas berkata, "Apabila Anda melihat seseorang kedatangan
tanda-tanda kematian maka gembirakanlah dia agar dia menghadap
kepada Allah dengan berbaik  sangka  kepada-Nya;  dan  apabila
Anda   lihat   orang   yang   hidup   --yakni   sehat--   maka
takut-takutilah dia akan Tuhannya Azza wa Jalla."
 
Mu'tamir bin Sulaiman berkata, "Ketika akan  meninggal  dunia,
ayah  berkata  kepadaku,  'Wahai  Mu'tamir, bicaralah kepadaku
tentang rukhshah-rukhshah  (kemurahan-kemurahan),  supaya  aku
menghadap Allah Ta'ala dengan berbaik sangka kepada-Nya."92
 
Imam  Nawawi  berkata,  "Orang yang sedang menunggu orang yang
akan meninggal dunia disukai membangkitkan  harapannya  kepada
rahmat  Allah,  menganjurkannya  untuk  berbaik  sangka kepada
Allah,  mengingatkannya  dengan  ayat-ayat  dan  hadits-hadits
mengenai  pengharapan  dan  ditimbulkan  semangatnya. Petunjuk
mengenai apa yang saya  sebutkan  ini  banyak  terdapat  dalam
hadits-hadits  sahih,  diantaranya  sejumlah  hadits yang saya
sebutkan dalam "Kitab al-Jana'iz" dari  kitab  al-Adzkar.  Hal
ini  juga  dilakukan oleh Ibnu Abbas terhadap Umar bin Khattab
r.a.  ketika  menghadapi  maut,  juga  dilakukan  Ibnu   Abbas
terhadap  Aisyah,  dan  dilakukan  pula  oleh Ibnu Amr bin Ash
terhadap ayahnya. Semua ini tersebut dalam hadits dan  riwayat
yang sahih."93

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

.
0 comments

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Tatapan ilmiah untuk sesiapa yang ingin mengambil pengajaran. Sesungguhnya berjayalah orang2 mengambil pengajaran. Bacalah Email ini
yang diterima dalam kantung emailku dari raudatul_amni katanya dari sahabat di US. Raudatul_amni menyuruh untuk menyebarkannya. Jadi tidak salah aku meng'copy'kannya ke dalam blog aku ini.hu..hu..: Tidak melanggar melanggar disiplin ilmu kan….( Tulisan condong adalah tulisan beliau )

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, bijihitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakanmasa akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf didalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Solat!! !Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan olehIslam......

Begitulah keagungan ciptaanAllah!!!tidak menunaikan solat , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agamaIslam 'sepenuhnya'kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan olehAllah dengan agama-Nya
yang indah ini.

"PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT"

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalucemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1.memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajinbersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

  1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

  1. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

  1. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

  1. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

P/S…

* Kalau rajin .. Pesan raudatul_amni supaya disebarkan sedikit ilmu supaya nanti adanya modal kat akhirat nanti.

"MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN" Kenapa Kita Gagal Membina Tamadun??????

. 22 Ogos 2007
0 comments

Dewasa ini, pihak kerajaan khususnya kerajaan Negeri Terengganu giat mem'promosi' gagasan Islam Hadhari menerusi pelbagai slogan yg dicanangkan antaranya yg paling 'glamour' adalah " Islam Hadhari Terengganu Bestari ", " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun ", " Tiada Halangan Hanya Peluang " dan sebagainya yg seumpama dengannya... Indah bermadah slogan tersebut yg mana ia dilihat mampu menaikkan semangat sesetengah pihak dan mungkin juga ia ' FOBIA ' kepada sesetengah pihak

Ini mungkin adalah satu usaha pengembelingan pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat islamik yg maju lagi kontemporari.... Namun begitu, hasrat murni dalam menjayakan gagasan ini mungkin dicemari dan tercemar atau mungkin terpalit sedikit dengan kotaran ' POLITIK '

Saya terpanggil utk berdiskusi tajuk ini setelah menghadiri banyak kursus yg berkaitan gagasan yg dibawa kerajaan ini antaranya " Kursus Penghayatan Islam Hadhari ", " Kursus Penjanaan Generasi Ulul Albab " dan lain2 yg sama waktu dengannya..

Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi umat yg maju dan kembali membina tamadun kegemilangan. Malangnya, kekadang pihak yg dikempen atau mungkin ' pihak yg berkempen itu sendiri tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan,terus sahaja tergambar oleh benak kepala mereka kemajuan atau tamadunyg sedang mereka saksi pada hari ini iaitu tamadun barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka selain dari kehidupan barat... Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran bangsa2 yg menganut Islam hari ini..... ( Pendapat penceramah sms sy berkursus ).

Justeru bagi mereka, seakan jika ingin maju dan bertamadun, kita mesti memiliki segala yg dimiliki oleh barat. Berbudaya ala barat, bergaya ala barat, berbahasag dengan bahasa barat, berhibur dengan hiburan barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau hanyalah cacatan sejarah yang hanya boleh dibaca sahaja dan tidak buleh disaksikan lagi.

MENCEDOK BARAT

Pendek kata, untuk menjadi maju pd hari ini ramai umat Islam sangka mereka kena cedok apa yg ada di barat. Untuk mencedok teknologi barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan mudah untuk barat mengajar semua ilmu tersebut kerana itu tidak membuahkan hasil keuntungan jangka panjang buat mereka. Perkara yg paling pantas dicedok oleh umat Islam ialah gaya hidup barat. Mka kita mengimport fesyan barat dalam berpakaian dan berbudaya. Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat saja perkembangan hiburan di negara kita . Segala format hiburan barat dibawa dan didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yg 'MELARISKANNYA'

Hiburan2 dlm media kita bukan sahaja tidak kreatif terpaksa mencedok gaya barat,bahkan nama program pon tidak mampu diubah. Maka anak2 kita yg tercicir dlm banyak urusan kehidupan, merasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan secara barat. Itulah hakikatnya artis2 kita. Maka yg berjaya dicedok dan dibawa dengan 'ranggi'nya ke sini hanyalah nilai negetif. Sementara yg positif, kita masih meminta sedekah daripada barat. Sama seperti orang arab yg bangga dapat bergelek dengan kereta mewah dari barat, tapi negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sebuah basikal sekalipun. Bahkan hasil minyak mereka setiap detik dirompak secara redho dan rela oleh barat.

Permasalahan kita mungkin termasuk pihak yg diamanahkan untuk menguruskan kemajuan umat Islam- GAGAL untuk memahami apakah asas atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yg kerananya umat Islam berjaya menjadi umat contah dan pemimpin muka bumi ini dahulunya. Dalam banyak program tv,apabila cuba mengambarkan kemajuan, maka disiarkan gambar orang memakai 'lebai' atau songkok atau kopiah atau jubah beraksi di hadapan komputer. Atau gambar tokoh agama yg memakai tali leher yg kemas berkot lagi bergaya atau yg seumpamanya . Padahal, bukan setiap yg menggunakan komputer itu otaknya bertamadun.

Entah berapa banyak ustaz di tv yg beraksi berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya hanya mengambarkan kemunduran cara fikirkannya. Bukan semua pula yg pakai tali leher otaknya berminda kelas pertama. Juga bukan semua yg menggunakan internet menunjukkan dia menjadi insan yg bertamadun. Itu semua adalah hasil yg dinikmati dari kemajuan dan keluasan ilmu. Bukan asas kepada ketamadunaninsan menurut Al-Quran dan Sunnah.

PRINSIP AQIDAH

Tamadun Islam tertegak atas prinsip aqidahnya dan cara fikir atau minda yg berdisiplin berdasarkan prinsip syariat. Seorang tua yg berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat, menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh atau YB yg bertali leher kemas tetapi korupsi dan mengambil rasuah. Pak Cik yg berkain pelikat yang membuang sampah dalam tongnya, lebih bertamadun dari yg memakai hensem bergaya lg menawan tetapi mencampak puting rokok atau kulit coklat atau tisu merata2 di sana sini.

Lebih besar dari itu,menurut Islam,orang yg kurang berharta tetapi memelihara aqidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah ebih bertamadun dari yg berkereta mewah tetapi korupsi,rasuah, bertangkal , dan sebagainya. Tamadun itu bermula dari aqidah yg sejahtera dan cara fikir yg betul dan berteraskan ruh Al-Quran dan Sunnah. Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yg betul, mak hilanglah tamadunyg pernah kita bina Kita akan terus GAGAL membinanya semula selagi kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip2 ketamadunan dalam Islam. ( Jawapan bagi persoalan tajuk saya ). Sekalipun kita ada badan, jabatan,institut malah portfolio EXCO dalam pentadbiran kerajaan yg dikaitkan dengan kemajuan Islam , nampak kita belum mampu maju. Sebabnya persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala GAGAL difahami oleh pelaksananya atau yg memperkenalkanya.

Sebenarnya,menghayati Islam yg tulen bererti menghayati tamadun keagungannya. Namun penafsiran Islam yg sempit , jumud lagi syadid dan pengamalnya yg bersifat konservatif telah mengagalkan usaha membawa kembali Islam yg asal lg tulen dan original. Sumber Islam ialah Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yg menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yg sebenar. Sesiapa yg mengamalkan Islam yg sebenar bererti dia sedang menhayati tamadun yg agung Kemunduran uamat Islam hari ini kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung itu. Atau salah dalam menafsirkan kedua sumber tersebut.

Perlu diingat, kita tidak boleh untuk membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan2 Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu Quran dan Sunnah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama ISLAM. Dengan kata mudah...( dengan izin ) Islam Hadhari adalah tidak releven jika Islam,Quran dan Sunnah bukan matlamatnya dalam pembangunan bangsa Islam yg maju dan kontemporari. Namun ia adalah Releven jika mempunyai keikhlasan dalam pembangunan umat Islam yg Ulul Albab tanpa dicemari kekotoran politik. Jika kita inginkan ketamadunan dalam erti kata yg tidak difahami oleh Islam,tamadun baratsudah terbentang luas untuk dianuti.. Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam ,maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam.........

Ayuhlah kita bersama2 bersatu berganding tenaga membina ke'hadhori'an umat Islam..........
Marilah bersama2 kita kembali kepada Islam dan lakukan " PURITY YOUR RELIGION" demi kegemilangan agama kita......................
Islam sentiasa releven selamanya............... DULU...KINI dan SELAMANYA..........

Mohon kemaafan.... sudilah memberi komen atau kritikan.....
Umat Islam perlu kepada percambahan minda.... Minda Kelas Pertama......
Wasssalammmmm........

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter