"MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN" Kenapa Kita Gagal Membina Tamadun??????

. 22 Ogos 2007
0 comments

Dewasa ini, pihak kerajaan khususnya kerajaan Negeri Terengganu giat mem'promosi' gagasan Islam Hadhari menerusi pelbagai slogan yg dicanangkan antaranya yg paling 'glamour' adalah " Islam Hadhari Terengganu Bestari ", " Memahat Sejarah Mencipta Tamadun ", " Tiada Halangan Hanya Peluang " dan sebagainya yg seumpama dengannya... Indah bermadah slogan tersebut yg mana ia dilihat mampu menaikkan semangat sesetengah pihak dan mungkin juga ia ' FOBIA ' kepada sesetengah pihak

Ini mungkin adalah satu usaha pengembelingan pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat islamik yg maju lagi kontemporari.... Namun begitu, hasrat murni dalam menjayakan gagasan ini mungkin dicemari dan tercemar atau mungkin terpalit sedikit dengan kotaran ' POLITIK '

Saya terpanggil utk berdiskusi tajuk ini setelah menghadiri banyak kursus yg berkaitan gagasan yg dibawa kerajaan ini antaranya " Kursus Penghayatan Islam Hadhari ", " Kursus Penjanaan Generasi Ulul Albab " dan lain2 yg sama waktu dengannya..

Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi umat yg maju dan kembali membina tamadun kegemilangan. Malangnya, kekadang pihak yg dikempen atau mungkin ' pihak yg berkempen itu sendiri tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan,terus sahaja tergambar oleh benak kepala mereka kemajuan atau tamadunyg sedang mereka saksi pada hari ini iaitu tamadun barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka selain dari kehidupan barat... Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran bangsa2 yg menganut Islam hari ini..... ( Pendapat penceramah sms sy berkursus ).

Justeru bagi mereka, seakan jika ingin maju dan bertamadun, kita mesti memiliki segala yg dimiliki oleh barat. Berbudaya ala barat, bergaya ala barat, berbahasag dengan bahasa barat, berhibur dengan hiburan barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau hanyalah cacatan sejarah yang hanya boleh dibaca sahaja dan tidak buleh disaksikan lagi.

MENCEDOK BARAT

Pendek kata, untuk menjadi maju pd hari ini ramai umat Islam sangka mereka kena cedok apa yg ada di barat. Untuk mencedok teknologi barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan mudah untuk barat mengajar semua ilmu tersebut kerana itu tidak membuahkan hasil keuntungan jangka panjang buat mereka. Perkara yg paling pantas dicedok oleh umat Islam ialah gaya hidup barat. Mka kita mengimport fesyan barat dalam berpakaian dan berbudaya. Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat saja perkembangan hiburan di negara kita . Segala format hiburan barat dibawa dan didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yg 'MELARISKANNYA'

Hiburan2 dlm media kita bukan sahaja tidak kreatif terpaksa mencedok gaya barat,bahkan nama program pon tidak mampu diubah. Maka anak2 kita yg tercicir dlm banyak urusan kehidupan, merasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan secara barat. Itulah hakikatnya artis2 kita. Maka yg berjaya dicedok dan dibawa dengan 'ranggi'nya ke sini hanyalah nilai negetif. Sementara yg positif, kita masih meminta sedekah daripada barat. Sama seperti orang arab yg bangga dapat bergelek dengan kereta mewah dari barat, tapi negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sebuah basikal sekalipun. Bahkan hasil minyak mereka setiap detik dirompak secara redho dan rela oleh barat.

Permasalahan kita mungkin termasuk pihak yg diamanahkan untuk menguruskan kemajuan umat Islam- GAGAL untuk memahami apakah asas atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yg kerananya umat Islam berjaya menjadi umat contah dan pemimpin muka bumi ini dahulunya. Dalam banyak program tv,apabila cuba mengambarkan kemajuan, maka disiarkan gambar orang memakai 'lebai' atau songkok atau kopiah atau jubah beraksi di hadapan komputer. Atau gambar tokoh agama yg memakai tali leher yg kemas berkot lagi bergaya atau yg seumpamanya . Padahal, bukan setiap yg menggunakan komputer itu otaknya bertamadun.

Entah berapa banyak ustaz di tv yg beraksi berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya hanya mengambarkan kemunduran cara fikirkannya. Bukan semua pula yg pakai tali leher otaknya berminda kelas pertama. Juga bukan semua yg menggunakan internet menunjukkan dia menjadi insan yg bertamadun. Itu semua adalah hasil yg dinikmati dari kemajuan dan keluasan ilmu. Bukan asas kepada ketamadunaninsan menurut Al-Quran dan Sunnah.

PRINSIP AQIDAH

Tamadun Islam tertegak atas prinsip aqidahnya dan cara fikir atau minda yg berdisiplin berdasarkan prinsip syariat. Seorang tua yg berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat, menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh atau YB yg bertali leher kemas tetapi korupsi dan mengambil rasuah. Pak Cik yg berkain pelikat yang membuang sampah dalam tongnya, lebih bertamadun dari yg memakai hensem bergaya lg menawan tetapi mencampak puting rokok atau kulit coklat atau tisu merata2 di sana sini.

Lebih besar dari itu,menurut Islam,orang yg kurang berharta tetapi memelihara aqidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah ebih bertamadun dari yg berkereta mewah tetapi korupsi,rasuah, bertangkal , dan sebagainya. Tamadun itu bermula dari aqidah yg sejahtera dan cara fikir yg betul dan berteraskan ruh Al-Quran dan Sunnah. Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yg betul, mak hilanglah tamadunyg pernah kita bina Kita akan terus GAGAL membinanya semula selagi kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip2 ketamadunan dalam Islam. ( Jawapan bagi persoalan tajuk saya ). Sekalipun kita ada badan, jabatan,institut malah portfolio EXCO dalam pentadbiran kerajaan yg dikaitkan dengan kemajuan Islam , nampak kita belum mampu maju. Sebabnya persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala GAGAL difahami oleh pelaksananya atau yg memperkenalkanya.

Sebenarnya,menghayati Islam yg tulen bererti menghayati tamadun keagungannya. Namun penafsiran Islam yg sempit , jumud lagi syadid dan pengamalnya yg bersifat konservatif telah mengagalkan usaha membawa kembali Islam yg asal lg tulen dan original. Sumber Islam ialah Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yg menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yg sebenar. Sesiapa yg mengamalkan Islam yg sebenar bererti dia sedang menhayati tamadun yg agung Kemunduran uamat Islam hari ini kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung itu. Atau salah dalam menafsirkan kedua sumber tersebut.

Perlu diingat, kita tidak boleh untuk membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan2 Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu Quran dan Sunnah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama ISLAM. Dengan kata mudah...( dengan izin ) Islam Hadhari adalah tidak releven jika Islam,Quran dan Sunnah bukan matlamatnya dalam pembangunan bangsa Islam yg maju dan kontemporari. Namun ia adalah Releven jika mempunyai keikhlasan dalam pembangunan umat Islam yg Ulul Albab tanpa dicemari kekotoran politik. Jika kita inginkan ketamadunan dalam erti kata yg tidak difahami oleh Islam,tamadun baratsudah terbentang luas untuk dianuti.. Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam ,maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam.........

Ayuhlah kita bersama2 bersatu berganding tenaga membina ke'hadhori'an umat Islam..........
Marilah bersama2 kita kembali kepada Islam dan lakukan " PURITY YOUR RELIGION" demi kegemilangan agama kita......................
Islam sentiasa releven selamanya............... DULU...KINI dan SELAMANYA..........

Mohon kemaafan.... sudilah memberi komen atau kritikan.....
Umat Islam perlu kepada percambahan minda.... Minda Kelas Pertama......
Wasssalammmmm........

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter