1- Menunggu ahli mesyuarat yang 'amat lembab' serta terlalu 'cuak' MENEPATI MASA. Saya berfikir sendirian mengapa orang melayu Islam cukup 'GAGAL' dalam pengurusan masa. (Menepati masa)
3- Mesyuarat yang bisu, kaku dan beku.
4- Ahli mesyuarat yang tidak serius pada perbincangan. Mesyuarat bukan medan 'Raja Lawak' atau ulang tayang rancangan 'Jozan'.
5- Mesyuarat yang diserikan dengan alunan deringan telefon yang kononnya indah didengar di kalangan ahli mesyuarat tatkala sedang bermesyuarat.
6-Perbincangan yang meleret-leret serta panjang berjela tanpa dapat menghasilkan sebarang keputusan. Apa yang dicakapkan langsung tidak tahu menahu apa natijahnya.
7- Keputusan mesyuarat yang berbunyi "Ikut panda ah". Tidak mampu untuk memhasilkan hipotesis daripada pro dan kontra yang dihasilkan dalam perbincangan.
8- Ahli mesyuarat wanita yang terlalu syadid serta tiada pendekatan komunikasi yang baik dalam suasana yang segar. Saya harus bermesyuarat dengan orang dan bukannya bermesyuarat dengan dinding atau langsir. Ini bukan bermakna saya menolak penggunaan kedua momentum tersebut jika komunikasi dapat dilaksanakan dengan baik.
9- Penggunaan kuasa veto yang bukan pada perkara yang munasabah.
10- Kebebasan bersuara dan melontar pandangan disekat. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik.
P/S : Sesungguhnya keberadaan saya dalam kepimpinan mengajar saya banyak perkara khususnya berkaitan soal sikap, nilai dan keterbukaan. Kadang-kadang, beberapa perkara berkaitan nilai dan sikap yang 'songsang' menjadikan saya 'down' untuk bekerja.
Tolong betulkan saya jika saya melencong atau terbabas di landasan...
3 comments:
salam...betul ape yg saudara luahkan..kita akn jumpe mcm2 org dlm bilek mesyuarat...mcm2 ragam yg kite saksi...ttp kita xthu ape yg org saksi dan nilai pd dri dan tindakan kita bile jumpe dalam bilek msyuarat..pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan..
Saya suka pada nama pena diatas.
Kerana itulah gelaran bgi pimpinan pljar di Smaasza dahulu..huhu
Teringt kenangan zaman2 dlu bermesyuart di balik tingkap n tabir je...
Catat Ulasan