Namun apalah nak dikisahkan tentang letih dan penat. Penat dan letih itu akan hilang juga berbanding dengan manisnya menjiwai pengalaman baru.
Saya check-out hotel seawal selepas subuh sebaik sahaja tawaf wida untuk ke Perlabuhan Yanbu'. Malam itu saya tidak tidur kerana ingin mengambil peluang mengerjakan umrah buat kali terakhir yang berbetulan malam itu adalah Malam Nisfu Syaaban.
Hari-hari terakhir ini terasa tersangat letih. Pagi ke Bukit Ajyad, tengahari ke rumah Baba Mat Brohok, petang ke Perkuburan Ma'la. Malam buat umrah pula. Aduh!!! bergegar juga kepala lutut...huhu
Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Perjalanan 48 jam menemukan saya kembali dengan Bumi Kaherah.
Saya terpaksa balik awal juga. Mengikut plan A, kami ingin menetap disana hingga Ramadan atau seboleh-bolehnya hingga Hari Raya atau haji terus. Tambahan pula, Mak dan Abah akan mengerjakan haji juga tahun ini. Namun, sewaktu disana, pasport kami telah diambil dan dipegang oleh pihak Muasasah. Hampehh betul!!!
Pengalaman berada disana memberikan saya ketenangan berpanjangan berbanding dengan kehidupan di Mesir yang sentiasa serabut dan menyakitkan hati. Saya merasakan keselesaan jiwa yang harmoni dan otak yang release dari sebarang masalah dan anasir-anasir kotor... Fuh!!!
Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa saya betul-betul release tension dan tenang disana adalah dengan kata-kata seumpama ini :-
" Ooowhhh... Idham koho gemuk leni biler balik mekoh ni. Semakin montel "
" Orang gi Mekoh, gi kuruskan berat badan. Ye gi membesarkan badan "
Orang yang mempunyai selera makan yang besar adalah orang yang ceria, bahagia dan tenang dari sebarang masalah...huhu
Tapi keadaan itu berubah sekembalinya saya ke Mesir...Huh!!!
Disana, saya mengalami beberapa perkara ujian untuk saya ingati :-
1- Kad Bank HSBC saya hilang ketika melawat Kilang Al-Quran di Madinah. Aduh!!! Terputus sumber bekalan...emmm
2- Tiket Kapal saya mengalami masalah teknikal. Saya diberi 2 peluang samaada terpaksa balik awal atau terpaksa beli tiket baru USD 200. Nasib baik petugas tiket datang ke Perlabuhan Safaga sebelum kapal bertolak. Tapi kena denda jugak LE 50...huhu.
3- Cermin mata Levis kesayangan saya rosak ketika mencium Hajarul Aswad. Tapi alhamdulillah elok kembali selepas jirus n basuh dengan Air Zam-Zam... Eh, Betul ke???huhu
4- Buku panduan Umrah saya hilang di Masjidil Haram. Tapi ada orang arab datang serahkan kembali buku itu keesokkan harinya...hihi
Layan gambarlah pulak untuk cerita yang seterusnya...huhu
Entah tetibe je encik unta ni nak bergambar ngan saya. Saya pun taknaklah menghampakan beliau...huhu (Ladang unta di Hudaibiyyah)
1 comments:
banyok ngt gmbo ambe...
trknl doh phniii...
haha
Catat Ulasan