Kami hanya menemui Hajj Fuad dan Hajj Ahmad di jalanan sahaja. Bertemu dan bertegur sapa tatkala membeli belah di Bazar Ibrahim Khalil Street berhampiran dengan Haram.
Mereka adalah warga Syria yang cukup ramah dan bersantun. Payah sekali untuk berjumpa warga arab seperti mereka. Jika ingin dibandingkan dengan arab Mesir, aaarhhh!!! Terlalu jauh bezanya.
Kata Hajj Fuad, dia suka apabila orang Malaysia menyahut salamnya dan mampu berkomunikasi dengan beliau. Tambah beliau lagi, beliau sedih apabila kebanyakkan orang Malaysia yang ditemuinya tidak memberi respon yang baik malah salam pon tidak berbalas.
Selepas berkenalan serba sedikit, langsung Hajj Fuad dan Hajj Ahmad mempelawa kami bertamu ke Hotel beliau di Ibrahim Khalil Street.
Aduh!!! Sungguh mudah mempelawa kami ke hotel beliau. Baru hanya kenal beberapa minit,sudah diajak untuk bertamu.Perhhh!!!
Kawan-kawan saya yang sudah lama berkenalan bertahun-tahun pon tidak mempelawa jemput ke rumah apatah lagi yang baru berkenalan beberapa minit...huhu...
Hajj Fuad mempelawa datang keesokkan hari untuk jamuan makan. Kami terpaksa menolaknya kerana keesokkan hari jadual kami padat untuk ziarah. Namun, Hajj Fuad masih juga mempelawa untuk bertamu pada malam itu pada selepas Isya' pula.
Kami cukup alahan jika dijemput makan...hehehe... Apalagi, kalau bab makan-makan, kami bersetuju je...ngeh6x
Kami berjanji bertemu di Pintu No 84 Bab Malek Fahd selepas solat Isyak dan langsung sahaja ke Hotel Hajj Fuad selepas itu...
Jubnah Syria. Jubnah ni dimasak sendiri oleh Hajj Fuad. Cukup berbeza dengan Jubnah Mesir. Teramat sedap macam nuget gitu...huhu
P/S : Saya ingin ke Syria pula untuk menemui mereka lagi...huhu
0 comments:
Catat Ulasan