Dalam artikel yang lalu, saya cuba untuk memahami faktor-faktor kemerosotan ekonomi dalam negara serta kesannya. Kali ini cuba kita lihat kesan kepada inflasi pula. Saya dapatkan sumbernya di sini.
Zimbabwe ketika ini adalah pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!). Tersangat parahnya. Harga-harga melambung begitu cepat sekali dengan hanya dalam beberapa minit sahaja. Jadi tidak hairanlah jika peniaga-peniaga di Zimbabwe begitu sibuk menggantikan label harga barangan mereka hampir setiap minit.
Pada tanggal 20 Julai 2008, Bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan. :-(
Ini adalah kos biaya minimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.
P/S : Saya harap Malaysia tidak akan jadi seperti ini...
0 comments:
Catat Ulasan