JANJI BASI

. 03 April 2010
2 comments

Pak Pandir pulang ke rumah dengan mulut terlopong. Terpinga-pinga macam orang kena angau. Hati semacam berbunga-bunga. Senyum melebar ke telinga.

Mak Andih pelik kehairanan.

"Kenapa Abang Andir terlopong dan sengeh memanjang je hari ini. Abang Andir nak kawin lain ke? Sampai hati Abang Andir!!!" Mak Andeh cuba mencucuk.

"Tadi, Bentara Perdana Menteri Mongolia datang kat hujung kampung"Ujar Pak Pandir.

"Dia janji nak bagi 4 buah sekolah kat kampung kita ni. Dia janji nak bagi RM 2 Juta untuk buat parit. Tak delah banjir lagi kat tempat kita ni Andeh." Tambah Pak Pandir.

"Ada lagi Mak Andih. Dia kata nak bagi van jenazah untuk Masjid kat hujung kampung tu. Bukan itu saja, dia nak buat tempat wuduk perempuan sekali kat situ."

"Lepas ni, mudahlah Mak Andih nak ambik wuduk. Sume-sume tu RM 100,000 Andeh. Wah!!! Kayalah kita Andeh. Boleh makan sedaplah kita kali ni Andeh!!!"

"Dan tak lupa Andeh, dia kata, dia nak bagi kain pelikat untuk Abang Andir dan kain batik untuk Mak Andeh. Ada kain barulah kita tahun ni Andeh!!!."Kata Pak Pandir lagi dengan sengih memanjang.

Muka Mak Andeh dono sahaja buat tak tahu mendengar celoteh Pak Pandir.

"Kain pelikat Abang Andir yang Bentara bagi 2008 dulu pun dah jadi kain balut nangka kat belakang rumah kita tuh. Yang Andeh punya dah jadi kain buruk" Ujar Mak Andeh.

"Hari-hari pun kita makan ubi gandong saja"

"Abang Andir ni mudah lupalah." Cebik Mak Andih!!!

P/S : Bila tiba saja pilihanraya, janji-janji manis menjadi kosmetik mulut. Mulut-mulut celaka selama ni tiba-tiba jadi manis.

Muka-muka bengis hidung belang selama ini berubah 360 darjah menjadi lembut ayu dipandang. Jelek!!!

Kalau UMNO berjanji, kena berfikir dulu!!!

post signature

SETAHUN HANYA SEKALI

. 02 April 2010
0 comments

Setahun hanya sekali. Tapi, itulah yang maha perit sekali. Bendanya mudah, namun dileceh dan dipayah-payahkan.

Dibintangi oleh mama slow motion dengan kerjanya.
Ditambah pula guard polis yang busy body.
Memang kena meruntun sabar.

Winter trip saya ke Turki hanyalah mimpi.
Hendak ke Aswan lebih-lebih lagi.

Namun setahun hanya sekali.

Esok boleh cuba lagi!!!

Ini visa tahun lepas punya!

post signature

ANAK SEKARANG MUDAH DERHAKA

. 27 Mac 2010
0 comments

Tadi, saya bersembahyang Jumaat di Jami' Nur, Damardash Abbasia. [Lokasi pengambaran Filem Ketika Cinta Bertasbih]. Khutbahnya sangat menyentuh hati. Membicarakan soal berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Setiap detik tanpa mengingati mereka, boleh saja mengundang derhaka. Mengabaikan doa kebaikan kepada mereka, itu tandanya kita lupa.

Berkata 'uuhh' sahaja pun sudah dikira sebagai 'kata laluan' mudah ke neraka. Apatah lagi jika berbuat jahat dan khianat kepada mereka.

Lupa seketika sahaja pun sudah boleh jatuh kepada darjat derhaka...

Bagaimana pula dengan orang seperti di atas???

Anak sekarang memang mudah derhaka...

post signature

CALON KITA

. 24 Mac 2010
2 comments

Seperti yang saya janjikan dalam artikel lepas, saya akan turunkan sedikit maklumat berkaitan calon 'favourite' atau calon pilihan yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum [PRU] PMRAM pada 10 April akan datang.

Ini adalah antara siri-siri kempen menjelang Muktamar Senawi PMRAM tidak lama lagi.

Maklumat terperinci calon adalah seperti berikut :-


BIODATA

Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON

1- Seorang Hafiz Al-Quran 30 Juzu'
2- Bercirikan kepimpinan.
3- Berpewatakkan ceria, murah senyuman dan mesra rakyat.
4- Bersungguh-sungguh dalam kerja dan suka menolong orang.
5- Memiliki skill pengucapan umum yang mengujakan.haha3x
6- Mempunyai sebuah motosikal besar 'hammer'.
(Setiap pagi saya menumpang motosikal beliau ke kelas Syeikh Yusri di Muqattam...wakaka)
7- Tauke broadband
8- Bergiat aktif dalam lapangan HPA Indusri dan berkeupayaan memajukan ekonomi.
9- Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
10- DAN yang paling penting, beliau masih lagi solo membujang walaupun mempunyai peminat yang ramai.

Saya menjamin bahawa anda tidak akan kecewa memilih calon berwibawa ini dan saya berkeyakinan besar bahawa beliau mampu untuk membawa suara kita ke peringkat atasan.

Undi anda penentu masa depan!!!

Selamat memilih...

PENAFIAN:-

Artikel ini tidak menunjukkan sebarang lobi-melobi calon ataupun sebarang usaha untuk mendapatkan projek daripada calon.haha3x

Sekian...

post signature

PILIHANRAYA PMRAM

. 23 Mac 2010
0 comments

Tahun ini, buat julung-julung kalinya bakal menyaksikan pilihanraya umum bagi pemilihan barisan badan pengurus di peringkat pusat, PMRAM.

Yang pertama kali dalam tempoh 15 tahun. Agak sayalah.

PMRAM atau Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah sebuah persatuan pelajar terbesar di Mesir yang menaungi seluruh mahasiswa/wi Malaysia dan juga dari Asia Tenggara.

PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan dikategorikan sebagai badan NGO yang diiktiraf oleh kerajaan Mesir.

Sepastinya bagi sebuah persatuan sebesar ini, meruntun kepada kesinambungan pemimpin yang berkualiti. Maka, proses pemilihan juga bukanlah sembarangan.

Ini adalah satu perkembangan yang baik dalam mencapai proses kematangan. Mahasiswa di Mesir jarang didedahkan dengan pilihanraya atau politik kampus sebagaimana di Malaysia.

Menjelang Muktamar Senawi PMRAM tidak lama lagi, pilihanraya umum PMRAM akan diadakan pada 10 April nanti.

Bagi mahasiswa Mesir, anda sudah boleh berkira-kira memilih calon pilihan anda. Yang pasti, mereka yang mampu membawa suara kita sebagai rakyat marhen ini.

Bagi para calon pula, jika anda ingin bercita-cita untuk menang, anda haruslah mesra rakyat, ceria dan bukannya bermuka masam keras seribu bahasa.

Jangan egois/sombong atau merasa terlalu sedap sangat. Kalau ingin menanglah. Itu nasihat saya.

Dan saya,

Saya akan promosikan calon pilihan saya dalam artikel akan datang.

Tunggu...

TAMBAHAN :-

- Semakan daftar pemilih pilihanraya umum [PRU] PMRAM boleh dibuat pada 28 Mac - 1 April 2010.

post signature

TANYA APA SAJA

. 22 Mac 2010
0 comments

Mungkin saja ada di antara kenalan kita atau bukan kenalan (orang ramai) yang malu untuk mengutarakan persoalan secara bersemuka 'face to face' mengenai sesuatu perkara.

Tidak kiralah dalam soal pelajaran, hukum-hakam agama, kehidupan dan pelbagai genre yang lain.

Malu bertanya sesat jalan.

Atau...

Tak kenal maka tak cinta.

Entry kali ini, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu rangkaian sosial baru yang hanya berformatkan soal jawab antara satu sama lain iaitu Formspring.

Mungkin menarik bagi yang suka dan mungkin bosan bagi yang tak suka. It's up to you...

Bagi yang ingin mengetahui perihal saya atau apa-apa sahaja, bolehlah mengemukakan persoalannya DISINI. Saya akan menjawabnya jika berkesempatan.

Tanyalah apa saja...

Selamat mencuba!!!

post signature

DOSA ITU TAK DIKENALI MEREKA

. 21 Mac 2010
0 comments

Burung dan kucing menggeleng kepala. “Itu semut telah melata ke seluruh badan si kecil anak manusia,” kata mereka.

“Mujurlah, dosa pahala tak dikirakan ke atas kita,” kata burung.

“Aku tidak boleh bayangkan, api yang manakah paling panas untuk ibubapa anak ini,” balas kucing.

“Manusia tu, kalau sudah tidak mahu berfikir dan berperasaan, sedekahkan sahaja akal tu kepada kita,” kata burung lagi,

“Betul…betul..betul..” balas kucing pula.

Sumber DISINI

post signature

FILEM KITA BURUK

. 20 Mac 2010
0 comments

Negara ini sudah mengangkat 10 sasterawan ke tahap tertinggi sebagai Sasterawan Negara. Mereka ternyata telah menghasilkan karya-karya sastera sama ada puisi, cerpen atau novel yang membawa pemikiran besar bangsanya.

Di mana karya-karya besar mereka tersimpan? Siapa pula yang memanfaatkan pemikiran-pemikiran tentang bangsa dalam karya-karya itu dalam kehidupan pada zaman yang serba moden ini?

Kita boleh berbangga memiliki Sasterawan Negara Usman Awang misalnya yang banyak meniupkan kritikan sosial menerusi puisi-puisinya, begitu juga Sasterawan Negara A. Samad Said yang menghasilkan beberapa novel termasuk Hujan Pagi.

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengungkapkan kemanusiaan dan kemiskinan zaman kanak-kanak dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Begitu juga Sasterawan Negara ke-10 Anwar Ridhuan yang menghasilkan Naratif Oghonsoto. Semua ini karya-karya sastera yang besar dengan pemikiran hebat. Ini belum lagi sasterawan-sasterawan lain yang banyak menyumbangkan pemikiran dalam kesusasteraan.

Kehebatan kesusasteraan kita seharusnya menjadi alat untuk mengubah pemikiran kecil rakyat kepada pemikiran yang besar dan hebat. Sastera perlu dihidupkan oleh semua orang pada semua zaman dan semua keadaan.

Bangsa-bangsa yang dianggap hebat dan besar di dunia bukanlah semata-mata kerana penguasaan teknologi. Mereka hebat kerana akar tradisi dan kesusasteraan sentiasa hidup dalam kehidupan seharian.

Kehebatan karya-karya sastera kelihatan tidak seimbang dengan rendah dan kecilnya pemikiran dalam arena perfileman tempatan.

Dengan sekian banyak filem-filem buruk yang berlegar di pawagam ketika ini, adakah mereka tidak memanfaatkan pemikiran dalam kesusasteraan atau sememangnya sastera dan filem tidak boleh diselarikan? Maaf cakap, filem-filem kita secara umumnya sangat buruk.

Antara filem-filem 'buruk' dan 'bodoh' yang tiada nilai.

Maksud buruk di sini kalau dibandingkan dengan sebahagian besar karya-karya yang dihasilkan dalam arena sastera. Terlalu jauh kalau hendak dibandingkan dengan karya Sasterawan Negara, tetapi karya penulis biasa pun tidak mampu ditanding oleh filem tempatan.

Seharusnya kesusasteraan yang hebat menyumbang kepada karya filem yang juga hebat. Ini disebabkan pembikin filem tidak akan mengaku sebagai pembikin filem kalau tidak mengkhatami sekian banyak karya sastera bangsanya, sebelum melangkah sastera antarabangsa.

Berapa orang pengarah filem terutama yang membuat filem popular membaca karya Sasterawan Negara? Kalau mereka mengutip pemikiran besar dalam karya-karya sastera yang hebat, mereka tentu tidak tergamak menghasilkan filem-filem yang seburuk kita saksikan di pawagam.

Kesusasteraan itu dalamnya sarat dengan pemikiran bangsa. Maka kalau kita menjauhkan diri dengan kesusasteraan, kita juga menjauhkan diri dengan jendela yang membawa kita mengenali bangsa sendiri. Akibat tidak kenal bangsa, jadilah seperti sekarang.

Mungkin ada kalangan pembikin filem kita yang belum tahu bahawa Stanley Kubrick mencipta imej-imej visual luar biasa dalam filem 2001-Space Oddysey kerana dia menyelami karya-karya fiksyen Arthur C. Clarke. Begitu juga dengan kelahiran filem fiksyen sains Star Wars oleh George Lucas.

Karya-karya sains fiksyen Lucas banyak dipengaruhi oleh karya-karya sastera bercorak fiksyen sains yang dibacanya. Star Wars dan beberapa filem selepas itu memang dianggap filem berteknologi tinggi. Tetapi apalah maknanya teknologi kalau tidak dimanfaatkan secara betul. Sasteralah yang menjadikan Lucas begitu imaginatif, suatu yang semacam tidak berlaku kepada pembikin-pembikin filem kita.

Karya bodoh yang membazir

Malah karya-karya fiksyen sains seperti yang dihasilkan oleh penulis seperti William Gibson banyak membentuk filem-filem fiksyen sains yang hebat. Teknologi tidak akan membawa filem kita ke mana-mana kalau daya imaginatif tidak berakar umbi daripada teras pemikiran bangsa.

Teknologi boleh dibeli tetapi pemikiran sesuatu bangsa hanya ada dalam karya-karya sastera. Kalau ada pembikin filem menjaja teknologi tetapi tidak kenal sastera Melayu, pemikiran Melayu, karya filemnya hanya besar bagai belon. Kosong.

Pembikin filem kita sewajarnya jangan bodoh sombong menolak sastera atau tidak mendampingi sastera. Mereka perlu melihat bagaimana imaginasi novelis J.R.R. Tolkiens dalam novel klasik Lord of the Rings. Pengarah filem Lord of The Ring, Peter Jackson menjadikan novel itu sebagai inspirasi kemudian menzahirkan imaginasi kepada visual menerusi teknologi imej penjanaan komputer (CGI).

Negara-negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lainnya, di sebalik kemajuan mereka adalah memanfaatkan karya-karya seni dan sastera. Negara-negara ini kalau kita telusuri lebih jauh sebenarnya mempunyai akan tradisi dan kesusasteraan yang cukup kuat.

Maka tidak hairanlah kalau pengkritik teori Marxist tersohor, Christopher Claudwell percaya seni dan sastera mempunyai pengaruh yang kuat terhadap ekonomi sekalipun bukan produk ekonomi.

Karya buruk yang menghina

Suatu yang nyata sekarang adalah dunia perfileman kita gagal mengangkat kekuatan imaginasi dan kreativiti karya sastera tempatan. Ini kerana kita mempunyai karya-karya sastera yang hebat tetapi pada masa yang sama kita juga menjadi pengeluar filem-filem "Melayu" yang buruk dan tidak menggambarkan pemikiran bangsanya.

Adakah semua ini berlaku menunjukkan kegiatan kesusasteraan tidak cukup digerakkan untuk sampai kepada pembikin- pembikin filem? Mereka tidak perlu mengadaptasi karya sastera tetapi berfikiran hebat macam sasterawan.

Kalau ada inisiatif untuk mengadaptasi memang suatu yang sangat bagus seperti yang dilakukan oleh U-Wei Haji Saari menerusi filem Jogho dari novel Juara karya Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Kini U-Wei dalam pembikinan filem Hanyut adaptasi novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad.

Filem buruk yang merosakkan minda

Lihatlah, ketika pembikin filem kita sibuk dengan filem-filem tentang mat rempit, pembikin-pembikin filem di Indonesia tidak terputus dengan ikatan pemikiran dalam kesusasteraan.

Filem Ada Apa Dengan Cinta misalnya membawa kembali generasi baru mendekati sastera dan mengenali sasterawan besar Chairil Anwar.

Pembikin filem Indonesia juga mengadaptasi novel Laskar Pelangi. Pembikin filem kita tidak habis-habis dengan "idealisme sempit" mat rempit mereka.

Sepatutnya mereka perlu merasa malu sebelum dimalukan.

(Utusan Malaysia 7 Mac 2010)

post signature

ORANG BUTA

. 19 Mac 2010
2 comments

Seorang budak duduk di tepi tangga pada sebuah bangunan. Bersamanya ada sebuah topi yang diletakkan berhampiran dengan kakinya.

Dia mengeluarkan sekeping papan tanda yang tertulis “Tolong saya.Saya orang buta”. Terdapat beberapa keping duit syiling di dalam topi di hadapannya.Beberapa minit kemudian, seorang lelaki dewasa berjalan menghala ke arah budak tersebut. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping duit syiling lalu dimasukkan ke dalam topi budak itu.

Selepas itu, lelaki tadi mengambil papan tanda dan membalikkannya. Kemudian beliau menulis sesuatu.

Selepas selesai menulis, dia meletakkan kembali papan tanda tersebut di tempat asal supaya orang yang lalu-lalang di kawasan itu dapat membaca apa yang ditulisnya.

Beberapa jam kemudian, lelaki dewasa tadi kembali ke tempat budak buta.

Topi yang tadinya kosong telah dipenuhi dengan wang. Budak buta itu mengecam bunyi tapak kasut lelaki yang menulis pada papan tandanya tadi. Lalu beliau bertanya,

“Adakah tuan yang menulis pada papan tanda saya pagi tadi..???

Apa yang tuan tulis??”
Lelaki itu menjawab, “Saya tulis apa yang kamu ingin maksudkan tapi dalam bentuk yang berbeza…

"Hari ini hari yang sangat indah tapi saya tidak dapat melihatnya”

P/S : Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Ingat!!! Hari ini hari yang Indah...lalala

post signature

USRAH ITU TEMPAT BELAJAR

. 15 Mac 2010
5 comments

Ini mungkin saja gambar lama. Gambar dahulu kala. Cerita pun mungkin saja cerita lama yang dah basi dimamah usia gamaknya. Saya terjumpa gambar ini entah dimana.

Arakian, kehidupan saya lebih banyak 'terbelajar' daripada aktiviti-aktiviti luar dan juga daripada perjalanan pengalaman yang ada. Memang benar bagai dikata, pengalaman adalah sekolah hidup.

USRAH

Saya mula berusrah semenjak di tingkatan satu. Sejujurnya, saya dahulu bukanlah dari jenis orang baik-baik yang suka berjinak dengan usrah.

Gambar di bawah ini adalah kenangan pertemuan terakhir usrah saya bersama dengan ahli usrah sebelum saya keluar meninggalkan mereka.

Ust Amiruddin sekarang sudah jadi Presiden PERMATA Jordan.

Ust Kamal di zaman muda beliau...haha3x

Hakim, Bukhari a.k.a kain pelikat dan Syuk

Naseh Ulwan, Amin dan Hammad

Syuk yang cute, Zahani dan Muiz

Abaikanlah muka poyo saya di zaman kebudakan ini...wakaka

Amir, Afnan dan Khairuddin

Model kedai seramik...haha3x (Amir)

No komen...

Beberapa zaman berlalu...

Sekarang, mereka sudah menjadi orang-orang yang hebat dan berjiwa besar. Sudah lali berceramah disana-sini dan sudah berjawatan itu dan ini.

Cuma saya sahaja yang masih ditakuk lama.

USRAH LAGI

Bermula sejak dua minggu yang lalu, saya diamanahkan untuk menjadi naqib (Fasilitator) usrah kepada pelajar perubatan pula.

Segan.

Mereka adalah pelajar-pelajar yang hebat. Semua mereka adalah dari kalangan cerdik pandai yang cemerlang dalam SPM. Lahir daripada sekolah-sekolah berasrama penuh dan MRSM yang ada intergriti karisma tersendiri. Sangat jauh jika hendak dibandingkan dengan saya.

Memang ia satu cabaran yang besar.

Walaubagaimanapun, kalau sudah terjun di laut berombak, kena berenang sampai ke seberang juga...

Kerana sesungguhnya, usrah itu adalah tempat belajar...

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter