HAMM DAN HAZAN

. 12 Mei 2011
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya berasa Hamm sejak kebelakangan ini.

Sesak dada rasanya.

Hamm kepada dunia.

Hamm juga kepada akhirat.

Tak kurang juga rasa Hazan.

Tidak kira sama ada perasaan Hamm ataupun Hazan, kedua-dua situasi ini mengambarkan jiwa dan hati manusia yang tidak tenang. Ini perkara lumrah kehidupan untuk menguji tahap keimanan dan sifat ihsan dalam diri manusia.

Namun begitu, Muslim Super akan dapat mencari jalan keluar serta penyelesaian terbaik untuk mewujudkan ketenangan dan suasana bahagia dalam jiwa.

Dengan memahami apa itu Hamm dan Hazan, maka perkara ini akan dapat diatasi dengan sewajarnya.

APA ITU HAMM DAN HAZAN
Doa mathurat ini ada mengambarkan makna Hamm dan Hazan.

Dengan pengertian yang mudah, Hamm bermaksud gelisah. Manakala Hazan pula bermaksud sedih atau duka.

Dengan kata lain, doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ini bukan semata-mata untuk mengelakkan rasa sedih atau rasa berduka, tetapi juga untuk membuang rasa gelisah dan gundah di dalam hati.

APA BEZA HAMM DAN HAZAN

Ulama Muda Eropah, Sheikh Hamza Yusuf ada mengungkaikan berkaitan dengan doa ini. Menurut beliau, Hamm adalah kebimbangan atau kegelisahan manusia tentang perkara-perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.

Perkara yang tidak pasti lagi akan kesudahannya. Bimbang kalau jadi begitu dan kalau jadi begini.

Sementara Hazan pula adalah kesedihan terhadap perkara-perkara yang sudah pun berlaku pada masa-masa terdahulu.

Maka doa mathurat ini mengajar kita supaya memohon perlindungan daripada Allah Taala dalam perkara-perkara terdahulu dan dalam menghadapi perkara-perkara yang akan datang.

Perkara-perkara Hamm dan Hazan boleh saja berlaku dalam pelbagai situasi dan kondisi kehidupan kita. Antara contoh yang biasa dirasai :-

HAMM
- Takut gagal dalam kehidupan.
- Takut gagal dalam peperiksaan. Tak dapat Pointer tinggi di Universiti. Tak dapat 20 A1 dalam SPM.
- Risau tak cukup duit untuk perbelanjaan. Sara hidup anak isteri.
- Risau orang yang tersayang hilang.
- Risau tak bertemu jodoh lagi, sedang umur makin meningkat.
- Bimbang keselamatan anak yang bermusafir jauh.

HAZAN
- Sedih kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Kalau belajar bersungguh-sungguh, pasti ada peluang untuk BA Honest dan 20 A1 untuk SPM.
- Sedih mengenangkan ayah dan ibu yang telah pergi mengadap ilahi tanpa sempat membalas jasa mereka.
- Sedih apabila rumahtangga retak dan bercerai berai. Isteri pula curang dengan lelaki lain yang ada kereta mewah dan rumah besar. Sedang kita hanya punya motor kapcai Honda bulat.

Dengan memahami maksud Hamm dan Hazan serta gambaran situasi kedua-dua perasaan ini, maka kita akan dapat menyelesaikan perasaan bungkam ini mengikut pendekatan yang berbeza mengikut kedua-dua kondisi ini.

HAZAN

Dalam kes Hazan, apa yang boleh kita lakukan apabila tiba-tiba berasa sedih, sebagai contoh kerana kita telah mensia-siakan Bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang sebelumnya?

Kita tidak boleh buat apa-apa untuk membetulkan segala kesilapan dan peristiwa yang telah pun berlalu. Kita tidak punya mesin masa untuk kembali ke zaman silam.

Maka, salah satu cara bagi menyelesaikan kecelaruan hati disebabkan rasa Hazan, adalah dengan mengakui kesalahan, kesilapan, atau mungkin juga dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Jika perlu meminta maaf kepada seseorang, maka pergilah. Jika taubat kepada Allah adalah jalan yang terbaik, maka pintu rahmat-Nya sentiasa terbuka luas selagi Kiamat belum tiba.

Tidak guna sentiasa bersedih di atas apa yang telah berlaku.

Jangan racuni hati kita.

HAMM

Hamm menjadikan seseorang itu gelisah tentang perkara-perkara yang masih belum berlaku lagi di masa hadapan. Jadi, apa yang anda boleh buat?

Seperti mana juga dalam kes hazan, kita tidak punya mesin masa untuk pergi meninjau ke masa hadapan bagi melihat apakah yang akan terjadi atau pun tidak segala kerisauan-kerisauan kita itu.

Satu-satunya cara yang boleh kita buat adalah dengan berdoa kepada Allah, di samping berusaha untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.

Doa yang terdapat di bahagian awal artikel ini adalah salah satu doa yang baik untuk diamalkan.

Manusia risau pada hal-hal yang bersifat relatif seperti soal rezeki, jodoh dan kehidupan.

Tetapi jarang-jarang risau yang kita mungkin akan mati esok hari. Semua manusia dijamin mati.
Maka risaulah banyak-banyak tentang kematian.

Soal rezeki pula, kadang-kadang dengan berusaha sikit, Allah bagi kita banyak. Kadang-kadang usaha banyak, makin banyak pula hutang di keliling pinggang.

Jodoh pula, kadang-kadang sudah kahwin pun boleh berlaku masalah hingga bercerai-berai.

Maka ini semua perkara-perkara yang tidak tentu lagi hala tujunya. Kurangkan kerisauan dalam perkara-perkara seperti ini.

Oleh yang demikian, analisa hati kita. Ketahui status jiwa kita samaada sedang hamm atau hazan, maka ini akan lebih memudahkan proses bagi mendatangkan semula ketenangan di dalam hati.

Apa pun, jangan sekali-kali menafikan rasa hamm dan hazan yang datang di dalam hati. Rasa hamm dan hazan ini akan sentiasa datang dalam hati kita selagi ia tidak diubati.

Maka sebaik-baik ubat adalah dengan kembali kepada Allah kerana Dialah yang menciptakan hati kita ini.

post signature

2 comments:

fahmi berkata...

Alhamdulillah, menarik.. cuma ada sedikit pembetulan.. Syaikh Hamza Yusuf bukan lagi ulama muda.. kini beliau sudah berusia +-50 tahun..

atau.. anda tulis artikel ni 20 tahun yg lepas?

TENGKU KHAIRUL IDHAM berkata...

Owh ya... Tersilap...

Tapi Syeikh Hamza Yusuf nampak awet muda...haha

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter