CINTA SEMPURNA

. 17 Oktober 2009
0 comments

Saya beranggapan drama bersiri 'Cinta Sempurna' ini ada nilai yang positif serta bermanfaat buat golongan pendakwah. Drama yang bersiaran sepanjang Ramadhan lalu ini sempat saya hayati sehingga tamat 20 episod semalam.

Drama ini cuba mengambarkan ketenatan aqidah anak-anak muda sekarang yang terpengaruh dengan budaya barat yang dilihat lebih bebas berbanding budaya dan pengamalan Islam yang lebih mengongkong jiwa anak-anak muda. Pelbagai persoalan yang cuba melanggar kelogikan akal juga turut dipersoalkan.

Cuma, apa yang terlebih utama adalah bagaimana cara pelaksanaan atau metod dakwah yang harus dilaksanakan agar Islam dan para 'Ustaz-Ustazah' ini tidak dilihat jumud, kolot, dan segala sekalian sifat negatif yang lain. Pencerahan ini perlu untuk imej murni seorang Ustaz dan Ustazah.

Sebagai seorang pendakwah, anda harus menonton drama ini.

P/S : Sesiapa yang ingin 'mendownload' dengan mudah drama ini, sila datang ke bilik saya bersama pendrive anda. Dan jangan lupa bawa bersama firoh maswyi atau syibsyi juga...kui3x

post signature

DOA SEORANG TEMAN

. 13 Oktober 2009
1 comments

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua orang lelaki sahaja yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Keesokan harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan isteri. Keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tempat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki kedua tetap saja tidak ada apa-apa.Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban sebelumnya, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta sebuah kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersiap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau tersebut.

Menurutnya, lelaki kedua itu tidak layak menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah dikabulkan.Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai fulan, kenapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tidak satupun dikabulkan. Maka ia tidak layak mendapatkan apa-apa,”

“Kau salah!” suara itu bertempik.

“Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan kesemua doanya dikabulkan. Bila doanya tidak dikabulkan, maka kau takkan mendapatkan apa-apa pon.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang budi atas semua ini kepadanya?”

“Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

P/S : Kesombongan apakah yang membuatkan kita merasa lebih baik daripada orang lain???
Ramai sudah orang yang telah mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain dan janganlah menilai sesuatu hanya dari kacamata “yang terlihat” sahaja.

Ingat, Jangan Egois!!!

post signature

"WHAT GOES AROUND COMES AROUND"

. 12 Oktober 2009
0 comments

Kita selalu mengharapkan supaya orang lain memahami kita, tetapi kita tidak pernah cuba untuk memahami orang lain...

Kita selalu menganggap orang lain perlu tahu treshold kemarahan kita, tetapi kita tidak pernah ambil kisah apa treshold kemarahan orang lain..

Kita selalu menyangkakan bahawa orang lain tahu pantang larang kita, tetapi kita jarang sekali berhati-hati supaya tak buat pantang larang orang lain...

Kita rasa bangga apabila marah orang waktu kita bad mood. Padan muka dia sebab "siapa suruh kacau aku masa aku tengah bad mood..kan dah kena.." Tapi kita tak pernah kaji bila masanya kawan kita sedang bad mood.. Kita kacau orang tak kira masa.. Dengan harapan dia sentiasa dalam good mood...

Kita rasa suka apabila musuh kita dimusuhi banyak musuh, tapi tak pernah muhasabah kenapa kita ada musuh in the first place...

Kita keluarkan kata-kata pedas kepada orang lain, dengan harapan orang lain tak merasa apa-apa, tapi melenting apabila orang lain bercakap sesuatu kepada kita apa yang kita tak suka..

Tetapi kita juga selalu lupa yang 'what goes around comes around'...

Inilah dia 'The Golden Rule'...

post signature

SEKITAR MAT 09'

. 10 Oktober 2009
0 comments

Backdrop Mesyuarat Agung Tahunan

Memulakan persidangan. Ada yang ganjil disini. Hanya saya sahaja yang memakai songkok...wakaka

Berucap sykitt...huhu

Beliau bercakap lagi bagi mencadangkan usul pindaan perlembagaan...haha3x

Letih berucap, minum airlah plop!!!

Hanya saya sahaja yang pakai songkok. Sinis-sinis Pengarah MAT mengatakan saya ni penyokong tegar Anwar Ibrahim. Ada juga wakil PKR dalam KPT...haha3x

Mendengar perbahasan perwakilan

Mendengar dengan teliti komentar ahli. Ceewahh!!!

Barisan AJKT KPT bagi sesi ini

Bergambar kenangan bersama ad-hoc MAT

Ini huruf 'W' ye murid-murid sekalian...haha3x

Saya berasa 'puas' dengan penghasilan banner ini walaupun on the spot buat sehari sebelum MAT

post signature

BERFIKIRAN RASIONAL & PROFESIONAL

. 06 Oktober 2009
0 comments

Penerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.

Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal "berterima kasih" - seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya - hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.

"Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita," kata ahli parlimen PAS itu.

Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.

"Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara," kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.

"Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik," katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu.

Khalid, ahli parlimen Shah Alam, berkata penerima biasiswa kerajaan yang kemudiannya menjadi penyokong dan pemimpin pembangkang dulu tidak dipandang serong, tidak seperti yang berlaku pada hari ini.

BOLEH TERIMA BIASISWA

Dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang, isu "berterima kasih" juga dilihat sering digunakan pemimpin BN dalam ceramah-ceramah untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

"Saya tidak melihat apa-apa percanggahan dan saya rasa pada masa itu, pemimpin-pemimpin pada masa itu ada pemahaman seperti ini.

"Hanya apabila mereka menjadi terdesak dan mereka sendiri tahu bahawa mereka (bukan seorang pemimpin) yang baik untuk negara ini, barulah mereka menggunakan hujah seperti ini.

Tambahnya lagi, seseorang yang mengambil pendirian berbeza juga diterima, malah dihormati ketika era kepimpinan perdana menteri kedua dan ketiga, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

"Pada masa itu, anda boleh menerima biasiswa dan kemudian buatlah apa yang anda fikir baik untuk negara. Mereka akan cuba yakinkan anda bahawa mereka melakukan khidmat yang baik untuk negara, tetapi jika anda tidak bersetuju, pendapat itu diterima, malah juga dihormati pada tahap tertentu," katanya, menceritakan pengalamannya ketika mula bergiat dalam gelanggang politik nasional.

"Ketika saya balik (daripada melanjutkan pelajaran pada 1979), saya melapor diri untuk bertugas dan diberikan pilihan sama ada untuk menyertai Petronas atau Sirim, kedua-duanya baru ditubuhkan pada masa itu.

BERTANDING PILIHANRAYA

"Saya memilih untuk menyertai Petronas kerana mereka lebih (terlibat) dalam minyak dan gas. Tetapi saya tidak pernah ditanya mengenai penglibatan saya dalam PAS ketika saya di Petronas.

"Pada masa itu, saya telah memegang jawatan seperti ahli jawatankuasa pusat untuk sayap Pemuda PAS sejak 1983," tambahnya.

Jelasnya lagi, beliau hanya meletak jawatan daripada syarikat berkaitan kerajaan itu pada 1986 kerana ingin bertanding kerusi parlimen Kuala Krai dalam pilihan raya umum pada tahun berkenaan.

"Pegawa-pegawai Petronas memberitahu saya bahawa tidak ada sebab-sebab yang memerlukan saya untuk letak jawatan.

"Tetapi saya rasa saya tidak mahu memalukan pengurusan Petronas untuk menghadapi situasi di mana saya bertanding sebagai calon pembangkang dan saya rasa tidak adil untuk mereka, jadi saya letak jawatan pada 1986 dan bertanding," kata Khalid.

Jelasnya lagi, beliau tidak pernah disoal siasat oleh mana-mana pegawai Petronas mengenai penglibatannya bersama parti Islam sebelum itu.

"Jadi tidak ada sesiapa yang siasat atau persoal etika mengenai penglibatan saya sebelum itu, dan saya rasa ramai yang terkejut mengapa saya sanggup tinggalkan Petronas, tetapi mereka hormati keputusan saya untuk berbuat demikian," tambahnya.

P/S : Mahasiswa kita terlalu ditekan. Apa pendapat anda mengenai keratan akhbar ini???

post signature

TEMAN LAMA

. 03 Oktober 2009
2 comments

Sejak menyertai rangkaian Facebook, saya menemukan ramai teman-teman lama. Teman-teman yang selama ini terputus hubungan dan menyepi sekian lama.

Dapat menjejaki teman-teman sekolah rendah dulu-dulu adalah yang paling menarik. Zaman sekolah rendah adalah zaman suka duka paling best dan paling gembira dalam perjalanan hidup saya.

Batch kami waktu itu amat rapat dan sering bersama tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang pembuli dan ada yang dibuli.haha3x

Memang betul kata-kata ini. "The only thing constant is Change".

Banyak betul yang berubah. Ada yang semakin hensem. Ada yang semakin comel. Semuanya sudah menampakkan kematangan masing-masing.

Walaupun nampak sedikit sosial, perkara itu bukan penghalang dan ianya boleh diubah.

Antara kami, ada yang ke Australia, India dan Indonesia. Hanya saya dan jiran sebelah rumah je yang ke Timur Tengah. Rasa segan pula berimejkan ustaz nih...huhu

Misi kami adalah pada 2015. Ini misi cadangan Cik Iemn. Adakah ia akan berjaya???

Tunggu je laa...

post signature

SONGKOK

.
4 comments

Saya sedikit musykil dengan persepsi sinis sebahagian golongan ustaz-ustaz yang terlalu keras dan syadid terhadap pemakaian songkok.

Bagi mereka, seolah-olah selain daripada pemakaian sunnah adalah sekular.

Saya rasa, mereka-mereka ini harus membaca dan mengkaji sejarah supaya kenal pucuk pangkal. Jangan menghukum dalam keadaan anda buta dan jahil asal usulnya.

P/S : Pelik!!! Ada juga yang menghina busana bangsa sendiri... Aduh!!!

post signature

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

.
0 comments

Saya berharap saya tidak berpeluh menjawab persoalan dalam Mesyuarat Agung nanti...huhu

post signature

DIARI PEMIMPIN

. 29 September 2009
1 comments

Saya suka membaca catatan perjalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir setiap hari saya membuka web beliau untuk membaca catatan terbaru. Bagi saya, web beliau bukan sekadar web politik sahaja malah web ilmiah juga.

Saya mengagumi beliau sebagai seorang tokoh masyarakat dan juga tokoh pidato. Perjalanan hidup beliau menarik. Langkah menarik itu saya mula ikuti apabila beliau menjadi pimpinan mahasiswa Universiti Malaya.

Web beliau bukan semata-mata berbicara soal politik kepartian. Catatan perjalanan beliau amat menarik kerana ia meliputi semua perkara yang membabitkan soal ekonomi, sosial dan kemasyarakatan yang bersifat global.Sebenarnya, saya sudah mengagumi Datuk Seri semenjak beliau masih dalam UMNO lagi. Waktu itu saya terfikir. UMNO tidak akan mampu diganggu gugat pembangkang selagimana Anwar masih menakhodai dan berada dalam sampan keris itu.

Namun, apabila beliau sudah keluar daripada 'mangkuk tandas' yang kotor itu, saya amat bersyukur dan bertambah gembira. Selepas pada itu, saya menghadiri ceramah Anwar Ibrahim tanpa ada sangsi lagi...haha3x

Sikap optimis beliau terhadap buku dan pembacaan, itu yang amat saya kagumi. Ini point utama saya sebenarnya dalam tulisan kali ini.huhu... Jarang-jarang ketemuan pemimpin yang berkesempatan membaca buku apabila menjadi pemimpin. Tetapi Datuk Seri tidak. Dalam setiap perjalanan, beliau menghadami buku. Saya dengar cerita, dalam tandas rumah beliau pon masih terdapat perpustakaan mini didalamnya. Nampak macam melampau... Tetapi tidak.

Sikap positif dan optimis ini harus dicontohi oleh kita semua para mahasiswa... Ingat!!! Kita agen pengubah negara. Berilah 'harapan baru untuk Malaysia'...

P/S : Jangan kata saya sokong PKR pula...huhu...

post signature

THE END IS NEAR

. 26 September 2009
1 comments

Filem 2012 bakal muncul di pawagan tidak lama lagi. Sangat tepat pada masanya apabila Hollywood menyedari kebimbangan manusia terhadap kehancuran dunia untuk dijadikan filem. Malah untuk menarik pembeli tiket dan penonton juga.

Menjelang tahun 2012, perbincangan tentang akhir hayat masa alam ini mula banyak diwacanakan di mana-mana. Dalam banyak perbincangan, ia lebih menjadi isu sensasi berbanding perbincangan eskatologi.

Eskatologi atau kajian mengenai akhir zaman menjadi salah satu bahagian penting agama-agama samawi. Ia juga menjadi satu perkara besar yang menjadikan pengikut Syiah dan Sunni berbeza pendapat dan pendekatan.

Ini kerana eskatologi lebih dipentingkan dalam aliran Syiah berbanding Sunni. 12 Imam misalnya (Imam Mahdi salah seorang daripadanya), ialah satu faktor yang menjadi bahagian penting eskatologi bagi pengikut Syiah.

Dalam kalangan Sunni, eskatologi agak tidak dipentingkan dan jarang sekali mencetuskan perbincangan yang hangat, walaupun Hari Kiamat menjadi salah satu rukun iman bagi aliran Sunni.

Seperti juga dalam ajaran Kristian. Sokongan kuat kelompok Kristian tertentu kepada Zionis di Israel didasarkan juga pada eskatologi.

Dalam pasaran buku bahasa Melayu pada masa kini, satu tajuk dalam eskatologi menjadi perhatian ramai, iaitu Yakjuj dan Makjuj dan Zulkarnain.

Aspek ini dijangka akan menarik perhatian lebih ramai, memandangkan budaya popular juga telah menjadikannya satu isu untuk menarik orang ramai.

post signature

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter