DIARI PEMIMPIN

. 29 September 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Saya suka membaca catatan perjalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir setiap hari saya membuka web beliau untuk membaca catatan terbaru. Bagi saya, web beliau bukan sekadar web politik sahaja malah web ilmiah juga.

Saya mengagumi beliau sebagai seorang tokoh masyarakat dan juga tokoh pidato. Perjalanan hidup beliau menarik. Langkah menarik itu saya mula ikuti apabila beliau menjadi pimpinan mahasiswa Universiti Malaya.

Web beliau bukan semata-mata berbicara soal politik kepartian. Catatan perjalanan beliau amat menarik kerana ia meliputi semua perkara yang membabitkan soal ekonomi, sosial dan kemasyarakatan yang bersifat global.Sebenarnya, saya sudah mengagumi Datuk Seri semenjak beliau masih dalam UMNO lagi. Waktu itu saya terfikir. UMNO tidak akan mampu diganggu gugat pembangkang selagimana Anwar masih menakhodai dan berada dalam sampan keris itu.

Namun, apabila beliau sudah keluar daripada 'mangkuk tandas' yang kotor itu, saya amat bersyukur dan bertambah gembira. Selepas pada itu, saya menghadiri ceramah Anwar Ibrahim tanpa ada sangsi lagi...haha3x

Sikap optimis beliau terhadap buku dan pembacaan, itu yang amat saya kagumi. Ini point utama saya sebenarnya dalam tulisan kali ini.huhu... Jarang-jarang ketemuan pemimpin yang berkesempatan membaca buku apabila menjadi pemimpin. Tetapi Datuk Seri tidak. Dalam setiap perjalanan, beliau menghadami buku. Saya dengar cerita, dalam tandas rumah beliau pon masih terdapat perpustakaan mini didalamnya. Nampak macam melampau... Tetapi tidak.

Sikap positif dan optimis ini harus dicontohi oleh kita semua para mahasiswa... Ingat!!! Kita agen pengubah negara. Berilah 'harapan baru untuk Malaysia'...

P/S : Jangan kata saya sokong PKR pula...huhu...

post signature

1 comments:

wwwibnuazzam.blogspot.com berkata...

setakat ini sy nampak anwar sebagai seorang yg hebat..beliau hanya seorang idealis bkn seorang yg kuat kerja seperti Mahathir.. nak kata pemimpim Islam? ohhh jauh sekali n saudara boleh lihat laman web sister in islam ...n awak leh tgk parti PRK dlm organisasi SIS

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter