Musim haji sudah tiba. Alhamdulillah, Mak dan Abah saya adalah orang yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Mereka akan berlepas ke Tanah Suci pada 3 November ini melalui penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah. Ini adalah kumpulan kedua terakhir yang akan berlepas ke sana...
Saya gembira dan syukur.
Keseronokan dan ketenangan sewaktu berada di sana, sukar untuk saya gambarkan. Sewaktu saya menunaikan umrah pada bulan lepas, saya juga bercadang untuk terus stay disana menunggu sehingga ke bulan haji. Namun, terpaksa dibatalkan juga atas sebab masalah visa serta travel yang bermasalah...
Anakanda mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Mak dan Abah. Anakanda mendoakan juga agar Mak dan Abah akan mendapat haji yang mabrur. Tiada ganjaran bagi mereka yang mendapatkan haji mabrur kecuali syurga.
Anakanda doakan juga Mak dan Abah selamat pergi dan selamat pulang serta diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah.
Saya tahu, abah selalu buka blog saya ni...huhu
P/S : Sesiapa yang belum pergi, anda harus pergi pada kesempatan anda ada upaya dan tenaga...
3 comments:
idham sponsorla akak pergi...wakaka (gelak gaya idham)
Nampaknya ibu bapa kita satu flight hari ni.mudah-mudahan ibadah haji mereka diterima Allah.
Ana cadangkan semua pelajar yang ade kemampuan supaya berazam untuk membuat umrah atau haji semasa pengajian di sana.Lebih-lebih lagi para pel medic.Ana percaya kamu semua mampu.
p/s:Sorry.tak perasan laman untuk komen ni kuar kat lain.
Azan Subuh> Boleh3x...huhu
Fitrie> Moga2 ibu bapa kita mndapat haji yg mabrur nanti...
Tu satu cadangan yg baik... Tapi tak ramai yg dapat kesedaran ini
Catat Ulasan