ELERGI SEPI...

. 24 April 2008
0 comments


Dari dalam diri........

BUKAN MILIK AKU!!!

. 11 April 2008
1 comments


" Ya Ammu…. "
" Ya Ammu…. "

" Hatti bi genih. Ana ju' awi-awi. Munzu yaumain ana la akul syaiaaan...". Rintih seorang budak baya 8 atau 9 tahun yang sedang menunggani bekya'.

Saya menghulurkan beberapa biji limau yang baru saja saya beli sewaktu balik dari kuliah tadi..

" Syukran ya amm... Semoga Allah merahmati kamu.." Pintas budak itu tatkala menerima pemberian saya...

"Moga doamu terangkat melepasi langit.." Bisik nurani halusku dalam hati.

Bekya' yg kebiasaan terdapat di mesir....

Saya berkeyakinan doa orang beriman yang di dalam kesusahan tidak mempunyai banyak hijab untuk diperkenankan.

Budak tadi serba kekurangan....
Tapi aku, serba kelengkapan.....

BUKAN UNTUK AKU

Sebelum saya bertemu dengan budak tadi, saya terlebih dahulu bertegur sapa dengan sahabat saya yang ingin pergi bertalaqqi di Masjid Azhar. Lantas saya terus menghulurkan beberapa biji limau yang saya beli semasa pulang dari kuliah tadi.

" Moga-moga ilmu yang engkau perolehi turut terbias padaku." Ujar hatiku senyap...

Saya berjalan terus untuk pulang cepat ke Kompleks kediaman memandangkan badan saya terasa terlalu letih dan penat. Hari ini melalui 3 subjek hingga melarat ke waktu asar.

Dalam perjalanan, terdapat seorang peminta sedekah bersama anaknya berada di gigi jalan sedang meminta sesuatu dari orang yang lalu lalang di situ. Mulutnya sentiasa meminta sambil berdoa untuk si pemberi. Saya menghulurkan beberapa biji limau yang masih berbaki untuknya...

Beribu-ribu ucapan terima kasih dan syukur diluahkan oleh peminta sedekah tersebut. Menggambarkan besarnya sesuatu kurniaan yang diberikan walaupun kecil di sisi kita tapi amat besar disisi mereka. Mungkin pada kita, apalah sangat sekadar beberapa biji limau itu.

" Moga rahmatmu sentiasa terlimpah pada hambamu yang engkau kehendaki"
kata-kata itu tersembur dalam hati..

Akhirnya saya sampai ke Kompleks dengan hajat ingin terus merebahkan lena di katil. Menaiki tangga saya bertemu sahabat-sahabat yang ingin ke Husin ( Kawasan masjid dan juga tempat membeli belah ). Saya menghulurkan lagi limau yang masih berbaki di tangan untuk mereka. Kata saya untuk makan sambil jalan-jalan nanti.

Limau itu bukan milik aku......

HIDUP BEREZEKI

Nikmat pengkongsian rezeki...

Rezeki milik ALLAH..........

Allah menentukan rezeki untuk hambanya. Rezeki saya hanyalah 3 biji limau dari 2 kilo limau yang saya beli tadi. Inilah yang dikatakan rezeki itu milik Allah dan bukan milik mutlak makhluk hambanya walaupun hambanya sedang menguasai atau memegang rezeki tersebut. Dengan kata mudah, ini adalah satu pinjaman untuk hambanya sebelum sesuatu rezeki itu kembali kepada ahlinya.

Hattakan rezeki yang sudah berada di tangan atau di mulut kita, ia belum tentu khas untuk kita merasai nikmat rezeki tersebut. Jadi seharusnya kita menyedari hal ini dan tidak merasakan kekuasaan terhadap rezeki atau merasakan rezeki ini "aku yang punya"


Nikmat sekadar ini patut di syukuri...

Berbicara soal rezeki ini sememangnya berkait rapat dengan keimanan dan aqidah kepada Allah serta Qada' dan Qadar Allah. Jangan selalu dipersoalkan tentang rezeki kerana rezeki itu ada untuk setiap makhluknya.....

MURAH REZEKI

Sejauh manakah kita dimurahkan rezeki???

" Idham, jom pergi bawabah (nama tempat). Gi teman jalan-jalan". ujar rakan saya..

" Boleh je.... " balas saya selamba.

Di sana kami makan 'firah' (ayam golek panggang). Wow!!! Rezeki saya murah hari ini kerana sahabat saya belanja saya makan tatkala saya amat lapar setelah sehari tidak makan.

Erti kemurahan rezeki Allah terzahir di sini. Kekadang kita tidak menyedari kemurahan rezeki itu sentiasa bersama kita. Cuma keegoan kita yang hanya bertaraf hamba menutup kecelikkan terhadap kemurahan rezeki Allah. Rezeki tidak hanya meliputi makan minum kita sahaja tapi meliputi semua aspek nikmat dalam kehidupan kita seperti nikmat udara,nikmat kelapangan,nikmat kesihatan dan sebagainya. Ini juga adalah sebahagian nikmat kemurahan rezeki Allah Taala.

Berusaha mencari nikmat ALLAH

Allah Taala juga mengesa manusia supaya berusaha dan bertebaran mencari kemurahan rezeki Allah Taala. Banyak ayat Quran yang menyebutkan hal ini.

"Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". Surah Jumuah 10


Ayat Quran diatas jelas untuk saya menyatakan kaedah mencari kemurahan rezeki Allah Taala:-

1- Lazimi Solat Dhuha
2- Usaha ikhlas dan Redha
3- Sentiasa berdoa & mengingati Allah pd setiap pucuk pangkal
4- Lazimi bersedekah
5- Sentiasa memberi makan pada orang lain.
6- Bermurah hati
7- Selalu menginfakkan harta
8- Tidak sayang pada harta
9- Tidak sombong pada kehebatan dan banyaknya harta
10-Tidak bersendirian/berseorangan merasai nikmat rezeki.


NIKMAT HIDUP PADA MEMBERI

Saya berasa amat bersyukur dikurniakan segala kelengkapan hidup. Amat rintih sayu melihat orang lain yang camping dalam hidupnya....

Aku amat bersyukur padamu Ya Allah......
Jangan hilangkan rasa syukur dalam diri ini...
Moga tidak tergelincir dalam nikmat ini...

Sesungguhnya nikmat ini dituntut untuk dikongsi bersama. Curahkanlah kemanusiaan itu untuk insan di sekeliling kita...

Hayatilah erti sebenar nikmat dan syukur......

Segalanya bukan milik aku tanpa restuMu....

PEPERIKSAAN...??!!

. 30 Mac 2008
2 comments


Aaaarhhhh…. Peperiksaan yang bakal menjengah sekali lagi mengugat ketenangan jiwa saya malah membuatkan saya tidak senang duduk…
Lebih kurang sebulan lagi peperiksaan semester kedua bakal menjenguh saya.
Untuk semester ini, banyak subjek yang 'killer' dan harap-harap ia tidak akan meng'killer'kan diri saya.Tambahan pula peperiksaan kali ini diseliputi dengan musim panas yang amat membahana jiwa.

Persediaan masih 'not completed' sepenuhnya. Tapi peluang keyakinan itu masih berbaki. Masih banyak lagi kitab yang 'terhias cantik belum terusik' .
Quran 2 juzuk pon masih belum mantop….. Macam mana ni???


" Kitab masih belum terusik"


PESAN PADA DIRI

Kehidupan insan sentiasa memerlukan dorongan semangat dan inspirasi yang berterusan agar jiwa tidak lesu dan mati. Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam juga mendapat dorongan dan inspirasi secara langsung dari Allah Subhanahu Taala serta Jibril Alaihi Salam..

" Allah Taala mendidik aku, maka ia memperelokkan adabku "

Tidak hairanlah di sana muncul kekuatan dalam jiwa diri dan akhlak Rasulullah Sallallah Alaihi Wa Sallam. Kekadang jiwa ini merasa lemah dengan kehidupan berujian yang diberi kepada semua manusia. Tapi inspirasi yang diberikan Allah kepada Baginda Sallallah Alaihi Wassalam menjadikan Baginda memiliki kekuatan jiwa melampaui manusia biasa malah berjaya dengan hebat membina kehidupan terarah dan tersusun.


Kehilangan perkara ini kadangkala membawa kepada putus asa. Terfikir juga dalam fikiran saya, perlukah untuk berputus asa??? Sebagaimana saya memikirkan untuk saya kembali pada zaman 'kegemilangan' kanak-kanak saya dahulu. Waktu kanak-kanak@sek rendah adalah waktu yang sentiasa membasahi memori saya.. Tetapi semua itu adalah mustahil untuk dikembalikan....

Walaupun begitu, saya masih cuba untuk merasai zaman itu. Sebelum saya merantau jauh ini, saya sempat mengajar di Sebuah sekolah rendah di Terengganu. Rasanya kenangan itu mengamit kembali. Paling mengharukan adalah pada hari terakhir saya bertugas disitu. Saya merasakan jiwa kanak-kanak itu dekat pada saya. ( dah lari tajuk ni...hi...hi...)

Apa pun keadaan yang membelenggu, saya merasakan putus asa itu tidak perlu wujud dalam kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah Taala. Tambahan pula kita sebagai hamba ilmu sepanjang hayat yang sentiasa memerlukan tambahan ilmu sepanjang kembara dunia ini.

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman".
Surah Ali Imran 139

MOTIVASI SENDIRI


Adakah kenangan indah ini kan berulang???

Namun bekalan usaha itu amat pasti dan perlu. Saya berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah Wa Jamaah dalam soal usaha dan tawakkal ini iaitu " Usaha itu Wajib tapi ia tidak memberi apa-apa bekas/kesan terhadap natijah yang dihasilkan"
Ini mengambarkan semua itu dari Allah tetapi setiap sesuatu yang berlaku mempunyai sebab. Tanpa sebab, mana mungkin sesuatu akan berlaku melainkan qudrat Allah Taala. Buah-buah hikmah guru saya juga masih terngiang-ngiang dalam minda saya iaitu antara kata2nya " Mintalah rahmat dan kasih sayang Allah sebelum kamu meminta sesuatu kejayaan. Kerana rahmat Allah itu lebih besar kepada membawa kejayaan"




RAYUAN DIRI

Ya Allah...
Kembalikan semangat itu...
Hadirkan inspirasi yang menghilang itu...
Tebarkan rahmat-MU kepada sang kembara ilmu...

UNTUK ANDA

Tatkala lembaran peperiksaan yang bakal dibuka tidak lama lagi, saya berpendapat bahawa buah inspirasi dan semangat itu perlu untuk saya bangkit dari kelesuan ini. Justeru itu, saya beranggapan bahawa doa adalah senjata 'terhebat' dalam menempoh saat-saat kegentingan. Saya memohon rakan-rakan blogger saya atau yang membaca blog ini mendoakan ketenangan dan kejayaan saya dalam peperiksaan nanti. Doa-doa kalian amat saya dambakan.... Saya menyakini doa-doa kalian lebih mustajab mungkin dari diri saya yang lemah ini.


Atau mungkin juga dengan doa-doa saudara/ri memungkinkan saya untuk pulang awal ke Malaysia dengan gulungan ijazah berilmu ke tanah air...........


Mohon dengan sangat....



p/s : Artikel ni ditulis tatkala otak tengah 'blank' n 'down mood' semasa study.

KEMENANGAN BA... KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH...

. 09 Mac 2008
1 comments

RESPONSI PRU 12

Umum telah mengetahui tentang kejayaan besar Barisan Alternatif dalam Pilihanraya Umum kali ke-12 ini. Selain dapat menguasai 5 negeri iaitu Kelantan,Kedah,Selangor,Perak dan Pulau Pinang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Barisan Alternatif juga turut menafikan majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia. Ini adalah sejarah terbaik yang dicipta pembangkang sejak 50 tahun merdeka.

Bagi kami 'anak perantauan', turut melahirkan 1001 kesyukuran dan kegembiraan dengan perubahan drastik ini. Namun sedikit terkilan apabila negeri kelahiran saya [ Terengganu ] gagal untuk duduk setaraf dengan negeri yang membawa perubahan 'wajah baru' dalam tapuk kepimpinan negeri.


ISYARAT DARI RAKYAT

Rakyat telah menterjemahkan hasrat dan teguran kepada pemimpin daripada perolehan kerusi semalam. Keputusan semalam amat mengejutkan semua pihak. Ramai pemimpin 'bermasalah' jatuh tersungkuur. Tidak kurang dari 15 Menteri termasuk Ketua Menteri Dan Timbalan Menteri tewas di kawasan masing-masing.Ini mengambarkan ada suatu isyarat 'penting' dari rakyat supaya pemimpin kembali sedar dan bertapak di bumi yang nyata sebagai khalifah yang memikul amanah Allah SWT. Beberapa dasar dan polisi kerajaan tidak berkenan di hati rakyat seperti kenaikkan harga barang yang amat menyulitkan rakyat. Jadi pimpinan yang baru terpilih manjadi wakil rakyat perlu pandai membaca hati dan citarasa rakyat.


KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH



Saidina Umar sentiasa mengingatkan angkatan bala tenteranya di zaman pemerintahan beliau supaya mempersiapkan diri dengan segala kekuatan spirituality,mentally dan keunggulan peribadi tatkala berhadapan dengan musuh. Perkara pertama yang ditekankan adalah prinsip pegangan TAQWA. Taqwa itu bukan slogan malah adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.


“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.
“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
“Pernah saja”, jawab Umar.
“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.
“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.
“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Perlu difikirkan disini, adakah kemenangan kali ini betul2 berpaksikan kepada kekuatan yang ada pada kita atau sekadar menumpang di sebalik kelemahan/kemaksiatan musuh. Saidina Umar beramanat kepada tenteranya supaya jangan sesekali melakukan maksiat dan kefasaddan dalam berhadapan dengan musuh. Kita menang dengan rahmat dan jua pertolongan Allah SWT. Kekuatan umat Islam adalah kebergantungan hambanya pada Allah selain daripada usaha dan strategi yang mampan. Saya berharap kemenangan kali ini adalah betul2 dari kehebatan yang lahir dari usaha yang luar biasa gigihnya dan bukan 'istidraj' dari Allah.

Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam.

Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan.


TUGAS KITA

Menjadi kewajipan kita khususnya yang masih di teratak universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan segala keperluan dari segi ilmu syaqofah,kepimpinan dan entiti akhlak yang tinggi. Ini bagi meneruskan kelangsungngan perjuangan ini. Persiapkan diri kita untuk menhadapi medan yang akan datang.... Jangan terlalu taksub atau terlalu semangat 'gaban' dalam meraikan kemenangan ini....

Kita adalah proksi dan agen benih yaang akn dituntas pada masa hadapan

Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul.

Sabda Nabi :-

إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ
Ertinya : "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka inagt, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)


A NEW DAWN FOR MALAYSIA



Seharusnya kita bersyukur dengan kemenangan ini....

Semoga selepas ini kita akan dapat melihat Malaysia baru dengan alternatif baru...

IKHTILAT… SATU PENCERAHAN……

. 03 Mac 2008
0 comments


Semalam saya telah menghadiri satu Kolokium Ilmuan atau Program 'Q' buat kali kedua yang dianjurkan oleh pihak PMRAM. Sedia maklum,program seperti ini sudah pastinya untuk menuntas sedikit ilmu bual bicara khusus kepada student yang masih 'post graduate' di pentas Universiti ini. Saya memang minat majlis diskusi seperti ini.

Pada majlis itu, 2 kertas kerja dibentangkan dan juga turut diadakan diskusi buku ' Syaqafah Daieyah' karangan ulama kontemporari iaitu Dr Yusof AlQadhrawi. Dua kertas kerja tersebut bertajuk ' Jahiliyyah Moden Kurun Ke-20' dan juga 'Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam'.

Saya cuma berhajat untuk berdiskusi bagi kertas kerja permasalahan ikhtilat sahaja kerana tajuk ini mendapat sambutan hangat pada diskusi semalam. Malah, hal ini semakin sebati dan merebak dalam masyarakat kita. Saya teringat bahawa saya pernah menjadi panel bagi satu forum di sebuah sekolah menengah untuk membincangkan permasalahan ini. Gementar juga berada di pentas mengadap 'audience' yg ramai. Berbagai persoalan ditimbulkan memandangkan 'audience' adalah student form 4 yg sebagaimana kita tahu tahap umur tersebut adalah tahap 'gelora' dalam jiwa remaja untuk berikhtilat…

'Name Card kolokium aku'

PENGENALAN

Permasalahan ikhtilat yg berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus menjadi 'barah kotor' yg merebak dalam masyarakat. Kesannya dapat dilihat pada hari ini melalui 'kehancuran social' dan juga pembiakan jenayah yg sangat aktif hari ini. Purata jenayah sehari seluruh Negeri[Malaysia] adalah 250 kes yg dicatatkan..Yg tidak dilaporkan entah berapa banyak.. Dunia dalam ketakutan dek jenayah dan kehancuran akhlak. ( Saya tidak lagi menggunakan istilah 'keruntuhan akhlak' kerana keadaan adalah amat teruk dari itu)

'Remaja yg hancur akhlaknya'

Oleh itu marilah kita mengambil langkah pertama untuk menimbulkan kesedaran dan seterusnya menolong menyelesaikan masalah ini serta membimbing masyarakat bersama2 menjejakkan kaki ke Syurga. Takkanlah nak masuk syurga sorang kot?????

IKHTILAT MENURUT HUKUM ISLAM

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

Ikhtilat dlm masyarakat kita

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKTILAT
Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT
Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi
[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32
[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53
[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari


PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.

ü Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
2- Tidak mempunyai hajat
· Di Jalanraya
· Dalam kenderaan
· Lain2

SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tingi etika.


KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"

" The only thing constant is change"

IBRAH DARI SEJARAH....

. 23 Februari 2008
0 comments

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menjelajah ke Semenanjung Sinai dan di sekitar Dahab iaitu sebuah tempat sejarah lama dan juga tempat perlancongan di Timur Bumi Kinanah ini. Kembara saya ini bertepatan ketika cuti semester pertama di Musim Sejuk. Sejuk di Sinai ini mencecah 0'cel sehinggakan perjalanan kami dengan croaster terpaksa 'bertatih' pada kadar 20km/jam disebabkan kabus yg terlalu tebal. Perjalanan yang panjang selama 7 jam dari Kompleks KPT ( Keluarga Penuntut Terengganu ) mengamit sedikit pengalaman yang berharga...Disini terdapat banyak tempat sejarah lampau yang dapat saya dapat nukilkan disini........

PENGENALAN SINAI

Segitiga Sinai merupakan daratan yg mirip sebuah pulau yg diapit 2 Teluk iaitu Suez dan Aqabah. Hampir seluruh dataran Sinai ini berupa padang pasir dan gunung2 batu dengan pemandangan yang mengagumkan. Sinai adalah daerah pertikaian yang kerap antara Mesir dengan negra2 jiran. Tak kurang 15x Sinai pernah dijajah semenjak Mesir Kuno. Terakhiir dilakukan Israel,namun berhasil dibebaskan Mesir sewaktu Perang Oktober 1973.

Berbagai peristiwa kenabian pernah berlaku disini. Bermula dari Nabi Ibrahim dalam perjalanan ke Syam,Nabi Musa yang berbicara dengan tuhan di Lembah Suci Thuwa, Makam Nabi Saleh, Maka Nabi Harun, Hamam Firaun n sebagainya. Saya akan ceritakan tempat2 ni ini jika ada keluangan waktu untuk update blog say ni..hu..hu..

Sinai diambil dari nama Tuhan Mesir Kuno,Sin yang bererti 'Tuhan Bulan'. Selurh wilayahnya dikeliling oleh laut. Dahab pula adalah kOta yg memiliki pantai yang berpasir kekuning keemasan dan kaya dengan berbagai jenis ikan hias berwarna emas sehingga kawasan ini disebut " Dahab" ( bahasa ammiyah Mesir dari kata Dzahab ) yang bererti emas.

KUBU SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Kubu Salahuddin AL-Ayubi

Kubu Salahuddin Al-Ayubi ini terletak di Qaryah Salahuddin di Taba, kawasan yang paling Timur di Mesir. Kota ini menjadi batas akhir wilayah dengan Kota Ilat di Wilayah Israel. Kubu ini dikelilingi oleh Teluk Aqabah dan berhadapan dengan Perlabuhan Aqabah. Perlabuhan ini biasanya digunakan oleh pelajar-pelajar kita untuk ke Jordan atau ke Mekah melalui jalan laut. Taba adalah batas tiga negara antara Mesir,Jordan dan Israel. Kota ini merupakan kota terakhir yang dibebaskan Mesir dari Penjajah Israel terhadap Dataran Sinai. Jarak dari Kaherah hanya 703km.

Pintu masuk Qaryah Salahuddin




Tangki air dalam kubu

Dalam kubu ini terdapat beberapa bilik Salahudin dan tenteranya,bilik air, tempat rehat dan segal keperluan lain termasuk tangki air seperti gambar diatas. Tangki ini terisi apabila hujan dan menyekat laluan air keluar ke laut. Tapi sekarang sudah tiada air lagi. Saya juga sempat masuk kedalamnya.


Pemandangan dari atas kubu



Sempadan Mesir-Israel

Saya juga sempat berada di sempadan Mesir-Israel ini namun tidak dapat ke penghujung atau menjejakkan kaki ke tanah Israel kerana pasport malaysia tidak membenarkannya.

Pemandangan di puncak kubu

Masih banyak lagi tempat2 menarik yg terdapat disini. Insyaalah jika ada mase,sy update untuk bermacam lagi tempat yg menarik disini..... To be Continue....

MENCARI BAHAGIA.....

.
0 comments

Setiap insan impikan kebahagiaan dalam kehidupan. Kebahagiaan jiwa dan hati adalah puncak kebahagiaan yang ditagih selain daripada bahagia bersama keluarga atau yang tersayang dan juga dalam menelusi kehidupan ini. Aku juga masih mencari kebahagiaan itu… Namun disana adanya penjarak dalam diri yang menghalang daripada mencapai bahagia……
Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya MAZMUMAH di dalam hati.

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia :

1) Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2) Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) Hasad dengki - amalnya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.

4) Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

*** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi allah benci orang yang abid tetapi bakhil.Walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5) Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.

*** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.

8) Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9) Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.

*** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi- bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan,

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya.

Tasauf ini kadang2 sukar untuk melekat atau sebati dalam diri…. Jadi peranan sahabat2 juga dalam memperbetulkan diri saya ini

wassalam...

TIPS HARIAN DR FADZILAH KAMSAH...

.
0 comments

Kreativiti hidup
SEBELUM TIDUR:-
Maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya'Allah, Allah lipat gandakan rezeki. Berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya'Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

TATACARA MAKAN DAN MINUM:-
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10saat then baru telan. Teguk kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study ,otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 jam selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

TATACARA DI BILIK AIR:-
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar


TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI:-
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & dll


3 KATEGORI MANUSIA :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam



"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

SELEMBAR BULU MATA..

.
0 comments

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.


"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.""Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.


Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

TANGGAPAN DIRI POSITIF....

.
0 comments


Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya.
Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, "orang itu tak boleh dipercayai", semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.
Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada. Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita. Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai diri kita sendiri.

Sikap malas masih menyelubungi kita



Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz. Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya, hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi. Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang.

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter