
Dunia semakin moden. Dengan adanya teknologi, ia memungkinkan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti dengan mudah dan cepat.
Soal ibadat juga seolah tidak terlepas menerima tempias kemajuan teknologi dari segi praktikalnya...
Auto Wuduk Washers adalah salah satu alat praktikal yang dicipta untuk tujuan tersebut.Namun, saya masih belum terjumpa lagi alat ini dimana-mana.
Walaupun begitu, ia adalah satu usaha yang baik untuk melambangkan kemajuan teknologi umat Islam.

P/S : Teknologi kadang-kadang membuatkan manusia menjadi semakin malas....huhu...
Adakah anda setuju dengan pendapat ini????wakaka
TEKNOLOGI DALAM BERIBADAT
Labels: TeknologiPERTEMUAN ITU
Labels: Diari Saya
Mentaliti dan fikrah sepatutnya menjadi pegangan serta pendirian 'peribadi' masing-masing dan ia tidak boleh dicampur adukkan.
Persaudaraan pula adalah bersifat universal dan menyeluruh tanpa sebarang kenkangan dan halangan. Ini adalah dua entiti yang berbeza
Semalam, kami Barisan Exco KPT mengakrabi pertemuan dengan Tuan Haji Kamal Abdullah, Pegawai HEP Terengganu Mesir yang baru.
Saya sangat gembira kerana satu lagi jalinan dapat saya simpulkan dengan erat disini. Moga simpulan tali ini berterusan kukuh tanpa rapuh dek usia walaupun ada sahaja 'gunting' yang ingin memotongnya.huhu...
Saya ucapkan 'Selamat Datang' ke Bumi Anbiya' Arhdul Kinanah...
P/S : Saya gembira..huhu
KITA LEMAH....
Labels: Artikel
Manusia ini terlalu lemah. Tidak berdaya untuk melakukan sesuatu apa pun sebenarnya tanpa pertolongan dari Allah.
Lidah dan mulut adalah anggota yang mudah 'terseleweng' untuk jatuh kepada dosa. Malah lebih mudah mengundang kepada simptom 'cacat emosi'.
Saya bawakan satu latihan yang sangat mudah untuk menguji bahawa kita adalah sangat lemah.
Cuba anda menyebut perkataan 'Bismillah...'. Anda hanya perlu sebut 'Bis' sahaja tanpa menutup mulut. Mampukah?
Hasil survey yang dibuat, semua orang PASTI dalam keadaan 'ternganga' sebab mustahil sekali menghasilkan 'Bis' tanpa menutup mulut.
Itulah manusia... nak bercakap pun tak mampu tapi masih tak sedar diri dan still merasakan diri terlampau hebat !'
Emmm.. saya pun terfikir sendirian, apalah halnya orang yang dikurniakan nikmat bercakap tapi menggunakan mulutnya untuk perkataan mencarut, memaki hamun,menfitnah,menuduh orang dan pelbagai perkara yang sia-sia...
Memang kufur nikmat namanya....!!!!
P/S : Bila anda melontar batu ke arah orang lain, kemudian menyembunyikan tangan di belakang,
Itu bacul namanya......
LELAKI & WANITA : PANDANG BERBEZA.
Labels: Artikel
Biasa kita dengar perihal orang lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Perempuan 1 akal, 9 nafsu. Ust Hasrizal menafsirkan kenyataan ini sebagai lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi manakala perempuan mempunyai 9 emosi dan satu logik.
Pada saya ia adalah satu kebenaran.
Apa yang dapat saya simpulkan :-
Lelaki.... cukup mudah.
Perempuan.... banyak yang perlu difikirkan....
NOTA HARI INI [2]
Labels: Diari Saya
Hari ini saya memang rasa tidak sedap badan. Demam masih berselubung dalam tubuh badan. Rasa mahu tidur lagi namun saya masih belum solat lagi waktu itu. Tidak dapat tidak saya harus bangun juga.
Hari ini juga dalam catatan 'planner guide', saya ingin ke Pantai Dumyat Jadidah. Jadi, bangun tidur saya selain daripada menunaikan kewajipan, ada juga aktiviti bakal terisi.
Nota kali ini akan pergi jauh ke Kota Dumyat. Sebuah bandar yang cantik. Saya katakan ia sebagai 'Bandar Dalam Taman' umpama Bandar Putrajaya namun ia masih still belum dapat menandingi Putrajaya.kui3x.
Kota Dumyat adalah salah satu muhafazah (negeri) di sebelah Utara Mesir. Terletak di antara Lautan Mediterranean dan juga Sungai Nil. Jarak Kota ini dengan Bandar Kaherah adalah 200km dan memakan masa hampir 3 jam setengah perjalanan dengan kelajuan 150km/jam.haha3x.
Terkenal sebagai perlabuhan terbesar juga di Mesir. Disini juga terdapat pertemuan 2 laut antara Lautan Mediterranean dan juga Sungai Nil. Kota ini juga terkenal sebagai tempat pelancongan dan kaya dengan hasil laut. Nak tahu lanjut fakta, KLIK DISINI
Nota hari ini adalah 'kerang'. Berikut adalah nota dan pemandangan sekitar catatan saya kelmarin.
Berjalan,melihat dan mentafsir....
Hargai nikmat tuhan........
NOTA SEMALAM
Labels: Diari Saya
Kadang-kadang ada yang teruja apabila sampainya musim Maarad. Teruja untuk memiliki naskhah ilmiah yang terbaik buat mereka. Malah teruja juga untuk membuat 'library sendiri' kat rumah..hahaha3x
Tapi saya bukanlah begitu. Cukup sekadar keperluan semasa.
Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ini, sempat saya dua kali menjejakkan kaki ke sana. Ini antara foto-foto yang sempat saya snap di sana. (Hampir kena langgar di kereta dek terlalu asyik dengan kamera...hu..hu)
Satu fakta yang perlu anda tahu bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini adalah 'International Book Fair' yang Ke-2 terbesar di dunia selepas Negara Jerman.
NOTA HARI INI
Labels: Diari Saya
Hari ini sepatutnya saya ke Alexandaria. Namun teman di sana terpaksa hadiri mesyuarat tergempar di Kaherah. Hajat hati ingin jauh dari manusia 'jakun' yang meloyakan.
Lagipun kesihatan sekarang agak kurang baik. Macam nak demam gitu. Udara yang sejuk dan angin yang sangat kuat mungkin itu puncanya.
Lama sudah saya tinggalkan blog ini. Semalam paper terakhir saya selesai. Moga-moga ada sesuatu yang terbaik di sana. Doakan saya teman-teman.
Hari ini saya ke Universiti untuk dapatkan 'tasdiq'. Visa saya tamat hari ini. Mulai esok saya adalah pendatang asing di Bumi Mesir ini. Pendatang Asing Tanpa Izin [PATI].hahahaha3x
Walaupun nampak sempoi je kertas separuh keping ni,tapi inilah yang sangat penting untuk meneruskan kelansungan hidup dan kebebasan saya disini. Saya gembira kerana urusan hari ini tidak sesukar seperti sediakala. Ustaz Mamduh cukup mudah untuk berurusan berbanding Syaaban tahun lalu yang banyak 'songe'(kata orang Terengganu)
Pejabat Hal Ehwal pelajar yang macam tempat kitar semula kertas..haha.. Tapi inilah tempat yang berjasa pada kami.Tidak ada apa yang menarik untuk tulisan kali ini. Just untuk menaik taraf blog ini dari tak aktif kepada blog aktif..(kononlah)huhu... Tulisan kali ini saya rasa macam bosan je sebab saya sendiri yang bosan sekarang. Ntahlah.
Sempat juga pergi ke Husin n Makam Saidina Husin, cucu Rasulullah
Kitaorang lunch kat belakang Masjid Husin. Time musim sejuk ni asyik nak makan je. Tapi apesal sorang tu x de kapala???ANTARA YAKIN DAN PERCAYA

Hari-hari yang mendatang bagi saya sekarang adalah hari-hari ujian. Hari ini selesai satu kertas “Qodoya Fiqhhiyyah Muasarah”.
Hanya Alhamdulillah dan InsyaAllah yang mampu diucapkan untuk kelangsungan pada sebuah tawakkal.
Seorang teman memberi cadangan kepada saya untuk ‘test’ supaya tidak membaca sepanjang exam ini selepas melihat seorang sahabatnya yang hanya ‘santai bersahaja’ menghadapi peperiksaan.
Saya kata ini ‘something wrong’
Beliau membalas, apakah tidak yakin pada Allah???
Apa jawapan anda???
ANTARA YAKIN DAN PERCAYA
Pada saya, yakin itu pada percaya. Pada percaya itu membangkitkan keyakinan. Keyakinan dan kepercayaan ini membuahkan pengharapan. Percaya pada Allah itulah segala-galanya.
Saya teringat juga pada kata-kata abuya semasa zaman sekolah dahulu, beliau mengatakan usaha itu WAJIB tapi ia tidak memberi apa-apa bekas/ kesan pon terhadap natijah kita nanti.
Satu bidalan dan cerita yang dapat saya kaitkan tentang perihal yakin.
Pada suatu hari, penduduk sebuah kampung telah memutuskan untuk membuat solat hajat setelah kampung mereka mengalami kemarau yang amat panjang. Pada hari tersebut, semua orang kampung datang tetapi terdapat seorang kanak-kanak datang membawa payung.
Itu maknanya keyakinan
Apabila seorang ayah melambungkan bayinya ke udara, bayi itu ketawa riang kerana dia amat tahu bahawa kita akan menyambutnya dengan penuh lembut dan kasih sayang.
Itu maknanya kepercayaan
Tiap-tiap malam sebelum tidur, kita amat tidak pasti apakah yang akan berlaku selepas ini. Masih adakah lagi umur kita??? Masih bertenagakah lagi kita??? Tetapi ia tidak menghalang kita daripada membuat perancangan.
Itu maknanya harapan.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempunyai keyakinan, memberikan kepercayaan dan jangan sekali-kali putus harapan……..






























