
Hari ini 'kekasih teman hidup' saya sakit dan tidak dapat berfungsi dengan baik.. Selama ini saya cukup 'berkira' dalam menjaga notebook saya ini. Maklumlah,beli dengan duit titik peluh sendiri...kui3x
Terdapat hampir 700 virus menodai notebook saya...
Aaaarkhhh!!!! Tekanannnng sungguh ana..
Dalam menatang minyak yg penuh sekalipun,masih ternoda juga.
Apa yang membuatkan hati tidak senang adalah sikap tidak acuh pengguna terhadap notebook tersebut. Sesuka hati keluar masuk pendrive tanpa sebarang 'Pos Kawalan'.
Pendrive saya yg 'terpinjam' juga turut ternoda.
Moga selepas ini,terdapat lebih 'Pos Kawalan' yang dapat menjaga keamanan notebook kesayangan saya ini...Kui3x
SAKIT HATI....
BILA BURUK AKHLAK


Saya cukup sakit hati apabila membaca berita perihal sesetengah pihak yang sanggup mengadaikan akhlak dan peri budi pekerti diri semata-mata untuk melobi atas kepentingan pihak dan organisasi tertentu.
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sekali lagi mencabuli kemuliaan akhlak dan budi bahasa masyarakat apabila daerah tersebut tercemar dengan ‘wajah-wajah’ buruk pihak tertentu yang melakukan pelbagai tindak tanduk yang tersangat asing dari syiar Islam.
Cukup memualkan saya apabila melihat gelagat-gelagat dan berita seperti gambar di atas yang berperangai seperti beruk jadian manusia. Malah sebagai beruk-beruk di jalanan.
Teramat sukar membawa nilai agama untuk di’releate’kan bersama ketika berkempen. Orang yang melihat menjadi menyampah dengan tingkah laku anda yang memualkan itu.
Kenapa agak sukar untuk kita membawa nilai-nilai murni dalam mendokong ideology dan pegangan kita????
Apabila rakyat menolak ideology organisasi anda,maka mulalah melenting tanpa arah mencari fitnah sana sini. Di zaman politik bercelaru ini,fitnah menular disana sini.Mengumpat mengeji itu dan ini.
Perbezaan politik itu menjadikan mereka lupa tentang apakah yang hendak diperjuangkan. Ajaran Islam tentang hubungan seorang muslim dengan muslim yang lain seperti etika memberi salam,senyum antara dua saudara yang bertemu dan berbagai-bagai lagi mengundang jauh malah pupus dalam jiwa dan amalan seorang muslim.
Maka tidak hairanlah,jika akhlak muda-mudi hancur membusuk jika demikian pembentukkan nilai-nilai yang ada di kalangan orang politik terutamanya para pemimpin.
Saya cukup meluat dengan fitnah di sana sini,sumpah sana,sumpah sini. Orang sumpah,dia pon nak sumpah jugak…
Melihat kepada orang politik yang jerit-menjerit di jalan raya dengan bahasa yang jjik dan kotor malah sanggup mempamerkan aksi lucah di khalayak ramai, sesungguhnya anda TIDAK LAYAK memerintah.
Malah sanggup pula sesetengah ibu bapa membiarkan anak-anak gadis datang dari jauh dan dekat untuk berkempen sama bagaikan nak rak. Bergaul bebas tanpa batasan malah turut sama-sama menyumbangkan aksi lucah. Gadis-gadis ini merayau siang dan malam atas nama meraih undi. Kesemuanya HALAL atas nama kempen.
Apabila dicabul,mulalah ‘melalak’ fitnah orang itu orang ini. Padahal anda tidak mengetahui bahawa andalah puncanya…..
Mungkin tulisan ini sedikit emosi namun saya cukup meluat dengan keadaan carca marba ini.Islam memberi garis panduan pengamalan demokrasi serta muamalat dalam kehidupan bermasyarakat. Islam juga menegah daripada melakukan sesuatu perkara dalam keadaan ‘terlebih over’ atau melampaui batas.
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas".(Surah al-Baqarah ayat 190)
Konklusinya,hiduplah dalam pengamalan Islam hatta urusan politik untuk memenangkan calon sekalipun. Usah melampaui batas. Jangan mengaibkan maruah seseorang sehingga ia betul-betul bersalah. Ingat,anda bukan hakim. Jangan budaya ketimuran itu hilang dalam jati diri kita. Sepanjang saya berada di luar negara,rakyat asing seluruh negara cukup memandang orang Malaysia terlalu tinggi dalam berbudi bahasa.Sangat menghormati Malaysia. Jangan kerana kamu,maruah ke’melayu’an aku juga rosak.
Saya bukan menentang tetapi benci akhlakmu yang ranjang... Jangan mengharap kemenangan andai akhlakmu songsang....
Bak kata Dr.Asri, Mufti Perlis,
PERMATANG PAUH:ISLAM SEMAKIN MENJAUH
'HADIAH'

Mood saya agak baik hari ini untuk mengemas n membersih kamar beradu saya. Tahap kerajinan yang tinggi pada pagi ini menjadikan saya bersemangat untuk menjadi suri rumah ‘part time’ pada hari ini.hu..hu
Tatkala mengemas bilik ,saya sempat membelek beberapa barang2 ‘kenangan’ Malaysia yang saya bawa bersama sebelum saya berangkat ke ‘Kota Seribu Menara’ ini.
Ada satu yang menarik perhatian saya malah mengundang seribu kenangan bersama selain daripada ‘surat-surat indah’ yang tersimpan rapi dalam diari saya.
Satu hadiah yang masih terbalut kemas mengingatkan saya kepada jasa seorang guru yang sememangnya berpantang aral mendidik saya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
Maklumlah, saya dulu adalah seorang yang agak nakal n suka mengusik n menyakat orang lagi. Walaubagaimanapun, saya amat rapat dengan beliau. Beliau tak pernah marah, tapi pernah juga kena berdiri atas kerusi tatkala beliau marah.hu..hu
Apa yang menariknya, setelah 7 tahun berpisah, kami bertemu kembali dalam suasana dan keadaan yang berbeza dari dahulu.
Kami bertemu di Gem Beach Resort Hotel Setiu, Terengganu sewaktu kami sama-sama berkursus perguruan disana.
Saya terkesima kerana beliau masih mengenali saya dan beliau amat terkejut kerana saya kini telah duduk bersamanya di bidang perguruan. Masih anggun n chomel lagi cikgu aku ni walaupun dah berkahwin..ngeh6x .jpg)
Dulu saya adalah anak muridnya. Kini saya bersama beliau dalam bidang yang sama.
Pertemuan kami tidak berhenti disini. Kegembiraan ini saya kongsi bersama dengan ibu saya. Selepas itu kami tak putus hubungan kerana beliau selalu juga datang ke rumah untuk menempah baju. [ Maklumlah, cikgu ni mesti banyak baju punya.kui3x]
Sebelum berangkat ke Mesir ini, beliau sempat menziarahi saya dan menghadiahkan hadiah ini untuk saya.
Malah sempat juga berseloroh……. “Aaaii,lepah ni wak balik mek arablah anok murid ustazah ni” “Lepah ni mok idham bleh menantu orang arablah napoknyer kekgi” “Nok kawin kekgi tu, jangan wak-wak(buat-buat) dok ingatlah kabo ke ustazah ni”
"Amin..." Kata aku dalam hati...hahahaha
Malulah jugak cakap depan mak macam tu. Tapi my mum ibu yang sporting n tahu macamana perangai anaknya.ngeh6x
Kini kami kembali berpisah lagi. Entah bila kan bertemu lagi.
Hanya hadiah ini sebagai penggamit kenangan aku bersama seorang guru. Surat nasihat beliau adalah penguat semangat tatkala lemah. Banyak harapan yang tersandar.
Harap aku tidak lupa………
Moga kita kan bertemu kembali………
Terima kasih guruku,
-NORBARRIYANA MOHAMED-
From anak murid yg ‘sedikit’ nakal..hu..hu
-TENGKU KHAIRUL IDHAM B CHE KU ABU BAKAR- 0.04pm Madinah Nasr, Hayyu Asyir,Cairo.
'Necrolepsy'.

Anda dan saya mungkin tidak mengetahui beberapa fakta saintifik yang sememangnya signifikan dengan kehidupan kita.
Saya meredah dunia internet dan terjumpa dengan sejenis penyakit yang agak menarik untuk dikongsi bersama iaitu penyakit NECROLEPSY. Saya tidak pasti kajian secara terperinci dalam dunia perubatan mengenai masalah ini. Namun di satu sudut, ia ada kebenarannya.
APA ITU NECROLEPSY?
Narcolepsy adalah 'gangguan kronik' yang menjejaskan kawasan otak yang mengawal 'tidur/bangun' seseorang.
[ Narcolepsy is a chronic disorder affecting the brain where regulation of sleep and wakefulness take place. ]
Antara tanda-tanda seseorang mengidap penyakit Necrolepsy adalah:
1. Perasaan menggantuk yang berlebihan sehingga tertidur, tanpa kira tempat dan masa.
2. Hilang/kurang kawalan otot-otot, terutama ketika teruja (excited)
3. Halusinasi (royan) ketika semasa mula nak tertidur, atau terjaga
4. Tidak boleh bercakap atau bergerak ketika mula-mula terjaga.
Penyakit Necrolepsy amat ketara di kalangan ahli politik (bayangkan meeting sampai jauh2 malam. Tidur tak cukup dan sebagainya), terutama ahli politik Malaysia.
Ini boleh dilihat dari banyaknya kejadian atau tanda-tanda no.3 di kalangan mereka.
Penyakit ini amat merbahaya jika terdapat di kalangan ahli-ahli politik, kerana besar kemungkinan apa yang mereka cakapkan akan dianggap 'sahih' oleh rakyat, sedang pada itu mereka sebenarnya sedang mengalami apa yang dipanggil 'Narcoleptic Seizure'.
Pada ketika itu apa yang mereka tutur bukan lah atas dasar 'sedar', tetapi sebaliknya mereka sedang berhalusinasi (halucinating). Dan sebarang apa yang mereka cakap ketika itu tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Sebagai contoh:
Pak Lah : "Parlimen tak akan dibubarkan esok."
Najib : "Saiful datang ke pejabat saya minta biasiswa."
" Saya tak pernah berjumpa dengan Saiful"
Anwar : "30, ops, 4, ops, 2 orang MP dari BN akan masuk PR esok/minggu depan/ bulan depan/ September nanti (saya harap yang ni bukan halusinasi)
Hishamuddin : "Yuran sekolah percuma."
Mustapa Mohd : " Kurangkan makan nasi.Makan nasi 1x sehari shj"
Nazri : "Semua yang dia cakap''
Najib : "Harga minyak TAK naik tahun ini"
Najib : " Ubah gaya hidup"
Contoh pesakit Necrolepsy Kronik









P/s : Penyataan contoh dan gambar diatas tidak menggambarkan pendirian politik penulis. Tiada kaitan yang hidup atau yg telah meninggal dunia... Just berdasarkan fakta...ngeh6x
SAHAM YANG SAMA

Pernah atau tidak anda berjalan-jalan dan terserempak dengan wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata. Dedah sana dedah sini. Mesti teramat pernah kan??? Kecualilah yang betul-betul menjaga hati. Ada juga yang berpakaian ketat hingga nampak susuk tubuh. Ada juga yang pakai labuh tetapi nipis. Semua ini dah jadi perkara lumrah biasa di Malaysia sekarang ini tambah-tambah lagi apabila canangan Pak Lah yang 'mengarut' mengenai Islam Hadhari. Suasana di Kaherah pon serupa sahaja.
Pernah atau tidak anda berfikir siapakah yang lebih patut dipersalahkan atau siapa yang lebih 'berdosa' sebenarnya atau siapa yang turut menyumbang bila rosaknya muda mudi sekarang???
Puncanya (salah satu puncalah) adalah yang memperkenalkan jenis pakaian yang 'kurang sifat' ini.Pakaian tersebut sudah tentu dibuat oleh seseorang yang dipanggil orang 'Tukang Jahit'. Dewasa ini tukang jahit terdapat di mana-mana sama ada di kedai mahupun di rumah. Paling ketara ialah bila tiba musim perayaan, maka di waktu itu kita boleh tahu di mana ada tukang jahit yang sedia menerima tempahan melalui iklan-iklan yang ditampal atau iklan dari mulut ke mulut. [ Emak saya juga seorang tukang jahit. Sape nak tempah, bolehler.....hu..hu..]
Cuba bayangkan jika tiada yang menjahit baju-baju yang 'seksi-seksa' ni....
Sudah tentulah takde yang pakai baju 'balut nangka' yang sendet ni.
Cuba bayangkan pula jika semua baju yang dijahit, hanya baju yang ber'kriteria' islamik n menepati prinsip aurat...... That why, tak dapat tidak, orang mesti akan pakai jugak n secara otomatiknya xdelah jiwa teruna yang merana n semakin berkuranglah dosa. Jika tidak, siapalah yang sudi tubuhnya tanpa seurat benang....
Apa pendapat anda??????
Kita berbalik kepada topik di atas 'bagaimana kerja yang halal pada asalnya boleh bertukar menjadi haram'. Dalam Islam formulanya cukup senang. 'Pada setiap perkara yang haram maka apa-apa sahaja yang membawa kepadanya dan apa-apa sahaja hasilnya selepas itu hukumnya tetap haram'.
Jadi kerjaya sebagai tukang jahit juga tidak terlepas daripadanya. Apabila seseorang tukang jahit menerima tempahan dan didapatinya pakaian yang ditempah tadi menepati ciri-ciri yang diharamkan oleh oleh Islam maka wajib dia tolak tempahan tersebut. Kerana kalau dia menerimanya bererti dia juga akan menanggung dosa bila orang tersebut memakainya. Maka bayangkanlah kalau si pemakainya memakai pakaian yang menggoda yang dijahit oleh tukang jahit tadi hingga membawa kepada perzinaan( tambah pula ia berzina ketika memakai baju tersebut) maka tukang jahit tersebut pasti tidak terlepas dari soal jawab Allah di Padang Mahsyar kelak.
Jadi bermula pada hari ini, fikir-fikirkanlah apabila ingin menjahit baju seseorang...
P/s : Kaum wanita ingatlah bahawa andalah penyebab yang membawa kepada 'something wrong' pada lelaki.
* Pandai-pandailah tafsir what i mean about 'Something Wrong'.kui3x
- Islam As A Lifestyle-
ANTARA PISANG DAN KEBENCIAN

Tatkala saya menerawang merenung mengingati kisah lalu, saya teringat akan kisah yang cukup releven untuk me'relate'kan dengan permasalahan soal hati di kalangan sesetengah pihak dari kita..
Cuma kadang-kadang kita kurang merasakan bahawa kejadian di sekeliling kita adalah sebagai petunjuk dan pemberi kesan kepada perbuatan dan rasa 'ego' kita.
Kisah ini mungkin 'sedikit' sesuai untuk hati yang tak berapa 'sihat' dek penyakit benci n dendam.
Ustazah Intan, guru kelas KAFA (saya pon pernah juga..hu..hu) menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Ustazah Intan.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari
berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Ustazah Intan sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Ustazah Intan.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Ustazah Intan.![]()
Ustazah Intan mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik daripada membenci…!
Jadi, tunggu apa lagi???
Mulakan langkah anda untuk yang lebih baik.
-tgidham corner-
-Islam As A Lifestyle-
SEKITAR KONVENSYEN KPT 08
Manusia jatuh pon tetap bangkit kembali dalam keadaan 'lebih cover' n 'lebih profesional'
Untuk itu, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] telah mengadakan Konvensyen Kali Pertama untuk mencari titik persamaan n mengumpul kembali kekuatan yang sedikit tumpul.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya n telah mendapat 'best point' bagi beberapa perkara. Berikut adalah beberapa gambar yg sempat dirakam:-
Para ahli panel yang mengemudi bual bicara konvensyen
Tayangan Montaj sebagai penyeri majlis
Ust Aziz 'memonopoli' secara mutlak microphone..hu..hu
Penyampaian hadiah untuk pemenang futsal... ( Wakil je tuh..ngeh6x)
Sebahagian peserta konvensyen berposing di akhir majlis
Tag name sape ntah yang sengaja ditinggalkan...kui3x
Semoga Kovensyen kali ini dapat mencelikkan 'mata ahli yang buta' atau yang 'buat-buat tidur' untuk kembali bersatu dan berpadu tenaga membina kembali kekuatan anak-anak Terengganu.
Majulah KPT untuk negara....kui3x
PROMO IKLAN 3
Dijemput kepada semua Anak-Anak Terengganu di Bumi Kinanah supaya dapat menghadirkan diri ke Konvensyen Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Kali pertama:-HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN RUMAH SELANGOR,HAYYU ASHIR
Nyatakan sokongan dan perpaduan anda demi masa depan kita bersama.
Sebarangan Pertanyaan:-
Pengarah Program
Mohd Amir Azamuddin
+20100846919
PROMO IKLAN 2
Mohd Syajiri Bin Bashirun
0113391376
Dorm 401 Kompleks Darul Iman.
PROMO IKLAN 1
Sumbangan boleh dihulurkan kepada:-
Pengarah Program Penghayatan Rejab & Syaaban
Abdul Manan Bin Jusoh
+20165012861
Hulurkan tangan ringan beban
Perut pon sama kenyang.


