BELUM MATANG???

. 12 Julai 2008
0 comments

Dua tiga hari ini saya mengalami bengkak gusi yang agak teruk. Hanya mampu untuk makan bubur sahaja. Tidak mampu lagi untuk bercakap banyak. Kadang-kadang percakapan menjadi pelat..

Saya bertanyakan senior saya macam mana hendak menghilangkan bengkak ini.

Muka selambernya berkata "Itu gigi baru nak tumbuh. Baru nak jadi matanglah tu"

Seolah-olah mengambarkan bahawa saya adalah masih kebudak-budakan yang masih belum matang.

BUDAK-BUDAK

Tatkala saya sakit seminggu,saya sempat berchatting dengan sahabat di Malaysia yang mempersoalkan saya 'bilalah awak nak jadi 'matured' ni???? apabila melihat gaya bahasa saya yang ke'kartun'an dan juga gambar spongebob pada id ym saya.

Kematangan itu dinilai masih kurang ada dalam diri saya.. Masih belum berada di taraf dewasa.

Malahan pula, saya dinilai sangat minat menonton cerita kartun. Notebook saya hanya dipenuhi dengan cerita kartun sahaja.

Kematangan itu dinilai masih belum berpucuk dalam diri saya. Masih belum mengingini untuk bertukar status kepada dewasa.

MATANG ITU PERIHAL MENDATANG

Matang itu tidak semestinya mesti menunggu usia 20, 30 atau 40 tahun. Saya cukup tidak bersetuju apabila sesetengah mentaliti masyarakat kita yang mengatakan bahawa 'Kehidupan itu bermula pada pada usia 40 tahun'. Ini saya kira pemikiran songsang yang merosakkan.

Apakah hidup ini panjang atau berkesempatan ke pada usia 40 tahun?

Matang itu perihal mendatang dengan dibentuk. Matang yang tidak dibentuk walau berusia 40 tahun sekalipun, masih belum mampu untuk memandu hidup dengan teratur dan terarah.

Kenapa bapa merogol anak?

Kenapa datuk mencabul cucu?

Kenapa pegawai berpendidikan tinggi khianat?

Kenapa korporat mengelap duit syarikat?

Kenapa menteri rasuah?

Sedangkan mereka semua ini telah dewasa dan sepatutnya matang dalam pemikiran dan tindakan. Matang mereka tidak selari dan sejajar dengan usia mereka. Usia mendahului meninggalkan sifat matang mereka.

AGAMA SEBAGAI ACUAN

Sering kali kita membaca sejarah berkaitan dengan keunggulan beberapa tokoh yang matang mendahului usia mereka.

Mereka tatkala belasan tahun sudah diberi kepercayaan memimpin angkatan perang,diberi ke'intelektual'an akal bijaksana melampaui para dewasa.

Mereka ini diberi kematangan lebih awal kerana mereka sudah berada dan diletakkan didalam acuan sejak dari awal lagi. Sudah sepastinya bentuk yang terhasil dari acuan itu terlebih cantik dan kemas.

Agama itulah sebaik acuan dalam membentuk kematangan. Orang sering mempersoalkan kenapa sudah dewasa pun masih tak matang fikirannya. Ibu bapa mengeluh sukarnya untuk mendidik anak menjadi matang dan tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri.

Itulah hakikatnya apabila 'the fisrt world development but third word mentality'

diutamakan. Agama semakin menjauh malah semakin terkikis hari demi hari.

Untuk menjadi lebih matang dan 'matured', agama adalah landasan dan acuannya.

SAYA???

Apabila kata-kata "Anta kena lebih mematangkan diri lagi" tersembur dari bibir teman-teman,ini adalah gateline kepada perlunya kepada acuan.

Kartun tidak semestinya tidak matured atau matang...

Bukankah ia lebih baik sebagai alternatif kepada hiburan dan dari cerita/filem melampau????

TAG!!!

. 03 Julai 2008
2 comments

Untuk entry kali ini, saya cuba untuk menjawab tag dari kak biskutz yang sememangnya dah lama tertangguh untuk dijawab. Kekadang terfikir juga untuk apa tujuan permainan ini diadakan. Katanya untuk taaruf dan berkenalan di alam maya dan juga pemilik blog. Betul ke?? Atau mungkin juga 'pereka' permainan ni boring dengan blog mereka yang tandus tidak terisi. Blog saya juga.hu..hu.. Xpelah, sekadar suke-suke je.

Tag ni khas untuk Kak Biskutz Tiger... Lama dah bertanya bler nak jawab..hi..hi. Harap berpuas hati kak yer.. Ni je yg mampu terngiang-ngiang dalam kepala ni.

Whatever pon, semoga ada manfaat dan jangan menjadikannya sesuatu yang sia-sia. Moga-moga game ini dapat kita bertukar2 idea dan ilmu malah experience antara rakan-rakan blogger sekalian. Malas bebenor rasanya nih.....

7 FAKTA TENTANG TGIDHAM

  • Masih lagi student yang bujang yang menumpang hidup di negara orang.
  • Suka memasak(tapi ikut tahap kerajinanlah). Bila dah suka masak,secara otomatiknya memang suka makan.hu..hu.. Asyik makan je tapi badan still je kurus. Syukur jugak tak jadi gemuk.Alhamdulillah.
  • Suka mandi lama2. Paling kurang 30 or 45 minit terutamanya musim panas ni. Eeeeii...Teruknye...kui3x
  • Susah sangat nak marah orang dengan kata mudah tak suka marah orang. Still cool je. Suka senyum walaupun x smart. Senyum sedekah tau...
  • Suka pasang radio 25 jam. Tutup bila nak keluar je. Yg pasti IKIM n NASYIDfm.
  • Suka pakaian yg colournya cerah. Sebab tulah semua baju 'rasmi' saya warna cerah termasuklah baju kemeja,batik n jubah sekali.
  • My gadget:- Notebook 'HP', Camera 'Sony', Jam Tangan 'Orient' , Spek Mata 'Levis'

Itulah tentang tg idham

7 PALING BERHARGA

  • Ayah n Ibulah. Paling berharga yg xdapat di cari ganti. Andai Tuhan membenarkan untuk sujud pada makhluk,nescaya akanku sujud pada kedua ibu bapaku.
  • Ilmu... Sedang mencari..
  • Maruah dirilah.. Janganlah cuba2 nak cemarkan.
  • Kasih sayang Mak Ayah tatkala dah dewasa ini.
  • My notebook sbb beli dgn titik peluh sendiri kerja 7 bulan. Penat tp best.
  • Motor Skuter 'Ego'ku yg chomel.
  • Teman-teman yg memahami dan bukan yg menyakitkan hati. Bajet sedap!!!

7 PALING TAKUT

  • Mati sebelum bertaubat.
  • Repeat year.. Ahhhh... Amat tak sanggup duk lame2 negara orang ni!!!
  • Derhaka pada ibu bapa samada sedar atau tak. Abg ngah mintak ampun jika ada kesilapan yg tak tersengaja.
  • Takut Nak kawin..ngeh6x... Betul ke??
  • Masih x cukup ilmu bila balik Malaysia nanti.
  • Kehilangan orang yg tersayang. Sejak berada di luar negara ni,dah 4 orang sanak saudara yg dah pergi. Harap selepas ini tiada lagi. Amat sedih sangat.
  • Ditarik hidayah,petunjuk n rahmat. Biasalah,semakin belajar semakin banyak ujian teruji.

7 LAGU PILIHAN

  • Evergreen 80an n 90an juga
  • Allahyarham Sudirman. Artis paling dikagumi
  • Kitaro
  • Sakti – Mohram
  • Nasyid
  • Mawlay
  • Harakat Madani

7 FIRST TIME

  • Jadi cg kat SK Padang Midin. Hari pertama adalah tekanan. Hari seterusnya adalah KEBAHAGIAAN. Maklumlah cg lelaki ni kena ajar kelas belakang2. Ape2pon.cg sayang korang sume. Mesej n surat2 korang masih ust simpan, siap bawak lagi datang ke Egypt nih. Terima kasih atas penghargaan korang sume.
  • Aku dicium oleh ibunda tatkala dapat 5A UPSR. Selepas itu berlarutan sehingga aku dewasa kini. Bila lagi dpt merasakan kasih sayang ciuman ibu tatkala berjauhan d negara orang ini.
  • Jadi Ahli Panel Forum Remaja. Ketar abis kaki. Selepas berucap atas pentas,barulah cool balik n bersemangat lepas tu.
  • Dijemput untuk kuliah kat surau.. Alahai.. sekolah pon tak abis lagi masa tu.
  • Duduk lepak kat Pantai Batu Buruk sampai pkul 3/4 pagi. Apa kejadahnya ni!!! Dakwah rockers berimanlah...
  • Berpisah jauh n terlalu lama dari mak ayah. Sekarang nilah..
  • Naik bas dr K.Lumpur ke Terengganu sorang diri. Standardlah tu. Bukan anak dara nih..

7 AYAT SELALU SEBUT

  • Mestilah zikir. Cuba jugak untuk zikir walaupun tahu amat malas
  • 'Hok tu yang sebenornya'. Ayat ni digunakan untuk membenarkan percakapan orang lain.
  • 'Kosong je semua tu'. Ayat ni digunakan untuk men'radd' percakapan orang lain.
  • 'Well…. You know me'
  • 'Small Matter je'
  • 'Kami dah sedia3x'. Kalau ada sesiapa yang perasan dengan iklan spongebob di tv9, macam tulah skillnya.hu..hu
  • 'Ley Ya Amm'. Ni bhs Ammiah Arab digunakan ketika mempersoalkan sesuatu perbuatan/percakapan seseorang.
  • 'Aiwah Kidaah'. Arab jugak ni..

7 BERTUAH JAWAB TAG NI

  • Sesiapalah yang nak join permainan ni... Di jemput ahlan wa sahlan.....

Sesungguhnya antara kita punya beza....

BELASUNGKAWA ULAMA

. 28 Jun 2008
0 comments



" Kita mengenali mereka kerana sejarah yang ditinggalkannya,
Kita mengagumi mereka kerana ilmu dan pengorbanannya,
Kita menyayangi mereka kerana mereka insan pilihan,
Menjadi pelita menerangi jalan menuju keredhaan tuhan,
Menjadi asbab terkeluar dari kejahilan dan kehinaan,
Itulah harga seorang ULAMA "


Untuk cuti musim panas ini,pakatan usrah 'gegar' [Pakatan Rakyat]hu..hu.. telah mengadakan xpdc menjelajah makam Auliya' di sekitar Kota Kaherah yang meliputi Kawasan Hayyu Syafie, Jabal Muqattam dan sekitar Kawasan Jabbanah At-Tunisi.

Alhamdulillah,eksplorasi kami mencapai matlamat seperti yang dirancang dan kami telah berjaya menziarahi lebih daripada 20 makam auliya' dalam masa sehari. Antara makam-makam auliya yang sempat dilawati :-

1- Makam Imam As-Syafie R.A
2- Makam Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori R.A.
3- Makam Imam Waqi' Bin Jarrah R.A ( Guru Imam Syafie )
4- Makam Saidina Abu Zar Al-Ghifari R.A
5- Makam Saiyidah Fatimah Al-Aina' R.A
6- Makam Imam Laith Bin Saad R.A ( Guru Imam Syafie )
7- Makam Saidina Uqbah Bin Amir R.A
8- Makam Amru Ibnu Asr R.A
9- Makam Abu Basrah Al-Ghifari R.A
10- Makam Rabiatul Adawiyah R.A
11- Makam Syeikh Zun Nun Al- Misri R.A
12- Makam Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani R.A
13- Makam Imam Hassan Al Banna R.A
14- Makam Syeikh Ibnu Atoillah As-Sakandari R.A
15- Makam Syeikh Ibnu Abi Jamrah R.A
16- Makam Syeikh Taqiyuddin Ibnu Daqiq R.A
17- Makam Kamal Bin Hamam R.A
18- Makam Syeikh Asyraf Ar-Rifaie R.A
19- Makam Sultan Al-Asyikin Umar Ibnu Al-Faridh R.A
20- Makam Imam As-Syatibi
21- Makam Imam As-Suyuti

Ini adalah antara yang sempat kami lawati. Saya tidak berhajat untuk mem'profail'kan kesemua tokoh-tokoh diatas. Jika anda ingin melayari kehidupan agung mereka,cubalah untuk menyelami sejarah agung ulama ini dengan bacaan di sekitar anda.


Makam Ibnu Hajar Al-Asqolani


Batu peringatan Ibnu Hajar Al-Asqolani

Tapak Kaki Nabi Muhammad S.A.W ( Qil Wa Qol ). Tangan Sape tu?


Makam Syeikh Ibnu Ataillah As-Sakandari


Nak Masuk2... Tapi Tersepit...kui3x

Ust ...... sempat bermanja tatkala keletihan..hu..hu



Banati ( anggur ) pon ada meranum di makam

Skuad 'gegar' Usrah di belakang Makam Imam Hassan Al- Banna



Beruntung benar jika kita dapat menumpang berkat keistimewaan para auliya'. Mana mungkin orang lain dapat memberi manfaat jika kita tidak mengenalinya.
Justeru itu, mulalah berjinak2 'berkenalan' dengan ulama jika masih belum mengenali.
Yang sudah mengenali, moga bertambah sayang,
Yang sudah sayang, moga bertambah iman,
Yang sudah bertambah iman,moga membangkit insaf.

Akhirnya, semoga keberkatan n ketinggian ilmu,amal dan peribadi para ulama turut terbias pada diri kita semua. Insyaalah.

HALAL PADA TANDA???

. 15 Jun 2008
1 comments

" Ustaz… Ustaz… "

" Yang ni halal tak minum ni Ustaz???" tanya seorang 'bakal' ustazah sambil menunjukkan sekotak jus lemon yang dibelinya kepada saya semasa berada di Airport Doha,Qatar.

Penerbangan saya terhenti di Doha,Qatar sebelum meneruskan perjalanan ke Egypt.

" Kenapa tak halal pulak?" balas saya.

" Air ni tak ada tanda halal pon kat kotak ni. Boleh minum ke??" ujarnya kembali.

" Ooo... Habis tu Nasi Lemak, Karipap, Kuih, Kayu Kramat, Air Milo dan lain-lain yang ustazah makan selama ini tak halallah??? Kat Makanan tu tak ada tanda halal pon...." saya cuba berseloroh dalam menjawab persoalan tadi...

" Taklah.... Cuma ragu-ragu je."pintas ustazah tadi..

" Insyaallah. Air tadi halal je.. Cuma kita je sentiasa terikat dengan tanda atau logo halal yang terdapat pada sesuatu produk di Malaysia. Kadang-kadang bukan semua negara mengamalkan etika yang sistematik dalam rangkaian produk halal mereka." saya memulakan ceramah saya...( kononlah..hi..hi..)

Saya memuji dengan langkah ustazah tadi yang cukup berhati-hati dalam soal pemilihan makanan/minuman yang diyakini halal. Namun, kita seharusnya menyesuaikan diri dengan persekitaran global di sekeliling kita. Jangan disebabkan kita terlalu terikat dengan tanda dan logo halal ini, menyebabkan kita menyusahkan diri sendiri malah memudaratkan diri kita sendiri.

DUNIA YANG HALAL

Menu yang saya makan semasa dinner dengan TPM Malaysia

Dunia ini asalnya dipenuhi dengan segala bentuk signifikan yang halal kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah serta untuk kebaikan dan manfaat manusia itu sendiri.

Sebab itu,secara logik akal kita dapat menyenaraikan berjuta-juta list bentuk makanan dan minuman yang halal untuk kita nikmati tetapi bagi makanan/minuman yang haram amat sedikit hingga tak sampai selembar kertas untuk kita listkan benda2 haram tersebut.

Maka sebab itulah menjadi prinsip Islam dalam Qawaid Fiqhiyyah yang menyatakan bahawa " Hukum Asal Bagi Sesuatu Perkara Adalah Harus[Boleh]". Maka, setiap makanan/minuman boleh dinikmati selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Jika kita berjumpa dengan seekor binatang sekalipun yang tidak diketahui jenisnya,tidak pula merbahayakan diri apabila dimakan,malah tidak diketahui namanya, maka halal hukumnya untuk dimakan. Inilah hakikat Islam agama rahmat dan mudah.

Firman Allah:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin?

(Surah Luqman: ayat 20).

Firman Allah:

"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”.

(Surah al-Baqarah: ayat 29).

Ini menunjukkan bahawa daerah halal dalam Islam teramat-amat luas, sementara sempadan haram pula adalah terlalu sempit dan sedikit. Jangan disebabkan kita keluar dari bumi Malaysia, kita merasakan yang halal itu hilang dari pandangan. Semasa di Doha,Qatar kami sekadar berlegar-legar mencari makanan di sekitar airport. Last-last, roti bekalan juga menjadi santapan perut kami.

Juadah berbuka puasa saya di Burr Said

HARAM ADA GANTINYA

Allah tidak akan menutup fitrah manusia secara total. Malah, Allah juga menyediakan alternatif

bagi perkara2 yang haram bahkan lebih banyak dan bervariasi.

Diharamkan Arak, tetapi dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan.

Diharamkan Anjing dan babi,tetapi dihalalkan berbagai-bagai binatang lain yang terlampau banyak

Diharamkan Judi,tetapi dibenarkan hadiah, upah, rebet dan berbagai lagi.

Diharamkan Zina,tetapi disyariatkan perkahwinan.

Diharamkan Tilik nasib,tetapi diajarkan solat istikharah.

Diharamkan riba,tetapi diharuskan urusniaga yang lain.




LOGO HARAM BUKAN HALAL

Saya amat tertarik dengan cadangan dan idea Dr.Asri Zainul Abidin yang mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia (Negara Islam ke??haha3x) supaya menggunakan LOGO MAKANAN HARAM,bukannya logo halal.

Jadi,tindakan hanya akan akan diambil kepada penjual makanan haram yang tidak meletakkan logo haram. Faktornya kerana negara kita yang mempunyai variasi halal banyak,sementara yang haram itu sedikit. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit,bukan yang banyak. Maka tidak akan timbul lagi isu makanan haram atau cop/tanda haram palsu. (Best dan bernas idea nih)

Mana mungkin ada orang yang suka meletakkan logo haram secara tipu-tipu. It's imposibble. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat hadiah title mewajibkan cop/logo haram dari pihak berkuasa untuk produk mereka.

Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Sepatutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.

ISLAM ITU MUDAH

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannnya atau tidak? Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Salam : Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah" [ Riwayat Bukhari]

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah selepas membaca Bismillah.

Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.

Islam itu Mudah apabila dijadikan sebagai cara hidup anda.

Islam As A LifeStyle......

P/S : Saya adalah pengemar kepada pandangan Dr. Asri Zainul Abidin tapi itu tak bermakna saya pengikut kepada fikrah beliau...huhu

SELAMAT BERCUTI...

. 12 Jun 2008
0 comments




Tepat pukul 4.30 petang, kertas exam terakhir fiqh muqoran dihantar. Alhamdulillah. Semuanya telah berakhir. Harapnya natijah nanti juga akan membuahkan lebih seribu kebahagiaan berbanding pada hari ini. Tak sanggup rasanya nak repeat year..
Wal iya zubillah. Mintak jauh sangat2. Nak balik… Nak balik…

Habis je exam, kami menikmati makan malam di Bakmi Langgara. Sebuah restoran Indonesia yang agak glamour jugak di Kota Seribu Menara ini. Terkenal disebabkan 'Pop Ais' yang masyallah terlampau sedap tatkala musim panas ini. Di Malaysia saya belum pernah merasai minuman pop ais ini. Kami menikmati Nasi Ikan Tiga Rasa' dan juga 'Arus Bil Laban' yang sememangnya amat menyelerakan. Lagi selera apabila ada teman yang sponsor/belanja semua santapan kami. Terima kasih teman.

Untuk cuti yang hampir 5 bulan ini, diharapkan dapat terisi dengan segala kebaikkan dan manfaat yang berfaedah. Beberapa aktiviti terdekat telah disusun. Antaranya:-

1- 160608 - Munaqasah Master Ust Mahyuddin Hashim.
2- 170608 - Jaulah/Ziarah Makam Auliya' di sekitar Kota Kaherah.
3- 200608 - Ke Kota Ismailliyyah [Hotel Palma Ismailiyyah]
- Terus ke Port Said

Ini aktiviti terbesar dalam masa terdekat ini. Beberapa lagi insyaallah akan menyusul. Moga segala apa jua tingkah laku ini tidak dikira sebagai amalan yang sia-sia malah diharap dapat menyelit sekelumit pengalaman yang bermanfaat dalam mematangkan diri ini.


Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat-sahabat di Kota Seribu Menara yang mengenali diri ini.

Kepada sahabat2 yang pulang bercuti ke Malaysia tahun ini, moga kalian semua berbahagia bersama dengan 'orang bahagia' di Malaysia sana. Rindumu semua akan terlepas jua nanti.

Kepada sahabat2 yang masih rona di sini, moga terus still dengan ilmu and whatever lah keperluan sebelum pulang berdepan dengan masyarakat nanti.

Kepada sahabat2 yang akan bercuti ke Jordan or Yaman, moga cuti anda adalah mimpi terindah dalam lena kalian.

Lastly.... Selamat Bercuti Semua......

SEDANG BERJUANG...!!!!

. 23 Mei 2008
1 comments

Teruskan berjuang!!!!!!!
Untuk 4 minggu ini, saya terpaksa berhempas pulas memerah keringat daya ingatan hafalan saya untuk menterjemahkan sesuatu hasil ilmu ke dalam kertas jawapan nanti sebagaimana ultraman diatas sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya. Begitulah juga bagi saya sedang berjuang untuk 'melumatkan' segala isi-isi buku ke dalam minda saya..

Kenapa saya menulis entry ini???

Pengunjung saya, 'kak biskutz' tinggalkan komen bertanyakan bila saya akan abis perekse.... Saya tulis entry ni khas untuk yang bertanya... Insyaalah pertengahan bulan 6 ini perjuangan saya akan selesai sementara... Insyallah ada masa, saya jawablah tag yg 'terkena' kat saya tu.
Kenapa saya menulis entry ini??
Mungkin salah satu sebab untuk release tension kot... Kadang-kadang peperiksaan ini menyebabkan seseorang itu menjadi tidak betul..
Masak nasik, hangit.....
Masak air...., kering......
Alhamdulillah,semua itu tidak terjadi pada saya...
Kadang-kadang, peperiksaan ini adalah medan untuk kita kembali mendekati dan 'menjatuhkan hati' kita kepada Allah. Ini adalah peluang terbaik kita untuk kita kembali mangadu dan menagih kasih rahmat dari Allah. Dan tidak keterlaluan kita saya mengatakan amalan kebaikan dan 'workship' atau ibadat lebih banyak atau melebihi berbanding hari-hari biasa. Itu petanda kita lemah dan amat memerlukan bantuan dari Allah...


Kenapa saya menulis entry ini???

Saya amat menharapkan doa kalian semua sahabat/sahabiah,rakan-rakan blogger serta teman-teman yang mengenali diri ini... Doa kalian semua amat saya dambakan. Doa anda penyelamat kami. Dan anda juga mungkin menjadi salah satu penyebab doa kita semua diperkenankan..

Hari ini mungkin doa anda yang kami pinta...
Mungkin esok, doa saya untuk kamu.......






" Doa adalah senjata orang mukmin "




"Ya Allah, Jadikanlah kami orang yang berjaya dalam setiap ujian dan dalam setiap perkara dunia dan akhirat..... Amin...."






ANDA MAMPU MENGUBAHNYA......hu..hu..

MENGINJAK USIA....

. 15 Mei 2008
1 comments

" SeLaMat ULaNG TaHuN KeLahiRan.. "
" Moga usia baru ini memberi makna yang lebih besar buatMu."
" Kullu Am Wa Anta Bikhoir.."
-14.05.2008 10.27pm-

" HepI bEsDeY!!!!!!!!... Mge panjang umur n Murah rezeki.."
" Tahun ni xdapatlah bagi hadiah sbb duk jauh sangat.."
" Hantar msg pon oklah.."
" Bler nak kawin???"he..he..he..
-15.08.2008 12.07am-


" Selamat Ulangtahun Kelahiran... Moge Allah membrkati & merahmatimu..."
" tp kek xda le, 6ti le pas exm wat...Tp xjanji tu."
" K.La, ma'a taufiQ wa njah. HazZon sa'id fi imthn.."
" Same2lah doa utk SAHABAT.... Sy sntiasa doakn awk.."
-15.05.2008 04.02am-

" Salam, apa khabar? Exam ok... Mak Abah ucapkan slamat ulangtahun kelahiran
abg ngh dgn sntiasa mendoakan kjayaan dn ksejahteraan d sana.."
" Gna pluang ct 2 utk blajar tmbah ilmu d sana..byk peluang kan.. "
" Apa2 pun hdapi exam dgn trbaik.. Abah d uitm dungun mesy 2 ari."
" K. Slamat hdapi pekse. Salam abah, mak, na, din n aiman..."
-15.05.2008 09.12am-


" Selamat Hari Lahir yg ke-..."
" Semoga sentiasa berada dlm lindungan&rahmat ALLAH serta dimurahkan rezeki."
" Slm,tgh wat mende tu?. Buat besdey party tak?"
-15.05.2008 11.46am-


TERIMA KASIH
Tanpa saya sedari, setahun lagi umur telah pergi meninggalkan saya. Beberapa mesej masuk ke kantung inbox handset saya dua tiga hari ini. Laman friendster dan juga Email turut menerima beberapa ucapan... Saya hampir melupakan tarikh keramat saya 15 Mei [ 28 Ramadhan 1408 ] dek kerana kecelaruan dan kerisauan kepada exam saya yang akan bermula 20 mei ini...
Terima kasih sahabat2 kerana sudi mengingati kewujudan saya ke dunia ini....
Yang paling istimewa kepada ibu bapa saya yang turut tidak melupakan kelahiran cahaya mata kedua mereka ini dalam keluarga.
Semoga doa mak abah dan juga sahabat-sahabat akan diperkenankan oleh Allah untuk kita bersama.

UMUR ITU

Umur itu telah sedikit sebanyak berlalu meninggalkan kehidupan saya. Dan ia akan sentiasa terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi..


Umur itu tak akan kembali lagi...


Kata orang tua-tua, apabila meningkatnya umur ia juga akan turut meningkatkan kematangan dalam kehidupan kita.

Tapi tidak semua apabila dewasa ia akan menjadi matang..

Kekadang umur itu sekadar menhiasi kehidupan tanpa sesuatu faedah.


" Sebaik-baik kehidupan adalah yang panjang umurnya dan banyak amalannya"


" Seburuk-buruk kehidupan adalah yang panjang umurnya tetapi sikit amalannya"



MENGINJAK USIA
Sedar atau pon tidak, saya telah melalui beberapa zaman kehidupan dari 'title' bayi hinggalah ke tahap remaja. Sekarang semakin hampir menjejak gerbang dewasa.. Bukan senang melalui perjalanan ini sehingga betu-betul menjadi seorang manusia yang berguna pada agama dan masyarakat. Saya amat bersyukur kerana ALLAH membimbing saya di sepanjang perjalanan ini dan terasa diri ini terdidik.
Di hari kelahiran ini, aku tunduk sujud syukur padamu Ya Allah.....
Di hari kelahiran ini, aku menitiskan air mata egoku memohon taubat....
Di hari kelahiran ini, aku rasa nikmat rahmat kasih sayang dipanjangkan usia....
Di hari kelahiran ini.....
Terima kasih Ibu. Didik dalam Sabar hadapi kerenah aku.
Di hari kelahiran ini.....
Terima kasih Ayah. Titik peluh keringat membesarkan aku.
Di hari kelahiran ini......
Terima kasih Sahabat. Memahami erti jatuh bangun bersama.



Ayah bOnda: Jasa agung dalam mendidik aku


MENJANGKAU LEBIH JAUH

Usia baru ini perlu di'upgrade'kan semua bentuk kebaikan dan ' worship '.
Mencari istiqamah dalam kebaikan....
Mencari nilai istimewanya seorang insan...
Mencari mulianya Islam dalam luhur budi menawan...
Mencari sedikit darjat Ilmu dalam amalan...
Agar darjat diri & usia tiada jurang ketinggalan...

Dan lebih mujahadah dalam perit melawan diri dari dalam diri....

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah...
" Beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari....
" Beramallah untuk Duniamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 lagi..."

Di usia ini, aku mahu menjangkau lebih jauh.....

Mencari suatu realiti dan menjadi orang yang berbakti pada diri dan berjasa pada orang lain.....



Jelajah kembara diri


[ Walaupun Bait di bawah ini panjang, cubalah baca dan hayati bait-bait harmoni ini. Semoga lahir rasa kasih sayang pada orang yang paling berjasa dalam hidup kita. Sering kali apabila meningkat remaja dan dewasa, rasa kasih sayang bermanja semakin berkurang terhadap ayah bonda. Ingatlah jasa ayah bonda. Terima kasih Ayah Bonda]


DEDIKASI AKU SERTA AYAH BONDA......

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatap selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan didamba

Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kaulah penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau.....
Umpama sebutir permata
Di lubuk kasih nan bersinar bercahya
Hiasi rumah tangga

Engkau......
Harapan seisi keluarga

Banyakkan doa dan air mata
Yang pasrah kepada yang esa
Padamu ku curah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik diasuh setiap masa
Diajar ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Mengota di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa didalam sejahtera

Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya

Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegar dan menhapuskan dahaga
Tangisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sepi dan tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Membela di hari tua

Waktu bisa mengubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih ilahi
Redahi pancaroba

Andai.. langkahmu tersasar di persimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersabarlah semula
Menghirup imbunan kasih sayang
Sedingin air mata bonda

Engkaulah permata Ayah bonda.............

Titipan Tinta dari Kota Seribu Menara....

DALAM DILEMA...

. 12 Mei 2008
0 comments


Dalam fatrah peperiksaan ini, jiwa saya sedikit serabut. Jadi, blog inilah tempat yang sesuai untuk saya bermonolog sendirian and release tension.

Namun, Alhamdulillah, saya masih lagi berjijak dan bertapak di dunia yang nyata.

Beberapa hari yang lepas saya menelefon keluarga di Malaysia. Bertanyakan khabar ayah bonda n adik-adik disamping memohon 'restu' sebelum memasuki dewan peperiksaan keesokkan harinya.

Lama sudah saya tidak menelefon mereka. Hampir 5 bulan. Hanya sekadar mesej sahaja. Agak lama berbual sehingga habis separuh dolar kad evois saya.

Harapan Ibu saya supaya berjaya dengan cemerlang disini agar dapat cepat balik. Malah tidak juga terlepas harapan untuk saya pulang ke Malaysia tahun ini..hi..hi..
Tambahan pula adik bongsu saya ( Cik Aiman ) bersandarkan harapan yang sama.

Rasa teramat rindu pada mereka. Bila berjauhan barulah terasa berertinya harga sebuah kerinduan...

My lovely family.....

Pada awalnya saya memang tidak berniat atau merancang untuk pulang pada tahun ini. Saya memang merancang untuk menghabiskan cuti semester musim panas di bumi kinanah ini. Tambahan pula cuti sem ini berlarutan hampir 5 bulan.

Apabila bersembang dengan keluarga, keadaan saya berbelah bahagi n terus dilema sama ada mahu pulang atau tidak.

" Oloh!!!!! Lamanya cuti 5 bulan. Kalau macam tu, baik baliklah cuti ni" ujar ayah saya apabila saya memberitahu cuti saya berakhir hingga selepas Aidilfitri nanti.

" Kirimkan mak kurma tangkai yang mekar buat balik ke Malaysia" kata mak saya

AKU DILEMA

Sebelum ini saya merancang untuk pergi Umrah. Namun kos yang boleh tahan mahalnya membantutkan hasrat saya. 1000 dolar. 2 cek tajaan saya pon belum lepas tau!!! Tu belum masuk makan tau... Walaubagaimanapun saya akan tetap pergi jugak pada tahun2 hadapan.Insyaallah.

Kadang-kadang hati saya terlonjak-lonjak meronta untuk pulang....

Tambahan pula dengan suasana Malaysia baru selepas pilihanraya umum lalu.

Kadang-kadang saya merasakan perlu untuk saya balik untuk mengambil kembali atau mengutip kembali semangat yang sedikit pudar, supaya tgidham selepas ini adalah tgidham yang lebih bersemangat dan lebih segar umpama dahulu....

Teman-teman pengubat duka tatkala kejauhan....


Tidak salah andai saya merasakan untuk berehat seketika dalam perjalanan kembara ilmu yang mencabar ini.

Berehat bukan dengan erti kata melepaskan atau mengabaikan semuanya tapi kembali untuk membina kekuatan dan ketumbukan yang lebih padu.

Ayah bonda adalah sumber semangat dan inspirasi terhebat saya. Doa dan kata-kata mereka mampu membuatkan saya menangis n tersedar bangkit kembali.. Bukan senang orang lelaki nak menangis tau!!!!!

Pernah sekali sebelum ini saya terlihat ibu saya sembahyang malam tatkala saya mengulangkaji pelajaran dengan sekelumas harapan kejayaan dan kebahagiaan anaknya.

Melihat wajah ibu bapa juga adalah satu kebaikan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Tapi.....

Macamna keputusan hati saya......

Silau-silau saya bertanya tentang tiket flight. Tiket untuk bulan 6 sudah habis....
Bulan 7 masih ada berbaki beberapa bijik tapi dengan harga yang sedikit tinggi...
Macamna ni???? Xkanlah bulan 8 kot. Tak berbaloi saya rasa...

Apa-apa pon, " Nantazir Wa Naro"

PILIHAN HATI????

Rumusan mudah yang dapat disimpulkan.......

Jika terzohir kewujudan saya di Malaysia, maka sesungguhnya saya telah pulang....

Jika tiada jejak langkah di bumi Malaysia, bermakna saya masih rona di bumi Kinanah ini......

Wasslam....

Titipan tinta dari Kota Seribu Menara.......

ELERGI SEPI...

. 24 April 2008
0 comments


Dari dalam diri........

BUKAN MILIK AKU!!!

. 11 April 2008
1 comments


" Ya Ammu…. "
" Ya Ammu…. "

" Hatti bi genih. Ana ju' awi-awi. Munzu yaumain ana la akul syaiaaan...". Rintih seorang budak baya 8 atau 9 tahun yang sedang menunggani bekya'.

Saya menghulurkan beberapa biji limau yang baru saja saya beli sewaktu balik dari kuliah tadi..

" Syukran ya amm... Semoga Allah merahmati kamu.." Pintas budak itu tatkala menerima pemberian saya...

"Moga doamu terangkat melepasi langit.." Bisik nurani halusku dalam hati.

Bekya' yg kebiasaan terdapat di mesir....

Saya berkeyakinan doa orang beriman yang di dalam kesusahan tidak mempunyai banyak hijab untuk diperkenankan.

Budak tadi serba kekurangan....
Tapi aku, serba kelengkapan.....

BUKAN UNTUK AKU

Sebelum saya bertemu dengan budak tadi, saya terlebih dahulu bertegur sapa dengan sahabat saya yang ingin pergi bertalaqqi di Masjid Azhar. Lantas saya terus menghulurkan beberapa biji limau yang saya beli semasa pulang dari kuliah tadi.

" Moga-moga ilmu yang engkau perolehi turut terbias padaku." Ujar hatiku senyap...

Saya berjalan terus untuk pulang cepat ke Kompleks kediaman memandangkan badan saya terasa terlalu letih dan penat. Hari ini melalui 3 subjek hingga melarat ke waktu asar.

Dalam perjalanan, terdapat seorang peminta sedekah bersama anaknya berada di gigi jalan sedang meminta sesuatu dari orang yang lalu lalang di situ. Mulutnya sentiasa meminta sambil berdoa untuk si pemberi. Saya menghulurkan beberapa biji limau yang masih berbaki untuknya...

Beribu-ribu ucapan terima kasih dan syukur diluahkan oleh peminta sedekah tersebut. Menggambarkan besarnya sesuatu kurniaan yang diberikan walaupun kecil di sisi kita tapi amat besar disisi mereka. Mungkin pada kita, apalah sangat sekadar beberapa biji limau itu.

" Moga rahmatmu sentiasa terlimpah pada hambamu yang engkau kehendaki"
kata-kata itu tersembur dalam hati..

Akhirnya saya sampai ke Kompleks dengan hajat ingin terus merebahkan lena di katil. Menaiki tangga saya bertemu sahabat-sahabat yang ingin ke Husin ( Kawasan masjid dan juga tempat membeli belah ). Saya menghulurkan lagi limau yang masih berbaki di tangan untuk mereka. Kata saya untuk makan sambil jalan-jalan nanti.

Limau itu bukan milik aku......

HIDUP BEREZEKI

Nikmat pengkongsian rezeki...

Rezeki milik ALLAH..........

Allah menentukan rezeki untuk hambanya. Rezeki saya hanyalah 3 biji limau dari 2 kilo limau yang saya beli tadi. Inilah yang dikatakan rezeki itu milik Allah dan bukan milik mutlak makhluk hambanya walaupun hambanya sedang menguasai atau memegang rezeki tersebut. Dengan kata mudah, ini adalah satu pinjaman untuk hambanya sebelum sesuatu rezeki itu kembali kepada ahlinya.

Hattakan rezeki yang sudah berada di tangan atau di mulut kita, ia belum tentu khas untuk kita merasai nikmat rezeki tersebut. Jadi seharusnya kita menyedari hal ini dan tidak merasakan kekuasaan terhadap rezeki atau merasakan rezeki ini "aku yang punya"


Nikmat sekadar ini patut di syukuri...

Berbicara soal rezeki ini sememangnya berkait rapat dengan keimanan dan aqidah kepada Allah serta Qada' dan Qadar Allah. Jangan selalu dipersoalkan tentang rezeki kerana rezeki itu ada untuk setiap makhluknya.....

MURAH REZEKI

Sejauh manakah kita dimurahkan rezeki???

" Idham, jom pergi bawabah (nama tempat). Gi teman jalan-jalan". ujar rakan saya..

" Boleh je.... " balas saya selamba.

Di sana kami makan 'firah' (ayam golek panggang). Wow!!! Rezeki saya murah hari ini kerana sahabat saya belanja saya makan tatkala saya amat lapar setelah sehari tidak makan.

Erti kemurahan rezeki Allah terzahir di sini. Kekadang kita tidak menyedari kemurahan rezeki itu sentiasa bersama kita. Cuma keegoan kita yang hanya bertaraf hamba menutup kecelikkan terhadap kemurahan rezeki Allah. Rezeki tidak hanya meliputi makan minum kita sahaja tapi meliputi semua aspek nikmat dalam kehidupan kita seperti nikmat udara,nikmat kelapangan,nikmat kesihatan dan sebagainya. Ini juga adalah sebahagian nikmat kemurahan rezeki Allah Taala.

Berusaha mencari nikmat ALLAH

Allah Taala juga mengesa manusia supaya berusaha dan bertebaran mencari kemurahan rezeki Allah Taala. Banyak ayat Quran yang menyebutkan hal ini.

"Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". Surah Jumuah 10


Ayat Quran diatas jelas untuk saya menyatakan kaedah mencari kemurahan rezeki Allah Taala:-

1- Lazimi Solat Dhuha
2- Usaha ikhlas dan Redha
3- Sentiasa berdoa & mengingati Allah pd setiap pucuk pangkal
4- Lazimi bersedekah
5- Sentiasa memberi makan pada orang lain.
6- Bermurah hati
7- Selalu menginfakkan harta
8- Tidak sayang pada harta
9- Tidak sombong pada kehebatan dan banyaknya harta
10-Tidak bersendirian/berseorangan merasai nikmat rezeki.


NIKMAT HIDUP PADA MEMBERI

Saya berasa amat bersyukur dikurniakan segala kelengkapan hidup. Amat rintih sayu melihat orang lain yang camping dalam hidupnya....

Aku amat bersyukur padamu Ya Allah......
Jangan hilangkan rasa syukur dalam diri ini...
Moga tidak tergelincir dalam nikmat ini...

Sesungguhnya nikmat ini dituntut untuk dikongsi bersama. Curahkanlah kemanusiaan itu untuk insan di sekeliling kita...

Hayatilah erti sebenar nikmat dan syukur......

Segalanya bukan milik aku tanpa restuMu....

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter