TEKA-TEKI AQIDAH... 45 SOALAN UNTUK UMAT ISLAM..

. 24 Januari 2008
0 comments


45 Soalan yang ditanya oleh pendeta yahudi kepada Waliyullah Abu Yazid Al-Bastomi Radiallahuanhu ketika mana beliau berada dalam majlis keagamaan agama yahudi. Dalam majlis tersebut,pendeta2 serta paderi2 telah hadir untuk merayakan dan menunaikan ibadah korban. Soalan-soalan tersebut adalah:-

1. Apakah satu yang bukannya dua?

2. Dua yang bukan tiga?

3. Tiga yang bukan empat?

4. Empat yang bukan lima?

5. Lima yang bukan enam?

6. Enam yang bukan tujuh?

7. Tujuh yang bukan lapan?

8. Lapan yang bukan sembilan?

9. Sembilan yang bukan sepuluh?

10. Sebutkan sepuluh yang bukan sebelas?

11. Sebutkan sebelas yang bukan dua belas?

12. Sebutkan dua belas yang lengkap?

13. Juga mengenai tiga belas?

14. Sebutkan empat belas yang bercakap dengan tuhan sekalian alam?

15. Sebutkan kaum yang berdusta tetapi dimasukkan di dalam syurga.

16. Sebutkan pula kaum yang benar tetapi dimasukkan di dalam neraka?

17. Khabarkan di mana letaknya roh dalam jasad?

18. Apakah dia Zariatul Zarwa?

19. Sebutkan pula mengenai Haamilatul Waqra (kandungan yang semakin berat)?

20. Apa itu Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah)?

21. Juga mengenai Muqassimatul Amra (menyumpah melakukan sesuatu perkara)?

22. Khabarkan sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh?

23. Khabarkan kubur yang bergerak membawa tuannya?

24. Khabarkan mengenai air yang tidak keluar dari tanah dan tidak turun dari langit?

25. Khabarkan mengenai empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia, dan malaikat, dan tidak pula keluar dari salbi ayah dan rahim ibu?

26. Sebutkan mengenai darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini?

27. Sebutkan mengenai sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan memperingati kita supaya senantiasa berjaga-jaga dengannya?

28. Sebutkan mengenai satu kejadian Allah kemudian menjelikkan dan memburukkannya?

29. Sebutkan mengenai sebaik-baik wanita?

30. Sebutkan juga sebaik-baik sungai?

31. Khabarkan sebaik-baik bukit?

32. Sebaik-baik binatang?

33. Apakah sebaik-baik bulan?

34. Apakah dia sebaik-baik malam?

35. Khabarkan apakah sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh?

36. Apakah pokok yang mempunyai dua belas dahan dan setiap dahan itu mempunyai tiga puluh helai daun serta setiap daun ia mempunyai lima kuntum bunga, dua daripadanya terang seperti matahari dan tiga daripadanya gelap gulita?

37. Sebutkan mengenai sesuatu yang mengerjakan haji di Baitullah dan dia tidak mempunyai roh dan tidak pula diwajibkan ke atasnya?

38. Sebutkan berapakah jumlah para Nabi yang diutuskan oleh Allah dan berapakah jumlah para Rasul?

39. Sebutkan empat perkara yang berbeza rasanya, sedangkan ia keluar dari asal yang satu?

40. Sebutkan mengenai Naqir, Fatir dan Qitfir?

41. Sebutkan mengenai Sabdu, Labdu?

42. Sebutkan mengenai Thum dan Rhum?

43. Ceritakan mengenai apa yang diakatakan anjing ketika menyalak, keldai sewaktu berbunyi, kuda sewaktu berbunyi, unta sewaktu berbunyi, apa yang diucap oleh beburung sewaktu berkicau, apa yang diucapkan oleh katak di dalam tasbihnya dan apakah dimaksudkan oleh loceng sewaktu dipalu?

44. Ceritakan pula kaum yang mendapat wahyu dari Allah, sedangkan ia bukan dari kalangan jin, manusia ataupun malaikat?

45. Ceritakan pula ke mana perginya malam apabila siang dan siang sewaktu malam?

JAWAPAN-JAWAPAN:

1. Satu yang bukan dua adalah ALLAH SWT yang tidak ada sekutu bagi-Nya

2. Dua yang bukan tiga adalah siang dan malam. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami)[1]

3. Tiga yang bukan empat adalah Arasy, Kursi dan Qalam (pen).

4. Empat yang bukan lima adalah kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu; Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Lima yang bukan enam adalah ibadat fardhu sembahyang yang diwajikan ke atas setiap Muslim dan Muslimah.

6. Enam yang bukan tujuh adalah enam hari seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.[2]

7. Tujuh yang bukannya lapan adalah tujuh lapisan langit seperti mana firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dialah Allah yang telah mengaturkan kejadian tujuh lapisan langit.[3]

8. Lapan yang bukannya sembilan adalah malaikat yang menanggung Arasy Allah sebanyak lapan malaikat dengan firman-Nya:

Maksudnya:

Dan Arasy Tuhan-mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.[4]

9. Sembilan yang bukannya sepuluh adalah sebuah Madinah (kota) yang telah didiami oleh sembilan keturunan yang melakukan fasad (kerosakan) di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di muka bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan seikit pun.[5]

10. Sepuluh yang bukan sebelas adalah kewajipan yang ditunaikan di Mekah dan diwajibkan ketika menunaikan ibadat haji. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh hari yang sempurna.[6]

11. Sebelas yang bukan dua belas adalah saudara-saudara Nabi Yusuf AS. (sebelas orang tidak termasuk Nabi Yusuf AS)

12. Dua belas yang lengkap adalah dua belas keturunan dari kalangan Bani Israel. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintah-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka ua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing)[7]

13. Mengenai tiga belas adalah apa yang dilihat oleh Nabi Yusof dalam mimpinya. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Ketika Nabi Yusuf AS berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormati kepada-Ku”[8]

14. Empat belas yang berkata-kata dengan Allah adalah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi selepas dicipta-Nya, Allah bertanya kepada mereka sama ada mereka akan menghadap dan menyembah Allah dengan cara taat atau secara paksaan, maka mereka menjawab yang mereka akan datang kepada Allah dengan cara taat. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kapadanya dan kepada bumi; “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dngan paksa!” Keduanya menjawap; “Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela”)[9]

15. Kaum yang berdusta tetapi dimasukkan ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula mlumurkan baju Yusuf dengan darah palsu[10]

16. Kaum yang mempercayai dan membenarkan akan tetapi dimasukkan ke dalam neraka adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)”, dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar).[11] Mereka ini membenarkan dan mempercayai-Nya dan dimasukkan ke dalam neraka

17. Letaknya roh dalam jasad dan kedudukannya adalah di antara dua telinga dan di bahagian muka.

18. Zariatul Zarwa adalah angin yang empat. Iaitu dari mata angin yang empat; utara, selatan, timur dan barat.

19. Hamilatul Waqra (kandungan yan semakin berat) adalah awan.

20. Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah) adalah sampan atau kapal yang bergerak di atas air.

21. Muqassimatul Amra (menyumpah akan melakukan sesuatu) adalah malaikat yang senantiasa bersumpah dan mendoakan kepada manusia supaya diberikan rezeki oleh Allah iaitu pada malam lima belas bulan Sya’aban.

22. Sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh adalah fajar subuh.

23. Kubur yang bergerak membawa tuannya adalah ikan paus yang telah menelan nabi Allah Yunus dan membawanya merentas tujuh lautan.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi adalah air yang dihadiahkan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman AS merupakan satu tempayan air yang diambil dari peluh kuda.

25. Empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia dan malaikat serta tidak keluar dari salbi ayah dan rahim ibu adalah Kibas (kambing) yang diganti sebagai korban kepada nabi Ismail AS dan tongkat nabi Musa AS serta Adam dan Hawa.

26. Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini adalah darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil.

27. Sesuatu yang diciptakan Allah kemudian Dia menyuruh kita berjaga-jaga kepadanya adalah tipu daya dan helah perempuan. Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:

Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.[12]

28. Satu kejadian Allah, kemudian Dia memburukkan dan menjelikkannya adalah suara keldai. Firman Allah:

Maksudnya:

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai[13]

29. Sebaik-baik wanita ialah Hawa, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aishah, dan Asiah isteri Firaun serta Maryam binti Imran (ibu kepada Nabi Isa AS)

30. Sebaik-baik sungai adalah Sungai Sihun,Sungai Jihun, Sungai Furat dan Sungai Nil.

31. Sebaik-baik bukit adalah Bukit Thursina (tempat Nabi Musa bermunajat sehingga diturunkan kitab yang pertama iaitu kitab Taurat).

32. Sebaik-baik binatang ialah kuda.

33. Sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan.

34. Sebaik-baik malam adalah malam Lailatul Qadar yang mana kebaikannya menyamai kebaikan seribu bulan jioka kita beramal pada malam tersebut.

35. Sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh? Jawabnya adalah tongkat nabi Musa AS. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(17) Nabi Musa menjawb; “Ini adalah tongkatku, aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu agar gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.(18) Allah telah berfirman: “Campakkan tongkatmu wahai Musa!”(19) Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.(20)[14]

36. Pokok tersebut ialah tahun. Manakala dua belas dahan bermaksud dua belas bulan dan tiga puluh daun bermaksud, dalam sebulan ia mempunyai tiga puluh hari. Lima kuntum bunga adalah fardhu sembahyang lima waktu, dua waktu dikerjakan di sebelah siang dan tiga waktu lagi dikerjakan di sebelah waktu malam.

37. Adalah kapal (bahtera) Nabi Nuh AS. Di mana mereka telah pergi mengerjakan haji sewaktu banjir besar dan taufan.

38. Jumlah nabi kesemuanya adalah sebanyak 124 000 orang, manakala jumlah rasul kesemuanya adalah sebanyak 313 orang.

39. Jawapannya adalah dua biji mata, dua telinga, hidung dan mulut. Air dari dua biji mata dan hidung masin, air dari dua telinga pahit serta air dari mulut manis.

40. Fatil adalah lengkuk di sebelah dalam kacang, Naqir pula lengkuk di sebelah belakang kacang manakala Qitfir adalah kulit luarnya.

41. Sabdu dan Labdu ialah bulu biri-biri ataupun kambing.

42. Thum dan Rhum adalah umat yang terdahulu sebelum kejadian nabi Adam AS.

43. Keldai berbunyi ketika ia melihat syaitan dan berkata; “Allah melaknat satu persepuluh”.[15]

Anjing menyalak kerana ia berkata; “Celakalah bagi ahli neraka yang mendapat kemurkaan yang Maha Berkuasa”.

Kuda merengek kerana ia berkata; “Maha Suci Allah yang memeliharaku sewaktu dua musuh sedang berkelahi dan berbunuh-bunuhan”

Unta berbunyi kerana ia berkata; “Harapanku hanya pada Allah dan hanya kepada-Nya sahaja aku bertawakkal”

Katak berbunyi kerana ia mengucapkan; “Maha Suci Allah yang selayaknya disembah pada setiap yang terang dan tersembunyi serta Maha Suci Allah yang gagah perkasa”.

Beburung berkicau kerana ia berkata; “Maha Suci Allah di setiap pagi dan petang”.

Maksud loceng ketika dipalu ialah; “Maha Suci Allah yang Maha Benar dan hak. Lihatlah wahai anak Adam ke timur dan ke barat, tidak ada seorang pun yang hidup kekal di dunia ini”.

44. Kaum yang mendapat wahyu dari Allah dan mereka bukan dari kalangan jin, manusia dan juga malaikat ialah lebah. Firmat Allah SWT:

Maksudnya:

Dan Tuhanmu memberi wahyu (ilham) kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”.[16]

45. Dan yang terakhir ialah kedua-dua perkara ini amatlah berat dan rumit kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Selepas menjawab kesemua soalan yang diberikan,maka Abu Yazid mengemukakan satu soalan kepada ketua segala paderi dan pendeta yahudi tersebut. Soalan tersebut adalah :-

" Ceritakan kepadaku mengenai anak kunci pintu syurga dan anak kunci pintu langit?"

Mereka semua tidak mampu untuk menjawabnya. Akhirnya Abu Yazid berpaling kepada ketua mereka,lalu beliau mengatakan bahawa bukan beliau tidak mampu untuk menjawab persoalan itu,Cuma ditakuti jawapannya tidak dipersetujui oelh para pengikutnya.

Lalu mereka seraya berkata mereka akan bersetuju dengan apa2 jawapan dari ketua mereka.

Maka ketua mereka menjawab : Anak kunci pintu syurga dan anak kunci pintu langit adalah KALIMAH SYAHADAH

ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻞ ﺍﷲ

KEMUDIAN MEREKA SEMUA AKUR DENGAN JAWAPAN KETUA MEREKA DAN KESEMUA MEREKA, TERMASUK KETUA YAHUDI ITU MEMELUK AGAMA ISLAM.[17]

©Atmd/feb/86/Egypt…//nov2005


[1] Surah Al-Isra’ : 12

[2] Surah Qaff : 38

[3] Surah Al-Mulk : 3

[4] Surah Al-Haqqah : 17

[5] Surah An-Naml : 48

[6] Surah AL-Baqarah : 196

[7] Surah Al-Maidah : 12

[8] Surah Yusuf : 4

[9] Surah Fussilat : 11

[10] Surah Yusuf : 18

[11] Surah Al-Baqarah : 113

[12] Surah Yusuf : 28

[13] Surah Luqman : 19

[14] Surah Tooha : 17-20

[15] Satu persepuluh adalah orang-orang yang meminta satu persepuluh daripada sesiapa sahaja yang ingin membuat urusan dengannya sama ada perniagaan, saham, ataupun sebagainya.

[16] Surah An-Nahl : 68

[17] Keseluruhan Rujukan: Qishashul Anbiyak Lil Arais m/s 485

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM…

.
0 comments


Menjaga kesihatan dituntut dalam Islam. Namun, kita mungkin terlepas pandang mengenai hal2 yang remeh dalam penjagaan kesihatan ini. Kadang-kadang, perkara ini selalu kita lakukan tanpa sedar mahupun dalam keadaan sedar. Ikuti tips atau petua ini... Selamat membaca.........

Larangan-larangan terhadap amalan seharian dan amalan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan.

1) Mandi setelah makan.

2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.

3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.

4) Berjaga malam selain dari qiamullail.

5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam

6) Tidak boleh sama sekali berjimak ketika keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.

2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.

3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.

4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.

5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang

6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.

2) Tidur banyak.

3) Makan banyak.

4) Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Banyak jimak.

2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.

3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri

4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

AMALAN SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minum madu lebah asli yang diletakkan dalam air sejuk (masak)

2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

AMALAN BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.

2) Sentiasa bersugi.

3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

FAKTOR2 KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.

2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.

3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut

4) Tidak membaca Al-Quran.

5) Makan/minum makanan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram

6) Mengumpat dan mengata.

7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.

8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).

9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.

10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati

2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah

3) Sebaik-baiknya bersembahyang selepas makan supaya makanan mudah hadam

WAKTU2 YANG DILARANG MEMINUM AIR BAGI MENDATANGKAN KESIHATAN PADA BADAN

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat

2) Selepas berjimak.

3) Selepas makan atau sebelumnya.

4) Ketika sedang makan.

5) Selepas memakan buah-buahan.

6) Selepas keluar dari bilik mandi.

7) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak dalam keadaan

berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam kemudian bersugi. berwuduk dan

bersembahyang tahajud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Banyak melakukan jimak.

2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

3) Banyak minum air di waktu pagi.

4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.

2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).

3) Kurang tidur.

4) Sentiasa mandi di tengah malam.

5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.

6) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.

2) Melihat kepada palang +/salib.

3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar

4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.

5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.

6) Banyak menangis.

P/s : Semua fakta ini adalah perolehan dari emel pengunjung kepada penulis,,,,,

ADAKAH KITA SIA-SIA????

.
0 comments


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa

untuk ibu bapa sendiri,teman2 dan kaum muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus

Ayat tiap-tiap hari..

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa

mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada

penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu

tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak

mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang

keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak

dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu

yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia

sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

KUATKAN IMAN KITA…..

.
0 comments

Iman kita adalah bertambah dan berkurang.. Jadi, kita perlukan sesuatu rangsangan motivator dan cara yang bertepatan untuk menjamin kestabilan iman kita malah supaya terus meningkat dari masa ke semasa. Ikuti 50 tips berikut dan cuba aplikasikan dalam hidup kita. INSYALLAH....


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat

02. Sabar apabila mendapat kesulitan

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

08. Jangan irihati dengan kekayaan orang

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang. ( Tapi perlu jugakan???)

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan

11. Jangan tamak kepada harta

12. Jangan terlalu ego atas sesuatu kedudukan

13. Jangan hancur kerana kezaliman

14. Jangan goyah kerana fitnah

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. Jangan sakiti ayah dan ibu

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk

24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid

25. Biasakan sholat malam

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan hormati fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan & mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia ( tp dlm blog saya ada juga topic ni..hu..hu.. )

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takabur dan degil

42. Berlakulah adil dalam segala urusan

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

46. Eratkan hubungan silaturrahim

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

48. Berkata-kata pada perkara yang perlu

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.( Tunggu apa lagi???hu…hu )

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu"

Kenal Diri Sendiri...

. 20 Januari 2008
0 comments


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.


1. Pemimpin

2. Lembut

3. Kemas (Cerewet)

4. Rajin

5. Boleh berbincang

6. Angin

7. Patuh

8. Bisnes

9. Glamour


Contoh: 20-05-1981 2 + 0 = 2


Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26


Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti: 2 + 6 = 8


Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 2 + 8 = 10


Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1


Maka kotak ketiga ialah 1..


hasilnya..


2: Lembut

8: Bisnes

1: Pemimpin


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna

APA KAITANNYA TARIKH LAHIR & DIRIMU!!!!!!!

.
0 comments



AWAS!!!! Walau apapun personaliti anda...........teruskan membaca> tetapi jangan mempercayainya...... Sekadar untuk humor bersama n muhasabah jugak kalau ianya betul sebati pada diri kita.....

>> 1hb> Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal> cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab> itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

>>2hb> Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang> dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar> digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa> yang mampu mengubahnya.

>>3hb> Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan.> Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak> endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan> untuk didekati.

>> 4hb> Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut> perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering> tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali.> Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

>>5hb> Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh> memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat> pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

> >6hb> Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik> hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau> bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

>>7hb > Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun> sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan> pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

>> 8hb> Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi> pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya> nafsu semata-mata saja!

>>9hb> Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan> ketrampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang!> Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.

>>10hb> Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan> keluarga> daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga>> yang besar.> Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

>> 11hb> Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur> kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia> juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup> ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

> >12hb> Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan > komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai> yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun> berpunya!!

>> 13hb> Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.> Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu> sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta,> kamu amat pandai menjaga perhubungan.

>>14hb> Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup.> Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada> sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup> kamu!!

>> 15hb> Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu> secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan> terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap> kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

>>16hb> Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan> sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia> boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

>>17hb> Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu> sendiri. Namun sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak> tahu perasaan sebenar kamu.

> >18hb> Wah! Rupa-rupanya kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih> lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga> mendatangkan tekanan pad diri kamu. Dalam perhubungan cinta,> mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

>>19hb> Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan> termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih> suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

>>20hb> Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan.> Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik> minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

> 21hb> Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang > lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih> baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak> suka sebelum terlambat.

>>22hb> Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita> tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan> memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di> sampingnya.

>> 23hb> Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka> mendampingi> kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping> teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu> serius dalam hidup.

>>24hb> Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan> cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat> menggongkong si dia.

>>25hb> Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan> yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum> sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

>> 26hb> Ish!!! Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius> dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan> keseronokan saja!!!!

>>27hb > Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun> kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

>> 28hb> Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan> teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan,> kamu> meminggirkan si dia tanpa disedari.

>> 29hb> Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja> selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

> >30hb> Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu> dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

>> 31hb> Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu,> hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!>>

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter