KETIKA CINTA BERTASBIH

. 26 November 2009
0 comments

Menonton filem ini bagaikan tak puas. Saya mengamatinya berulang-ulang kali. Pengolahan konflik dan jalan ceritanya cukup memuaskan. Untuk lebih menghayati, saya cadangkan anda membaca novelnya terlebih dahulu.

Saya tidak ingin memberi ulasan atau komentar mengenai filem ini. Banyak sudah ulasan yang terbit di sana-sini.

Cuma, filem ini mengingatkan saya kepada liku-liku denai kepayahan tempat saya menuntut ilmu hari-hari. Denai-denai indah Al-Azhar yang memenatkan dan menuntut pengorbanan yang seribu.

Apabila menonton filem ini, sedikit sebanyak akan rasa bersemangat kembali sebagaimana Khairul Azzam yang menempuh hidup jauh lebih susah dan memeritkan di tempat yang sama sebagaimana saya berada sekarang!!!

P/S : Menunggu bila lagi Ketika Cinta Bertasbih 2...

post signature

APA YANG CUKUP BAGI ORANG KAYA???

. 22 November 2009
2 comments

Akhbar baru-baru ini melaporkan rungutan dan aduan mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa tahun lepas terhadap bantuan bulanan kerajaan yang tidak mencukupi.

Kerajaan Selangor memberikan bantuan kewangan bulanan RM1000 kepada 38 keluarga mangsa terbabit sejak April tahun ini. Tragedi awal pagi 6 Disember tahun lalu itu, telah mengorbankan lima nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Namun, mangsa terbabit tampil membuat aduan media menyatakan bahawa bantuan BULANAN Kerajaan RM1OOO adalah TIDAK MENCUKUPI. Sumber berita DISINI

Bengang saya baca laporan ini.

Isu bantuan kemanusiaan tidak menjadi masalah jika kita memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tetapi persoalannya,adakah bantuan kita itu bertempat dan dihargai???

Di awal bencana dahulu, sebuah Yayasan Islam telah membuat satu tabung khas untuk membantu mangsa-mangsa tersebut. Tabung tersebut meminta bantuan kewangan dan juga barangan harian daripada orang ramai.

Ya, saya akui, itu amalan murni dan langkah yang terpuji. Tetapi, cuba kita lihat kembali respons daripada mangsa yang terlibat. Kebanyakkan mangsa yang terlibat hanya mahu tinggal sementara di hotel!!! Tiada seorang pun yang sanggup tinggal di penempatan sementara di balairaya yang dibuka oleh kerajaan.

Tiada yang hendak merendahkan status mereka sebagai golongan elit. Namun, adakah bantuan kepada orang seperti ini wajar???

Bagi saya, nilaian RM 1000 sebulan itu sudah cukup besar jika digunakan secara 'sedar diri' dan berhemah oleh mereka. Kalau sudah menginap di hotel atau penempatan bertaraf hotel, macamana hendak cukup???

Buat masa sekarang, mereka menyewa di sekitar kawasan perumahan elit Taman Bukit Perdana, Apartment Beverly Heights dan Taman Tun Abdul Razak. Kadar sewaan mereka mencecah RM3,000 sebulan.

Dalam keadaan sudah ditimpa bencana pon, mereka masih bermewah-mewahan. Aduh!!! Memang tidak sedar diri!!!Mereka ke sana bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kemewahan. Mahukah mereka bantuan kita sekampit beras, sedangkan duit simpanan di bank ratusan ribu?

Mahukah kita berikan sehelai cadar, sedangkan selimut mereka bagaikan awan gemawan berapung sutera?

Sepadankah bantuan sebiji bantal, jika katil dan cadar mereka berjenama Rozel?

Mahukah mereka dengan bantuan kita, jika tilam kita setebal satu inci, sedangkan karpet mereka tebal tiga inci?

Mahukah mereka dengan pemberian perabot kita, kalau perabot mereka sama besar dengan ruang dapur rumah kita?

Mahukah mereka dengan pemberian selimut kita, kalau kain langsir mereka sepuluh kali ganda mahalnya?

Mahukah mereka dengan bantuan penempatan kita di balai raya, kalau hotel mewah tempat mereka menginap?

Mahukah mereka dengan bantuan kita, kalau daftar barangan mereka agar tidak dirompak, melebihi RM30 ribu?

Kesalkah kita tentang bantuan kita, kalau home teater di ruang tamu mereka, sama dengan belanja lima tahun anak kita ke universiti?

Kenapa tidak kepada mangsa banjir di Kelantan atau di Terengganu? Mereka yang ditimpa banjir di sana jauh lebih terdesak daripada golongan elit ini.

Mereka komplen kepada menteri, kita komplen kepada JKKK sahaja.

Kita tenggelam basikal atau motor Honda lampu bulat, sedangkan Mercedes mewah mereka hanya kemek di pintu kiri.

Kita tenggelam kebun sayur. Kita tenggelam ladang lembu. Mereka hanya tenggelam taman orkid sahaja...

Ingatlah... Bencana itu peringatan.
Bagi bantuan pon mahu merungut lagi. Aparahhh!!!

P/S : Memang orang kaya tidak pernah bersyukur dan berasa cukup. Tidak pernah sedar diri. Tapi bukan semua...huhu

post signature

WANITA & FACEBOOK

. 20 November 2009
3 comments

Saya menyakini bahawa pada waktu sekarang, ramai di antara kita yang menyertai rangkaian sosial atau 'social networking' di internet. Tidak kiralah samaada facebook, friendster, hi 5, my space atau sebagainya.

Sepanjang anda terlibat dengan social networking ini, adakah anda mengetahui bahawa social web ini didominasi penuh oleh kaum wanita??? Nisbah penggunaan social networking antara wanita dan lelaki adalah dengan nisbah 2:1.

Jika dilihat daripada statistik di atas, hanya laman social netwoking Digg sahaja yang didominasi oleh kaum lelaki. Mungkin kerana, laman ini lebih kepada content sharing site yang tidak berapa menarik minat bagi kaum wanita. Manakala laman seperti Youtube, penggunaan antara lelaki dan perempuan adalah seimbang.

Yang lebih mengujakan, lebih separuh daripada pengguna facebook dan twitter adalah terdiri daripada wanita.

Menurut Dr Jason Wilson dari University of Wollongong, beliau mengulas statistik ini dengan berkata,

"It is clear, sites like Facebook and Twitter to offer Internet services that interest women. One of them is an activity to share information, photos and video".


Sumber statistik DISINI dan DISINI

Jadi, sekarang ini tidak hairanlah mengapa kaum wanita suka meng'upload' gambar-gambar mereka dan kerap meninggalkan komen di laman sosial ini kerana mereka suka berkongsi informasi dan gambar mereka kepada rakan-rakan mereka.

Kaum lelaki pula??? Mereka hanya berminat untuk melihat

post signature

MEREKA KAUM YANG GILA BOLA

. 18 November 2009
2 comments

Malam ini Mesir akan menentang Algeria dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia 2010. Jika Mesir menang malam ini, Mesir akan layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia nanti. Jika ini terjadi, maka kegilaan mereka akan bertambah-tambah menjadi.

Hari ini saya terpaksa pulang awal ke rumah. Alhamdulillah, sampai juga ke rumah pada awal maghrib tadi. Jika tidak, saya akan bertarung dengan kesesakan yang menggila malam nanti.

Orang Mesir cukup ekstrim dan taasub dengan bola. Kalau bercakap pasal bola, pasti melambung-lambung pujian dan ulasannya kepada kontinjen bola sepak mereka... Jika ada sahaja perlawanan bola sepak, pasti Bandar Kaherah akan bergegar...

Bergegar dengan suara tempik sorak, bunyi hon yang membingitkan, bunyi mercun yang berdentum-dentum disana-sini, bunyi gendang berpalu-palu, aduh!!! Sakit jiwa aku...

Di hadapan kompleks kediaman saya (Suq Sayyarat), ada dua skrin gergasi yang disediakan untuk menonton setiap perlawanan bola sepak.

Kerana bola sepak juga, sesetengah kelas pengajian terpaksa dibatalkan. Tatkala cuti sekolah, lebih-lebih lagi menghairahkan. Mereka hanya bermain bola tanpa henti hingga awal pagi. Mereka sanggup bermain pada waktu tengahari tatkala panas terik musim panas.

Orang Mesir cukup mudah digula-gulakan dan dikhayalkan hanya dengan sebiji bola. Sebiji bola boleh membawa kesan yang besar kepada penduduk Mesir.

Tak dapat nak dibayangkan jikalau Israel datang menyerang tatkala orang mesir mabuk dengan bola-bola mereka. Mungkin tentera Israel dapat menyettlekannya dengan mudah tanpa sebarang tentangan yang banyak. Israel dan Mesir tak jauh pon. Hanya sempadan sahaja... Aduh!!! Dunia akhir zaman...

Saya doakan Mesir kalah malam ini...huhu

P/S : Berpada-pada pada sesuatu perkara...

post signature

MENJADI DIRI SENDIRI

. 14 November 2009
1 comments

Kata-kata seumpama ini biasa kedengaran :-

"Kenapa enta pakai songkok ni??? Macam pemuda UMNO je... Tak macam ustaz ngaji Azharlah"

"Awak kenalah jadi macam si dia. Barulah layak pemimpin"


"Saya nak jadi macam Anwar Ibrahimlah. Dia tokoh yang hebat!!!"

"Kalau nak berdakwah, enta kenalah jadi macam Ustaz Azhar. Pandai buat lawak"

Aduhhh!!! Manusia memang banyak mengomen dan mengomelnya...

Setiap manusia mempunyai kelebihan, potensi serta upaya bakat yang tersendiri. Kelebihan kurniaan Allah ini jarang manusia perhati dan teliti sebagai salah satu di antara nikmat-nikmat Allah yang agung. Namun, upaya bakat ini kadang-kadang tersembunyi serta sedikit segan untuk tertonjol keluar.

Apa yang penting, olahan itu bagaimana...

Salah satu keagungan Baginda Nabi SAW adalah kemampuan Baginda untuk menempatkan Para Sahabat Baginda sesuai dengan kemampuan bakat dan kesediaan mereka sendiri.

Saidina Ali ditempatkan pada kedudukan kehakiman. Saidina Muaz dalam masalah keilmuan. Saidina Ubai dalam hal ehwal Al-Quran. Zaid dalam bidang Faraid. Khalid Al Walid dalam konteks jihad dan strategi ketenteraan. Qais Bin Thabit pula dalam hal ehwal pidato dan pengucapan umum.

Menyatu serta hanyut dalam sahsiah diri orang lain pada hakikatnya adalah satu perbuatan membunuh diri. Memakai baju sahsiah orang lain adalah satu pembunuhan terancang. Membunuh anugerah yang Allah kurniakan serta tidak mengakui hakikat kehebatan diri sendiri.

Umpama hanya meminjam baju orang lain untuk dipergayakan sedangkan kita mempunyai baju yang jauh lebih cantik dan menawan daripada baju yang dipinjam itu. (Sape2 yang pinjam barang-barang saya tu, hantar-hantarlah... Jangan buat macam harta sendiri plop...Geram btol!!!)

Salah satu tanda dan fenomena kebesaran Allah adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia, nilai sahsiah yang berbeza, warna kulit serta tutur kata bahasa yang berbeza.

Saidina Abu Bakar yang tampil dengan kelembutan serta sahsiahnya yang pengasih sudah memberi manfaat yang besar bagi umat dan agama.

Saidina Umar Al Khattab dengan sikapnya yang keras dan keteguhannya sudah membangkitkan kekuatan Islam dan penganutnya.

Dengan kata lain,menerima dengan penuh kerelaan anugerah dan pemberian yang ada pada diri kita merupakan satu suruhan. Oleh itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah dan dapatkanlah manfaat daripadanya.

Taklid buta dan terlalu mudah melebur dalam sahsiah diri orang lain merupakan penguburan hidup-hidup terhadap bakat yang Allah kurniakan.

Pembunuhan terhadap kemahuan diri sendiri adalah penghancuran secara sistematik terhadap sahsiah penciptaan manusia itu sendiri. Jangan di depan lain, di belakang lain.

"Dan tiap-tiap umat, ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu ke jalan kebaikkan"

(Al-Baqarah : 148)
Jangan bersedih dan kecewa jika tidak dapat terbang ke bangunan tinggi meskipun mempunyai sayap di bahu. Tapi, kita masih ada kaki yang boleh sampai ke bangunan tinggi itu juga.

Oleh itu, berusahalah menjadi diri sendiri dan bukannya menjadi diri yang hipokrit.

post signature

SURAT IBU

. 10 November 2009
1 comments

Semalam, saya menerima beberapa kiriman dari Malaysia. Gembira rasanya. Terselit juga bersama kiriman tersebut sepucuk surat beserta sekeping kad bank.

******************************
Assalamualaikum,

Semoga Anakanda berada dalam Rahmat Allah selalu dan sentiasa sihat walafiat.

Anakanda,
Belajarlah bersungguh-sungguh dan kejarlah cita-cita Anakanda. Jangan sia-siakan masa dan usia muda ini. Carilah ilmu sebanyak yang mungkin.

Mak tak ada harta hendak tinggalkan pada anak-anak. Hanya ilmu dan anak-anak yang soleh yang mak harapkan.

Jangan sibuk sangat dengan berpersatuan hingga abaikan pelajaran. Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Cubalah sedaya upaya.

Sekarang ini Abang Ngah .................................................................
................................................................................................
.............................................................................................
...

Mak harapkan anak-anak yang soleh. Anak-anak yang boleh mendoakan untuk mak nanti. Mak sentiasa berdoa semoga anak-anak berjaya dunia dan akhirat.

Salam kasih sayang dari mak dan abah.

Wassalam

4 Zulkaedah 1430
24 Oktober 2009

***************************
Di sepanjang kejauhan ini, hanya gambar dan surat sahajalah yang menjadi peneman dan pengulik saya di kala kerinduan yang panjang ini.

Berada jauh dari ibu bapa, adakalanya saya lemah. Ada kala saya futur. Ada kala saya benci. Ada kala saya geram,tertekan dan kadang-kadang saya jatuh rebah tersembam ke tanah.

Sedih dan sakit saya, surat-surat sebeginilah membuatkan saya cuba untuk bangkit kembali...

Mungkin inilah yang dikatakan Azimat Ibunda...

P/S : Rasa seperti ingin pulang ke Malaysia tahun ini... Tapi rasa sayang pula... Tengoklah dulu...!!!

post signature


Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter