Mentaliti dan fikrah sepatutnya menjadi pegangan serta pendirian 'peribadi' masing-masing dan ia tidak boleh dicampur adukkan.
Persaudaraan pula adalah bersifat universal dan menyeluruh tanpa sebarang kenkangan dan halangan. Ini adalah dua entiti yang berbeza
Semalam, kami Barisan Exco KPT mengakrabi pertemuan dengan Tuan Haji Kamal Abdullah, Pegawai HEP Terengganu Mesir yang baru.
Saya sangat gembira kerana satu lagi jalinan dapat saya simpulkan dengan erat disini. Moga simpulan tali ini berterusan kukuh tanpa rapuh dek usia walaupun ada sahaja 'gunting' yang ingin memotongnya.huhu...
Saya ucapkan 'Selamat Datang' ke Bumi Anbiya' Arhdul Kinanah...
P/S : Saya gembira..huhu
PERTEMUAN ITU
Labels: Diari SayaKITA LEMAH....
Labels: ArtikelManusia ini terlalu lemah. Tidak berdaya untuk melakukan sesuatu apa pun sebenarnya tanpa pertolongan dari Allah.
Lidah dan mulut adalah anggota yang mudah 'terseleweng' untuk jatuh kepada dosa. Malah lebih mudah mengundang kepada simptom 'cacat emosi'.
Saya bawakan satu latihan yang sangat mudah untuk menguji bahawa kita adalah sangat lemah.
Cuba anda menyebut perkataan 'Bismillah...'. Anda hanya perlu sebut 'Bis' sahaja tanpa menutup mulut. Mampukah?
Hasil survey yang dibuat, semua orang PASTI dalam keadaan 'ternganga' sebab mustahil sekali menghasilkan 'Bis' tanpa menutup mulut.
Itulah manusia... nak bercakap pun tak mampu tapi masih tak sedar diri dan still merasakan diri terlampau hebat !'
Emmm.. saya pun terfikir sendirian, apalah halnya orang yang dikurniakan nikmat bercakap tapi menggunakan mulutnya untuk perkataan mencarut, memaki hamun,menfitnah,menuduh orang dan pelbagai perkara yang sia-sia...
Memang kufur nikmat namanya....!!!!
P/S : Bila anda melontar batu ke arah orang lain, kemudian menyembunyikan tangan di belakang,
Itu bacul namanya......
LELAKI & WANITA : PANDANG BERBEZA.
Labels: ArtikelBiasa kita dengar perihal orang lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Perempuan 1 akal, 9 nafsu. Ust Hasrizal menafsirkan kenyataan ini sebagai lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi manakala perempuan mempunyai 9 emosi dan satu logik.
Pada saya ia adalah satu kebenaran.
Apa yang dapat saya simpulkan :-
Lelaki.... cukup mudah.
Perempuan.... banyak yang perlu difikirkan....
NOTA HARI INI [2]
Labels: Diari SayaHari ini saya memang rasa tidak sedap badan. Demam masih berselubung dalam tubuh badan. Rasa mahu tidur lagi namun saya masih belum solat lagi waktu itu. Tidak dapat tidak saya harus bangun juga.
Hari ini juga dalam catatan 'planner guide', saya ingin ke Pantai Dumyat Jadidah. Jadi, bangun tidur saya selain daripada menunaikan kewajipan, ada juga aktiviti bakal terisi.
Nota kali ini akan pergi jauh ke Kota Dumyat. Sebuah bandar yang cantik. Saya katakan ia sebagai 'Bandar Dalam Taman' umpama Bandar Putrajaya namun ia masih still belum dapat menandingi Putrajaya.kui3x.
Kota Dumyat adalah salah satu muhafazah (negeri) di sebelah Utara Mesir. Terletak di antara Lautan Mediterranean dan juga Sungai Nil. Jarak Kota ini dengan Bandar Kaherah adalah 200km dan memakan masa hampir 3 jam setengah perjalanan dengan kelajuan 150km/jam.haha3x.
Terkenal sebagai perlabuhan terbesar juga di Mesir. Disini juga terdapat pertemuan 2 laut antara Lautan Mediterranean dan juga Sungai Nil. Kota ini juga terkenal sebagai tempat pelancongan dan kaya dengan hasil laut. Nak tahu lanjut fakta, KLIK DISINI
Nota hari ini adalah 'kerang'. Berikut adalah nota dan pemandangan sekitar catatan saya kelmarin.
Berjalan,melihat dan mentafsir....
Hargai nikmat tuhan........
NOTA SEMALAM
Labels: Diari SayaKadang-kadang ada yang teruja apabila sampainya musim Maarad. Teruja untuk memiliki naskhah ilmiah yang terbaik buat mereka. Malah teruja juga untuk membuat 'library sendiri' kat rumah..hahaha3x
Tapi saya bukanlah begitu. Cukup sekadar keperluan semasa.
Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kaherah kali ini, sempat saya dua kali menjejakkan kaki ke sana. Ini antara foto-foto yang sempat saya snap di sana. (Hampir kena langgar di kereta dek terlalu asyik dengan kamera...hu..hu)
Satu fakta yang perlu anda tahu bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ini adalah 'International Book Fair' yang Ke-2 terbesar di dunia selepas Negara Jerman.