IKLAN

. 25 September 2008
0 comments

LORD OF RAMADHAN

. 14 September 2008
0 comments

Santapan mata dan telinga sebelum berbuka...hu..hu



Klu x dapat tengok,just klik DISINI

DATING HALAL...

.
3 comments

Mengapa saya masukkkan entry ini??? Tambahan pula sesetengah pihak beranggapan 'not maching' atau kurang bertepatan dengan suasana Ramadhan sekarang. Namun bahan bacaan seharusnya tidak hanya tertakluk pada sesuatu masa sahaja namun perlu kepada sepanjang masa.

Saya menerima beberapa mesej dari Malaysia yang bertanya permasalahan 'hati dan perasaan' yang kadang-kadang cukup 'bosan' bagi saya untuk melayan hal2 sebegini. Saya telah memberi penjelasan yg cukup jelas saya kira pada beliau. Maklumlah,jiwa gadis remaja lebih perlu untuk dimotivasikan malah sangat memerlukan motivasi dan perhatian dari seseorang yang boleh ia bergantung padanya. Entry ini just sekadar informasi kepada semua pengunjung blog saya khususnya golongan remaja yang 'bergelora jiwanya' dalam mencari 'perhatian kasih sayang' dari individu yang 'terlekat' pada hati mereka...









KLIKKAN SAHAJA UNTUK BESARKANNYA

PANTUN DR.MAZA...

. 11 September 2008
0 comments



Sesekali dapat juga kita mendengar Mufti kita berpantun...
Namun dapatkah anda fahami apa maksud tersirat DR.Asri ini????

Hanya anda mampu memahami suara hati seorang mufti dari suara hati anda sendiri..

SEKITAR MAT 08

. 10 September 2008
0 comments


Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT] telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan [MAT 08] pada 9 September lalu yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah [JPMK] Prof. Madya Jamil Hashim. Berikut beberapa gambaran suasana yang sempat dirakam...


Ucapan perasmian oleh Prof. Madya Jamil Hashim


Prof. Madya Jamil Hashim merasmikan Tabung Dana Infaq KPT


Sempat juga Prof menyumbangkan US Dolar..... Banyak juga tu...


YDP menyampaikan cenderahati kenangan kepada Pengarah JPMK


Barisan AJKT mengepalai Mesyuarat Agung Tahunan KPT 08


Ape bendelah yang dibentangkan oleh Chk's tu??? Skrin kosong plop tu..


Sukenyer Alim Shoutul Amal bila dapat hadiah..


Antara sebahagian ahli yang hadir


Perwakilan mengemukakan cadangan kepada AJKT Baru

BILA ANDA TAHU ANDA MAMPU....

. 07 September 2008
0 comments


Menjelang Mesyuarat Agung Ke-44

Antara risiko 'terkorban' atau 'dikorbankan' atau aku sendiri yang perlu berkorban...

PUASA: BANYAK TIDO ATAU BANYAK IBADAH???

.
0 comments



Satu persoalan dalam mengamati perjalanan puasa kita,samaada sudah sampai tahap ‘berloba’ pada ibadah atau sekadar berpuas hati dengan ibadah rutin seharian. Lebih teruk juga jika langsung tiada perubahan malah lebih ‘down’ daripada bulan biasa.

Tahun ini adalah tahun kedua saya menikmati Ramadhan di Perantauan. Ramadhan kedua juga tanpa dampingan keluarga.

Walaupun tanpa ‘backup’ dari keluarga,Ramadhan ini dapat juga dinikmati dalam suasana yang lebih berbeza malah lebih ‘hidup’ daripada Bumi Malaysia. Banyak perkara yang Malaysia masih belum mampu untuk menjadikan Ramadhan itu lebih meriah dari segi pengamalan.

Namun begitu,Ramadhan juga sering tercemar malah berlalu pergi tanpa sebarang hasil yang munasabah dengan ganjarannya. ‘Nothing without profit’.
Banyak perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang daripada mendapat sebarang ganjaran dalam bulan Ramadhan ini di saat tuhan ingin ‘memberi’ dengan murahnya.

TIDUR IBADAH ATAU TANPA IBADAH

Berbetulan puasa pada tahun ini masih dalam fatrah musim panas. Waktu malam menjadi pendek dan siang menjadi panjang.

Menjadi kebiasaan warga ‘Malaysia Mesir’ untuk berjaga malam dan tido di waktu pagi. Ia seolah-olah menjadi rutin yang semulajadi bagi pelajar kita. Ada juga yang ‘terlena’ dari selepas subuh hingga ke waktu asar..

Tidur diklasifikasikan sebagai ibadah yang dituntut dalam Islam. Malah,Rasullullah Sallahu Alaihi Wasallam juga memberi saranan kepada sahabat dan umatnya untuk tidur sebentar sebelum zohor dan juga tidur di satu pertiga malam untuk mengembalikan kekuatan spritual,fizikal dan mental.


Semua perkara yang membawa pelbagai bentuk faedah diiringi dengan niat adalah ibadah. Cara hidup Islam adalah suatu Ibadah. Jika kita menjadikan ‘Islam As A Lifestyle’ maka keuntungan itu akan kita dapat secara bersahaja dan percuma tanpa perlu banyak pengorbanan kerana ia adalah perkara ‘ralik’ yang sentiasa kita lakukan seharian. Maka amat rugi jika setiap perbuatan itu berlalu tanpa sebarang ganjaran ibarat bekerja tanpa gaji..

Tapi,jika telah tidur dari Subuh hingga Asar,adakah itu ibadah????????hi..hi..3x

TIDUR ADALAH UMUR


Pernah atau tidak kita membuat perhitungan mengenai perkaitan antara tidur dan umur kita???

Cuba kita berfikir sejenak mengenai status ‘lena’ kita dengan membuat perkiraan tempoh tidur kita dalam seharian. Jika dalam sehari kita menghabiskan tidur kita selama 8 jam sehari,maka kita telah menghabiskan 2880 jam dalam setahun untuk tidur sahaja. Jika sekarang anda sudah berumur 20 tahun maka anda telah menghabiskan 6 TAHUN 6 BULAN untuk tidur sahaja. (Jika tidak salah perkiraan saya).

Ini menunjukkan bahawa tidur adalah sebahagian daripada umur kita. Tetapi alangkah ruginya jika 6 TAHUN 6 BULAN ini adalah sisa-sisa hidup yang sia-sia.


Tetapi, jika 6 TAHUN 6 BULAN ini dispesifikasikan sebagai ibadah,maka alangkah beruntungnya kita mendapat pahala percuma dalam keadaan kita berehat berbaring terlentang tanpa bersusah payah bermujahadah melaksanakan ibadah lebih-lebih lagi untuk mendapatkan khusyuk kerana tidur itu susah semestinya enak dan khusyuk.

TIDUR DAN PUASA

Kebanyakkan daripada kita ‘berhibernisasi’ untuk mem’backup’ balik tenaga yang hilang tatkala berpuasa. Tidur menjadi pilihan bagi meneruskan ‘kelangsungan hidup’ berbanding aktiviti lain yang lebih memerlukan tenaga.


Sepatutnya kita mempunyai lebih keluangan waktu untuk lebih beribadah pada Ramadhan ini. Tetapi,malangnya waktu itu ‘spend’ untuk tidur sahaja.. Ini satu kerugian dalam kerugian kerana ibarat orang ingin memberi percuma secara borong tetapi kita tidak mahu mengambilnya.

Pisahkanlah dua entiti ini. Jangan terlalu membiarkan ia mendekat dan sebati padanya seolah-olah mengambarkan pada puasa itu tidur dan tidur itu puasa.
Ambil ia sekadarnya dan biarlah puasa itu menguasai tidur dan bukan tidur yang menguasai puasa...

BERIBADAHLAH AKU...

Antara keinginan dan kemahuan sahaja yang membataskan segalanya....

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter