PEPERIKSAAN...??!!

. 30 Mac 2008
2 comments


Aaaarhhhh…. Peperiksaan yang bakal menjengah sekali lagi mengugat ketenangan jiwa saya malah membuatkan saya tidak senang duduk…
Lebih kurang sebulan lagi peperiksaan semester kedua bakal menjenguh saya.
Untuk semester ini, banyak subjek yang 'killer' dan harap-harap ia tidak akan meng'killer'kan diri saya.Tambahan pula peperiksaan kali ini diseliputi dengan musim panas yang amat membahana jiwa.

Persediaan masih 'not completed' sepenuhnya. Tapi peluang keyakinan itu masih berbaki. Masih banyak lagi kitab yang 'terhias cantik belum terusik' .
Quran 2 juzuk pon masih belum mantop….. Macam mana ni???


" Kitab masih belum terusik"


PESAN PADA DIRI

Kehidupan insan sentiasa memerlukan dorongan semangat dan inspirasi yang berterusan agar jiwa tidak lesu dan mati. Rasullullah Sallallah Alaihi Wassalam juga mendapat dorongan dan inspirasi secara langsung dari Allah Subhanahu Taala serta Jibril Alaihi Salam..

" Allah Taala mendidik aku, maka ia memperelokkan adabku "

Tidak hairanlah di sana muncul kekuatan dalam jiwa diri dan akhlak Rasulullah Sallallah Alaihi Wa Sallam. Kekadang jiwa ini merasa lemah dengan kehidupan berujian yang diberi kepada semua manusia. Tapi inspirasi yang diberikan Allah kepada Baginda Sallallah Alaihi Wassalam menjadikan Baginda memiliki kekuatan jiwa melampaui manusia biasa malah berjaya dengan hebat membina kehidupan terarah dan tersusun.


Kehilangan perkara ini kadangkala membawa kepada putus asa. Terfikir juga dalam fikiran saya, perlukah untuk berputus asa??? Sebagaimana saya memikirkan untuk saya kembali pada zaman 'kegemilangan' kanak-kanak saya dahulu. Waktu kanak-kanak@sek rendah adalah waktu yang sentiasa membasahi memori saya.. Tetapi semua itu adalah mustahil untuk dikembalikan....

Walaupun begitu, saya masih cuba untuk merasai zaman itu. Sebelum saya merantau jauh ini, saya sempat mengajar di Sebuah sekolah rendah di Terengganu. Rasanya kenangan itu mengamit kembali. Paling mengharukan adalah pada hari terakhir saya bertugas disitu. Saya merasakan jiwa kanak-kanak itu dekat pada saya. ( dah lari tajuk ni...hi...hi...)

Apa pun keadaan yang membelenggu, saya merasakan putus asa itu tidak perlu wujud dalam kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah Taala. Tambahan pula kita sebagai hamba ilmu sepanjang hayat yang sentiasa memerlukan tambahan ilmu sepanjang kembara dunia ini.

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman".
Surah Ali Imran 139

MOTIVASI SENDIRI


Adakah kenangan indah ini kan berulang???

Namun bekalan usaha itu amat pasti dan perlu. Saya berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah Wa Jamaah dalam soal usaha dan tawakkal ini iaitu " Usaha itu Wajib tapi ia tidak memberi apa-apa bekas/kesan terhadap natijah yang dihasilkan"
Ini mengambarkan semua itu dari Allah tetapi setiap sesuatu yang berlaku mempunyai sebab. Tanpa sebab, mana mungkin sesuatu akan berlaku melainkan qudrat Allah Taala. Buah-buah hikmah guru saya juga masih terngiang-ngiang dalam minda saya iaitu antara kata2nya " Mintalah rahmat dan kasih sayang Allah sebelum kamu meminta sesuatu kejayaan. Kerana rahmat Allah itu lebih besar kepada membawa kejayaan"




RAYUAN DIRI

Ya Allah...
Kembalikan semangat itu...
Hadirkan inspirasi yang menghilang itu...
Tebarkan rahmat-MU kepada sang kembara ilmu...

UNTUK ANDA

Tatkala lembaran peperiksaan yang bakal dibuka tidak lama lagi, saya berpendapat bahawa buah inspirasi dan semangat itu perlu untuk saya bangkit dari kelesuan ini. Justeru itu, saya beranggapan bahawa doa adalah senjata 'terhebat' dalam menempoh saat-saat kegentingan. Saya memohon rakan-rakan blogger saya atau yang membaca blog ini mendoakan ketenangan dan kejayaan saya dalam peperiksaan nanti. Doa-doa kalian amat saya dambakan.... Saya menyakini doa-doa kalian lebih mustajab mungkin dari diri saya yang lemah ini.


Atau mungkin juga dengan doa-doa saudara/ri memungkinkan saya untuk pulang awal ke Malaysia dengan gulungan ijazah berilmu ke tanah air...........


Mohon dengan sangat....



p/s : Artikel ni ditulis tatkala otak tengah 'blank' n 'down mood' semasa study.

KEMENANGAN BA... KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH...

. 09 Mac 2008
1 comments

RESPONSI PRU 12

Umum telah mengetahui tentang kejayaan besar Barisan Alternatif dalam Pilihanraya Umum kali ke-12 ini. Selain dapat menguasai 5 negeri iaitu Kelantan,Kedah,Selangor,Perak dan Pulau Pinang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Barisan Alternatif juga turut menafikan majoriti 2/3 di Parlimen Malaysia. Ini adalah sejarah terbaik yang dicipta pembangkang sejak 50 tahun merdeka.

Bagi kami 'anak perantauan', turut melahirkan 1001 kesyukuran dan kegembiraan dengan perubahan drastik ini. Namun sedikit terkilan apabila negeri kelahiran saya [ Terengganu ] gagal untuk duduk setaraf dengan negeri yang membawa perubahan 'wajah baru' dalam tapuk kepimpinan negeri.


ISYARAT DARI RAKYAT

Rakyat telah menterjemahkan hasrat dan teguran kepada pemimpin daripada perolehan kerusi semalam. Keputusan semalam amat mengejutkan semua pihak. Ramai pemimpin 'bermasalah' jatuh tersungkuur. Tidak kurang dari 15 Menteri termasuk Ketua Menteri Dan Timbalan Menteri tewas di kawasan masing-masing.Ini mengambarkan ada suatu isyarat 'penting' dari rakyat supaya pemimpin kembali sedar dan bertapak di bumi yang nyata sebagai khalifah yang memikul amanah Allah SWT. Beberapa dasar dan polisi kerajaan tidak berkenan di hati rakyat seperti kenaikkan harga barang yang amat menyulitkan rakyat. Jadi pimpinan yang baru terpilih manjadi wakil rakyat perlu pandai membaca hati dan citarasa rakyat.


KEHEBATAN KITA ATAU KELEMAHAN MUSUH



Saidina Umar sentiasa mengingatkan angkatan bala tenteranya di zaman pemerintahan beliau supaya mempersiapkan diri dengan segala kekuatan spirituality,mentally dan keunggulan peribadi tatkala berhadapan dengan musuh. Perkara pertama yang ditekankan adalah prinsip pegangan TAQWA. Taqwa itu bukan slogan malah adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.


“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.
“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
“Pernah saja”, jawab Umar.
“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.
“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.
“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.

Perlu difikirkan disini, adakah kemenangan kali ini betul2 berpaksikan kepada kekuatan yang ada pada kita atau sekadar menumpang di sebalik kelemahan/kemaksiatan musuh. Saidina Umar beramanat kepada tenteranya supaya jangan sesekali melakukan maksiat dan kefasaddan dalam berhadapan dengan musuh. Kita menang dengan rahmat dan jua pertolongan Allah SWT. Kekuatan umat Islam adalah kebergantungan hambanya pada Allah selain daripada usaha dan strategi yang mampan. Saya berharap kemenangan kali ini adalah betul2 dari kehebatan yang lahir dari usaha yang luar biasa gigihnya dan bukan 'istidraj' dari Allah.

Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam.

Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan.


TUGAS KITA

Menjadi kewajipan kita khususnya yang masih di teratak universiti ini untuk mempersiapkan diri dengan segala keperluan dari segi ilmu syaqofah,kepimpinan dan entiti akhlak yang tinggi. Ini bagi meneruskan kelangsungngan perjuangan ini. Persiapkan diri kita untuk menhadapi medan yang akan datang.... Jangan terlalu taksub atau terlalu semangat 'gaban' dalam meraikan kemenangan ini....

Kita adalah proksi dan agen benih yaang akn dituntas pada masa hadapan

Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul.

Sabda Nabi :-

إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ
Ertinya : "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka inagt, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)


A NEW DAWN FOR MALAYSIA



Seharusnya kita bersyukur dengan kemenangan ini....

Semoga selepas ini kita akan dapat melihat Malaysia baru dengan alternatif baru...

IKHTILAT… SATU PENCERAHAN……

. 03 Mac 2008
0 comments


Semalam saya telah menghadiri satu Kolokium Ilmuan atau Program 'Q' buat kali kedua yang dianjurkan oleh pihak PMRAM. Sedia maklum,program seperti ini sudah pastinya untuk menuntas sedikit ilmu bual bicara khusus kepada student yang masih 'post graduate' di pentas Universiti ini. Saya memang minat majlis diskusi seperti ini.

Pada majlis itu, 2 kertas kerja dibentangkan dan juga turut diadakan diskusi buku ' Syaqafah Daieyah' karangan ulama kontemporari iaitu Dr Yusof AlQadhrawi. Dua kertas kerja tersebut bertajuk ' Jahiliyyah Moden Kurun Ke-20' dan juga 'Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam'.

Saya cuma berhajat untuk berdiskusi bagi kertas kerja permasalahan ikhtilat sahaja kerana tajuk ini mendapat sambutan hangat pada diskusi semalam. Malah, hal ini semakin sebati dan merebak dalam masyarakat kita. Saya teringat bahawa saya pernah menjadi panel bagi satu forum di sebuah sekolah menengah untuk membincangkan permasalahan ini. Gementar juga berada di pentas mengadap 'audience' yg ramai. Berbagai persoalan ditimbulkan memandangkan 'audience' adalah student form 4 yg sebagaimana kita tahu tahap umur tersebut adalah tahap 'gelora' dalam jiwa remaja untuk berikhtilat…

'Name Card kolokium aku'

PENGENALAN

Permasalahan ikhtilat yg berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus menjadi 'barah kotor' yg merebak dalam masyarakat. Kesannya dapat dilihat pada hari ini melalui 'kehancuran social' dan juga pembiakan jenayah yg sangat aktif hari ini. Purata jenayah sehari seluruh Negeri[Malaysia] adalah 250 kes yg dicatatkan..Yg tidak dilaporkan entah berapa banyak.. Dunia dalam ketakutan dek jenayah dan kehancuran akhlak. ( Saya tidak lagi menggunakan istilah 'keruntuhan akhlak' kerana keadaan adalah amat teruk dari itu)

'Remaja yg hancur akhlaknya'

Oleh itu marilah kita mengambil langkah pertama untuk menimbulkan kesedaran dan seterusnya menolong menyelesaikan masalah ini serta membimbing masyarakat bersama2 menjejakkan kaki ke Syurga. Takkanlah nak masuk syurga sorang kot?????

IKHTILAT MENURUT HUKUM ISLAM

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

Ikhtilat dlm masyarakat kita

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKTILAT
Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT
Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi
[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32
[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53
[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari


PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE
1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.

ü Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE
1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
2- Tidak mempunyai hajat
· Di Jalanraya
· Dalam kenderaan
· Lain2

SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tingi etika.


KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"

" The only thing constant is change"

Related Posts with Thumbnails
    follow me on Twitter